Assalamualaikum wbt
Dah lama sebenarnya teringin nak makan meggi ketam ni..ada kawan cakap Maggie Ketam @ Bistro kat Dungun best , tp dah lama cari tak jumpa sbb cari tak bersungguh2 ..& tiba2 masa balik ke Dungun baru2 ni saja jalan2 kat pantai & terjumpa kedai ni...tp waktu urusniaga bermula pd pukul 6 petang hingga ke lewat tengah malam..so perlu la postpone hingga ke lain waktu coz masa ternampak tu waktu tengahari ..takde rezki time tu ;-(
wiyah adalah peminat tegar semua makanan berasaskan Mee & seafood
RM 22 per bowl..baby crab curry Maggie! Rasanya berbaloi dengan harga..walaupun hanya maggie kan ;-)
sebelum ni pernah try makan Maggie ketam di Kampung Cherang Ruku, Semerak Pasir Puteh Kelantan, kat situ juga famous maggie ketam..kat sana lebih kepada perisa sup/ ayam..1st time makan so tak boleh nak bezakan samaada sgt sedap atau hanya sedap hehe..kat sini dihidangkan dalam Claypot & 2 ekor ketam! Harganya juga lebih murah..hanya Rm13/claypot
tapi...hurm bila dah pekena ngan Maggie ketam Bistro kat Dungun ni,, wallahhhh mmemang meletops la! wiyah pilih ketam nipah coz ketam laut mudah utk didapati kat are umah wiyah, so kita try ketam nipah la plak kan! Kat sini rasanya lebih kepada perisa kari..ala2 mee kari pon ada juga rasanya! Rasa pedas & creamy lemak..hurm mmg citarasa org Malaysia la kan
Selain daripada ketam ada juga tambahan seafood lain seperti Udang, sotong & Lala yang fresh! Kat sini dihidangkan dalam mangkuk biasa..Memang sgt heaven la..kami just order 1 mangkuk jer plus side order, coz waktu dah hampir kul 12 tgh malam & dlm perjalanan pon kami dah takeaway A&W dengan 2 Large Root Beer..huh kalau ambil 1 sorang mmg confirm xleh tdo la sbb kekenyangan sgt ;-)
gambar kurang menari coz suasana gelap..ambil port kta meja luar mmg takde lampu langsung, harapkan flash camera cap ayam jer..so mmg tak puas hati dgn kualiti gambar!
siap di bekalkan dengan penyepit ala2 playar utk memudahkan proses me'makan' ketam! mmg btol sgt mudah..so lps ni boleh la beli ni utk makan kat umah plak ;-)
see...licin semuanya kami belasah tinggal cengkerang & kulit jer bersepah-sepah, apapun wiyah mmg suka cara masakannya..hurm nampaknya lepas habis pantang baru la bleh merasa lagi..tahun depan?? ayyak..lambat lg la ;-)
sekian..pada kawan2 kalau ada yang teringin nak makan, bolehla singgah kat sini..sgt puas hati + service pon cepat..sambil bersantai ambil angin malam ;-)
8 comments:
perghhhhh!!! ketam dan megi!
mcm secocok je..huhu
nampak sedap juga maggi ketam tue..harga boleh tahan juga ye...
Dungun kat mana? Nnt balik boleh gi ni?
Cida: itulah ketam & megi mmg perfect rasanya..slurrp ;-)
GK: harga mmg berbaloi dgn rasa nya..1 mangkuk besar mmg xleh nak habiskan sorang, kat pantai timur tgh famous skang ni..try wat kat umh pon boleh kalau rajin ;-)
CP Tipah: kat bandar dungun..berdekatan dengan pantai, masuk lorong sebelum 7e,pizza etc..tepi jalan menuju ke pantai..kalau ke sana..try la skali sure nk lg ;-)
selera saya tgk makanan2 di atas ni... nyum nyum!
errm..wiyah mmg selera terlampau skang ni, sume benda nak makan, macam time berpantang tu dah tak leh makan langsung ;-)
Post a Comment