assalamualaikum wbt
salam hari selasa..mesti ramai yang liat nak bangun pagi & pergi kerja hari ni kan,,mana taknya cuti raya 1 hari jer huhu mmg tak patutla..mr.hubby jeles ngan wiyah coz wiyah cuti 1 minggu kehkeh..lps subuh boleh tdo semula! tapi tak tidur pon...setelkan mendobi kain yang berbakul2 hari ni sementara cuaca panas cantik & cuci kete yang tak pernah2 wiyah basuh sendiri..aargh rasa seronok plak keluar peluh & matikan lemak daging yang dah banyak makan musim raya 2 3 hari lepas..so need to workout la plak...perlu berganda2 ;-)
apa yang bestnye..jiran bagi keledek color yang sangat cun..purple, oren & light pink membuatkan wiyah taksabar nak main ngan keledek yang comel2 ni..terpikir nak wat karipap juga tapi tak tau menjadi ke tak coz tak pernah buat kulit karipap [ selau guna kulitt popiah jer],,hehe
wiyah tgk tips & resepi kueh cek mek molek ni kat SINI
Kueh Cek Mek Molek
- 300g keledek [direbus & di lenyek] ~ kalau guna keledek yang berlainan color wiyah suggest asingkan keledek tu coz lagi cantik & colorful selain dari dapat rasa keledek yang berbeza isinya
- lebih kurang 20% tepung gandum dengan berat keledek yang digunakan [ bergantung kepada jenis keledek] ~ keledek oren agak lembek isinya & keledek purple agak keras isinya so perlukan tepung gandum yang berbeza kuantitinya
- gula biasa @ gula melaka [ WIYAH GUNA GULA MELAKA]
Cara Penyediaan
- keledek yang sudah siap direbus & dilenyekkan tadi dicampurkan bersama tepung
- gaul & uli sampai tak melekat kat tangan
- ambil doh & bulatkan leper [jgn nipis sangat coz takut gula terkeluar masa menggoreng nanti]
- letakkan gula biasa @ gula melaka kat tengah & tutupkan [ buat macam pikcer kat bawah]
- goreng dalam minyak yang panas dengan api sederhana coz takut kueh tak masak kat bahagian dalam
kueh wiyah...jadi bermacam bentuk ;-D
wiyah suka combination color kueh ni..color oren & purple,,tapi macam seram jer tengok yang color purple tu bila menggoreng..mmg nanpak weird mr.suami tengok pun boleh tergelak berdekah-dekah,, u all agak2 apa yang melucukan pada kueh ni kalau kita tak muncungkan kat bahagian hujungnya tu..hehe,, jangan fikir yang bukan2 yer..hanya org yang berkahwin jer boleh paham ;-D
dapat 13biji semuanya..tapi wiyah dah makan 3 biji sambil menggoreng sbb tersangat lapar dek kerana terlalu lapar malas nak masak dari pagi..hanya minum herbalife huhu
JEMPUT MAKAN SEMUA ;-)











