To All My Friend, Lovely & Silent Readers

To All My Friend, Lovely & Silent Readers

Mohon maaf kiranya wiyah a.k.a Tuan Rumah tiada kunjungan balas/backlink /follow ke blog kalian, ini kerana disebabkan oleh ketiadaan link blog tuan/puan utk wiyah follow kalian. Jutaan maaf juga jika jarang ber'blogwalking' ke blog kalian (busy tahap cipan). In sha Allah jika ada kesempatan waktu wiyah akan ke singgah ke blog kalian..Peace No War!!

Followers

Imamku Hingga ke Hembusan Nafas yang Terakhir

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
"Some Love Stories...Live Forever"

Monday, May 21, 2012

Sapu-sapu habuk & Terima kasih semua

Assalamualaikum wbt

1st skali wiyah nak ucapkan jutaan terima kasih pada semua ahli keluarga & kawan2 yang sudi mendoakan keselamatan wiyah+baby. Semoga hidup kalian dirahmati oleh Allah swt. wiyah doakan pada semua kawan2 yang masih menjalani TTC..teruskan usaha anda & jgn berputus asa, insyaAllah  akan dimakbulkan satu hari kelak. A big congats pada emmy yang berjaya..& double happiness dianugerahkan twin baby, penantian yang sangat besar nikmatnya... Syukur dipermudahkan perjalanan 3bulan pertama semoga perjalanan seterusnya akan terus dipermudahkan utk mengharungi 40minggu nan indah bersama kawan2 semua.

Alhamdulillah syukur, masih bleh berblog..mood dah ok! dah lama rasanya tak mengarut kat sini, hampir 2bln lebih kot!  mood mmg totally down sehabis2nya ..langsung semuanya ke laut, ke hutan,berterbangan di udara.. Huh mood nak masak, nak membaca , nak mengedit pe tah lg mood nak menulis. 

Berada di akhir Trimester Pertama, mood pon dah semakin ok..dah boleh memasak & buat pe yg suka dulu kecuali buat keja2 bakery & masak nasi  (bau busuk masa nasi mendidih mmg tak leh nak tahan langsung) jer yang tak boleh.. Sebagai tanda kesyukuran kami diatas rezki yang diberi, wiyah & suami mengadakan sedikit kenduri kesyukuran. Pulut kuning + Rendang Ayam dibawa ke masjid semasa ceramah mingguan kat kampung wiyah, disertai dgn solat hajat beramai2 bersama ahli keluarga semua. Syukur alhamdulillah semuanya berjalan dgn lancar.

wiyah tak sempat abadikan kenangan masa kenduri tempoh hari, kamera pon tak tau duk mana time tu skang br la nyesal sbb tak amik gambar hanya 1 ni jer guna tab masa rendang duk dlm kuali..itu pon sbb nk upload kat fb sbb nak jeleskan adik wiyah nun jauh di Sabah..hehe ni la padahnya bila niat jahatkan. ;-)


Terima Kasih diatas pemberian nikmat rezeki yang tak henti..Amin

Friday, April 13, 2012

Blackpepper Beef..

assalamualikum wbt

salam,, wiyah mintak maaf banyak2  ..wiyah update resepi yg terperap kat draft..tak perasan wiyah tak publish rupanya, walaupun dah basi hikhik,, wiyah update juga utk rujukan wiyah masa akan datang ( almaklum la blog ni adalah buku resepi wiyah)..& utk share ngan kawan2,,resepi wiyah biasa2 aje sesuai dgn org yg baru setahun dua masuk ke dapur,, apa pun mmg banyak lagi yang perlu wiyah pelajari selok belok ilmu kat dapur ni...insyaAllah we learn by the time !

Menu harian wiyah & hubby sememangnya simple. Just cukup ada satu lauk yang berkuah & perlu ada ulam samaada salad atau timun sudah memadai bagi kami. syukur alhamdulillah.

Blackpepper Beef ( Daging Masak Lada Hitam)
Sumber : Dapur kecil wiyah  (bahan sama tapi kaedah lain)


Bahan-bahan: ( 2-4 org makan)
  • 250g daging batang pinang (dihiris nipis & lebar)
  • 2sb kicap pekat *
  • 2sb lada hitam (ditumbuk kasar) *
  • 1/2 cawan air * dibancuh bersama
  • 1 biji bawang besar (hiris bulat)
  • 1 batang carrot , 1 biji tomato & 1 biji lada besar hijau
  • 1sk tepung jagung + 2sb air (bancuh bersama)

Cara Penyediaan:
  1. Masukkan daging kedalam kuali. Tutup kuali & masak sehingga air daging agak kering. 
  2. Masukkan minyak & goreng daging seketika. Jangan lama sangat nanti keras plak nanti.
  3. Masukkan bahan bertanda *, gaul rata. Masukkan carrot, tomato, cili besar. Masak seketika.
  4. Tambahkan bancuhan tepung jagung & bahan perasa SESEDAP RASA.

wiyah hidangkan daging lada hitam ni bersama dengan nasi kukus, daun salad & sambal belacan..wiyah dah tayang nasi kukus tu baru2 ni kan ;-D

Selamat menjamu selera & selamat mencuba.

Thursday, April 5, 2012

Siakap Kukus Asam Masin

assalamualaikum wbt

salam semua,,alahai kejap jer rasanya dah masuk bulan april kan..tak sedar hari2 & masa yang berlalu begitu pantas sekali. Actually ikan ni wiyah beli 1minggu lebih dah kat carefour RM 8.99/ ekor + ikan talapia RM 5.99/ekor..itu pun wiyah just goreng biasa cicah sambal kicap..tak sampai seru nak memasak..alkisahnya sebab tekak ni asyik nak makan mee ajer ..tak kira la mee goreng ke, mee sup ke asalkan berasakan mee..yang lain2 tak boleh nak terima dek tekak..Alhamdulillah mood nak memasak masih ada walaupon sedikit berkurangan..seminggu sekali pon ok la kan,, ;-)


Siakap Kukus Asam Masin
Sumber : Majalah Mingguan Wanita

yang putih & panjang2 tu ialah asam masin putih..wiyah tak pasti apa nama sebenar nya


Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan siakap
  • 3 cawan air & 2 sb sos ikan nampla
  • 5 batang serai (dititik)
  • 2 inci halia (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih & 1 ulas bawang merah (dihiris)
  • 5 biji cili padi (dibelah 2)
  • 1 biji tomato (dipotong 8)
  • sedikit carrot (disagat memanjang)
  • 1/2 paket asam masin putih panjang (paket yang 50sen tu)
  • 5 biji limau kasturi ( di ambil jus nya)
  • daun sup/ saderi

Cara Penyediaan:
(since ikan ni lebih besar dari periuk kukus wiyah yang comel tu..so wiyah guna kaedah ala2 kukus a.k.a rebus dalam kuali)

  1. Masukkan air ke dalam kuali  & biarkan hingga mendidih (ikut bajet sendiri nak kuah banyak mana)
  2. Masukkan bahan-bahan lain ke dalam kuali kecuali (ikan, carrot & daun sup). Tutup kuali & biarkan kuah mendidih menggunakan api yang sederhana.Masukkan garam & lain2 SESEDAP RASA. Rasakan masam, masin & manisnya. 
  3. Masukkan ikan & tutup kuali sekali lagi . Biar ikan sehingga betul-betul masak. Tambahkan carrot & daun sup. Tutup api.
  4. Siap untuk dihidangkan.
p/s: kuahnya terasa masam2, manis & masam seperti asam masin. Mmg sesuai bagi yang kurang selera makan. Dimakan bersama dengan nasi panas masa hari hujan..memang selayaknya menambah2 hehehe


alhamdulillah..setelah berminggu wiyah tak masak nasi. Jumaat lepas hubby SMS malam ni kita dinner kat umah yer, masak ikan siakap kukus..nanti abang tolong. & hasil kerjasama kami suami isteri..alhamdulillah licin ikan ini..berkat kan!..insyaAllah next time..hubby kata kita nuat lagi tapi kena tambah kuah sbb just 1 lauk mmg kuahnya tak cukup utk 2 org makan..syukur diatas rezekinya

oke daa..

Monday, April 2, 2012

Terima Kasih Ya Allah..

assalamualaikum wbt

Alhamdulillah syukur pada Mu Ya Allah..terima kasih diatas kurniaan ini..terima kasih kerna mendengar doa kami..InsyaAllah dalam masa 7 bulan ++ kami akan jadi bertiga amin Ya rabbal Alamin. 


wiyah nak alami saat2 indah macam ni..insyaAllah wiyah akan lalui keindahan nikmat ini dgn penuh kesyukuran pada mu Ya Allah..Doakan perjalanan 9 bulan 10 hari wiyah di permudahkan & selamat hingga tiba masanya nanti..amin

Thursday, March 29, 2012

Kue Teow Goreng Mudah

assalamualaikum..wbt

1, 2, 3 & 4....apa tuuu?? herm itu tajuk Semanis Kurma malam ni,, alhamdulillah tajuk yang menarik & sedikit sebanyak dapat menambah ilmu yang sedia ada. Sambil tu wiyah update menu kue teow goreng pedas. Sejak akhir2 ni boleh kata kan tiap hari wiyah makan & masak mee tak kira la maggie, mihun, mee kuning or kue teow. This week periuk nasi masih belum berasap lagi. Banyak plak bebel kan..meh wiyah share dinner kami malam ni..walaupon simple tp syukur alhamdulillah atas nikmat yang diberi..semoga hari2 mendatang kami di rezeki kami akan lebih di berkati olehNYA ..amin ya rabbal alamin ;-)

Kue Teow Goreng Mudah (10 minit masa penyediaan)


Bahan-bahan:
  • 1 bungkus kue teow (cuci & toskan)
  • sedikit isi ayam, udang & sotong
  • 1biji bawang besar, 2 ulas bawang putih [dimayang & ketuk sahaja]
  • 5sb pes cili kering (kalau suka lg pedas boleh tambah lagi)
  • tomato & carrot serta cili jeruk utk tambahan
Cara Penyediaan:
  1. Panaskan 3sb minyak & tumis bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan pes cili kering hingga naik minyak.
  2. Masukkan isi ayam, udang & sotong & masak seketika.
  3. Masukkan carrot & kue teow , kicap serta tomato. Perasakan sesedap rasa & gaul sebati.
  4. Hidangkan bersama cili jeruk & daun sup, daun bawang.

Kesimpulan: Hasil dari pemerhatian yang sebelum ni, kalau buat mee 1 bungkus mmg confirm tak habis so untuk hidangan kami berdua..wiyah just masak separuh bungkus mee yang 500g tu jer. InsyaAllah kalau lapar mmg akan habis.


Jemput makan semua ;-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...