Assalamualaikum wbt
Pernah makan mee lidi tak?? pernah tengok mee lidi tak?? may be ada yang tak pernah koz...meh nak cite ckit pengalaman masa wiyah duk Besut dulu ( ni kes mengidam)..last2 blik kuantan beli banyak2,, kat besut mr.husband pergicari kat merata kedai mmg takde jual..siap makcik tu jawab seumur hidup makcik tak pernah dgr lagi mee lidi..apatah lagi makan mee lidi! then tanya lagi rupanya macam mana..mr.husband pon xreti nak cite, almaklumla tahu makan jer..huhu...ingat nak masak utk makcik kedai tu tp xsempat coz mr.husband kena transfer kerja plak..hurm tak merasa la makcik tu! agak2nya apa yang makcik tu bayangkan ek..maybe lidi penyapu tu kot digoreng,,, huahaha
Jom try..bleh jadikan menu sampingan utk tetamu yg datang bertandang musim raya ni ;-)
Jom try..bleh jadikan menu sampingan utk tetamu yg datang bertandang musim raya ni ;-)
memperkenalkan inilah..Mee Lidi Goreng!!
Meh wiyah tunjuk ..maybe ada yang 1st time dengar perkataan @ makanan " Mee Lidi" ni..actually Mee lidi ni rupa dia ala2 spagethi macam tu..tapi sedikit lembut dr spagethi la, since wiyah di haramkan dr makan mee kuning oleh doktor kecuali dr anak2 beranak spagethi,, bunyi agak mengada kan!! ...so wiyah dah beli stok Mee Lidi ni banyak2 kat sbg alternatif bila wiyah teringin nak makan mee goreng..Harga Mee Lidi ni..kalau tak silap wiyah RM1.20 sebungkus..
Mee Lidi Goreng Seafood
Bahan-bahan:
- 1 bungkus Mee Lidi (direbus sama cara mcam spagethi)
- Sedikit ayam,sotong & udang
- 2ulas bawang putih & 3 ulas bawang merah (ditumbuk)
- 3sb pes cili kering
- 2sb kicap pekat
- Sedikit sayur- wiyah letak carrot, kobis & baby corn
Cara Menyediakannya:
- Mee lidi direbus bersama sedikit minyak bagi mengelakkannya melekat antara satu sama lain. Basuh & toskan.
- Tumiskan bawang yang ditumbuk sehingga wangi, masukkan pes cili kering hingga naik minyak.
- Masukkan ayam, udang & sotong, masak seketika. Masukkan kicap pekat & bahan perasa SESEDAP RASA.
- Kemudian masukkan Mee Lidi yang telah ditoskan tadi bersama sayuran lain. Gaul sebati & boleh tambahkan sedikit air sekiranya agak terlalu kering.
- Siap utk dihidangkan bersama cili jeruk & keropok keping (versi org timur makan mee @ nasi goreng wajib kena da keropok keping)
Mee Lidi ni..lagi sedap kalau dimakan masa panas2 ditambah dengan cili jeruk..memang menambah2! (itu wiyah & husband la), bila dah sejuk dia akan sedikit mengembang & may be akan jadi sedikit muak bila makan..or goreng masa naka makan! senang siap terus makan..hehe
10 comments:
selamat hari raya wiyah.
x pernah tgk dan masak mee lidi ni. ni kira mcm spagetti la kan. teringin la pulak tengok mee wiyah. mee kerin gkat sini semuanya dari philipine.
Ros xpernah mkn, tp klu org buat mesti mkn punya.. Nmpak sedap.. Lebih kurg spagetti jer la kan? :)
mala: aah lebih kurang mcm mi lidi gak tp lebih lembut cket.. kalo mee dr philipine means kena rebus gak la yer, xper kalo akak teringin nak makan, mengidam ker..boleh wiyah poskan..xder hal btw slamat hr raya utk k,mala sekeluarga..best x raya kat perantauan?
Ros: Bagi wiyah mmg sedap..famili wiyah pon lebih prefer mee lidi dr mee kuning, teringin nak rasa ker? selamat hr raya k.ros...maaf zahir batin ;-)
tak pernah tau pun ada mee lidi.. nanti nak carilah... agak2 kat giant, tesco, care4 ada tak? huhu
wiyah xpasti plak ada ke tak kat tempat tu...slalu wiyah beli kat kedai runcit jer, area kuantan mmg ada..kat kawasan lain wiyah xpasti, try la izan..confirmed berkenan nanti ;-)
hehehe rupanya ada pun mee lidi ni kat malaysia yer....saya baru jer tanya kawan2 kat malaysia. semua tak pernah tgk mee ni. semalam jumpa kat kedai di brunei. beli sbb nak try. rasa dia cam mee kuning gak kan
mintak izin nak copy paste gambar mee lidi yg belum masak tu yer
wah sedapnye...stok ade lg 3 bgkus tu..hihi..emm nt ahad ni le buat..esok nk buat ns lemak..sabtu beli kt pasar..hihi..okeyh ahad baru buat..ha'ar kak kt besut mmg xdop mee lidi ni...tp kt kuala terengganu ni byk je ade..sape2 singgah pasar payang bli ke kt kedai jual rempah2 kt bwh tu..byk kedai yg jual ni..kdai2 runcit pn ade..best..:)
hehe..kalau jumpa kat kedai, memang beli buat stok..
Post a Comment