Assalamualaikum wbt
Pernah makan mee lidi tak?? pernah tengok mee lidi tak?? may be ada yang tak pernah koz...meh nak cite ckit pengalaman masa wiyah duk Besut dulu ( ni kes mengidam)..last2 blik kuantan beli banyak2,, kat besut mr.husband pergicari kat merata kedai mmg takde jual..siap makcik tu jawab seumur hidup makcik tak pernah dgr lagi mee lidi..apatah lagi makan mee lidi! then tanya lagi rupanya macam mana..mr.husband pon xreti nak cite, almaklumla tahu makan jer..huhu...ingat nak masak utk makcik kedai tu tp xsempat coz mr.husband kena transfer kerja plak..hurm tak merasa la makcik tu! agak2nya apa yang makcik tu bayangkan ek..maybe lidi penyapu tu kot digoreng,,, huahaha
Jom try..bleh jadikan menu sampingan utk tetamu yg datang bertandang musim raya ni ;-)
Jom try..bleh jadikan menu sampingan utk tetamu yg datang bertandang musim raya ni ;-)
memperkenalkan inilah..Mee Lidi Goreng!!
Mee Lidi Goreng Seafood
Bahan-bahan:
- 1 bungkus Mee Lidi (direbus sama cara mcam spagethi)
- Sedikit ayam,sotong & udang
- 2ulas bawang putih & 3 ulas bawang merah (ditumbuk)
- 3sb pes cili kering
- 2sb kicap pekat
- Sedikit sayur- wiyah letak carrot, kobis & baby corn
Cara Menyediakannya:
- Mee lidi direbus bersama sedikit minyak bagi mengelakkannya melekat antara satu sama lain. Basuh & toskan.
- Tumiskan bawang yang ditumbuk sehingga wangi, masukkan pes cili kering hingga naik minyak.
- Masukkan ayam, udang & sotong, masak seketika. Masukkan kicap pekat & bahan perasa SESEDAP RASA.
- Kemudian masukkan Mee Lidi yang telah ditoskan tadi bersama sayuran lain. Gaul sebati & boleh tambahkan sedikit air sekiranya agak terlalu kering.
- Siap utk dihidangkan bersama cili jeruk & keropok keping (versi org timur makan mee @ nasi goreng wajib kena da keropok keping)
Mee Lidi ni..lagi sedap kalau dimakan masa panas2 ditambah dengan cili jeruk..memang menambah2! (itu wiyah & husband la), bila dah sejuk dia akan sedikit mengembang & may be akan jadi sedikit muak bila makan..or goreng masa naka makan! senang siap terus makan..hehe











