To All My Friend, Lovely & Silent Readers

To All My Friend, Lovely & Silent Readers

Mohon maaf kiranya wiyah a.k.a Tuan Rumah tiada kunjungan balas/backlink /follow ke blog kalian, ini kerana disebabkan oleh ketiadaan link blog tuan/puan utk wiyah follow kalian. Jutaan maaf juga jika jarang ber'blogwalking' ke blog kalian (busy tahap cipan). In sha Allah jika ada kesempatan waktu wiyah akan ke singgah ke blog kalian..Peace No War!!

Followers

Imamku Hingga ke Hembusan Nafas yang Terakhir

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
"Some Love Stories...Live Forever"

Monday, November 5, 2012

Azam 2012 hampir ter'realisasi'

Assalamualaikum wbt

1st of all.. special thanks to my beloved husband, beloved family, relatives, friends & lecturer/supervisor

Syukur alhamdulillah..azam tahun 2012 hampir dapat direalisasikan walaupun tidak sepenuhnya, namun tetap bersyukur dengan kesempatan masa, rezeki yang telah dikurniakan oleh Allah swt..Konvokesyen kali ke-3 dalam hidup wiyah hari sabtu yang lepas 03 Nov 2012 di UTHM, Batu Pahat Johor..pergi & balik mengharungi banjir, tayar kerete ditenggelami air..alhamdulillah dah selamat sampai kuantan ;-)

perasaan nak join & tak nak join sama banyak sebenarnya coz time tu dah masuk ke minggu 36 kandungan..tp en.suami bagi sokongan & dorongan utk pergi tetapi semua barang2 perlu prepare siap2 dalam kereta..thats why tema jadi caca marba, last minute tiba2 jadi tema hijau + purple & uthm wajibkan pakai tudung putih..so wiyah just sarungkan selendang Ct..setel ;-)

Azam tahun 2012
  1. Nak habiskan study master level- achived
  2. Nak ada 'baby' sebelum umur melebihi 30 tahun - will be achived soon (in 2 weeks time)
  3. Nak ada rumah sendiri - (masih mencari lokasi yang sesuai, depends pada penempatan wiyah & hubby ) --> foward ke tahun 2013

Master Of Technical & Vocational Education..insyaAllah ke peringkat Doktor Falsafah tetapi wiyah bg laluan terlebih dahulu pada En.Suami utk mencapai impian bergelar Profesional Enggineer..Ir. Mohd Suhairi insyaAllah, baby akan sentiasa dan terus mendoakan & menyokong abang dalam jua bidang yg abang ceburi!

Mommy & Daddy to be..counting days to go 

with my housemate..1.5 years together, friendship 4 ever yea!

sahabat a.k.a classmate di tika senang & susah..sorg dah jd ummi, 2 org lg mommy to be, sorang bakal pengatin, sorang bakal tunangan orang & lagi sorang still single & available ;-)


last but not least..to my followers, blog reader, silent render..(ayat poyo mcm ramai follower jer hikhik) , wiyah hadiahkan jambangan bunga-bunga ni semua...semoga kebahagian & kejayaan serta kerdhoaan hidup sentiasa mengiringi hidup kalian..insyaAllah

Sekian..Wassalam

Thursday, November 1, 2012

JJCM @ Maggie Ketam Bistro, Dungun

Assalamualaikum wbt

Dah lama sebenarnya teringin nak makan meggi ketam ni..ada kawan cakap Maggie Ketam @ Bistro kat Dungun best , tp dah lama cari tak jumpa sbb cari tak bersungguh2 ..& tiba2 masa balik ke Dungun baru2 ni saja jalan2 kat pantai & terjumpa kedai ni...tp waktu urusniaga bermula pd pukul 6 petang  hingga ke lewat tengah malam..so perlu la postpone hingga ke lain waktu coz masa ternampak tu waktu tengahari ..takde rezki time tu ;-(

wiyah adalah peminat tegar semua makanan berasaskan Mee & seafood

RM 22 per bowl..baby crab curry Maggie! Rasanya berbaloi dengan harga..walaupun hanya maggie kan ;-)

sebelum ni pernah try makan Maggie ketam di Kampung Cherang Ruku, Semerak Pasir Puteh Kelantan, kat situ juga famous maggie ketam..kat sana lebih kepada perisa sup/ ayam..1st time makan so tak boleh nak bezakan samaada sgt sedap atau hanya sedap hehe..kat sini dihidangkan dalam Claypot & 2 ekor ketam! Harganya juga lebih murah..hanya Rm13/claypot

tapi...hurm bila dah pekena ngan Maggie ketam Bistro kat Dungun ni,, wallahhhh mmemang meletops la!  wiyah pilih ketam nipah coz ketam laut mudah utk didapati kat are umah wiyah, so kita try ketam nipah la plak kan! Kat sini rasanya lebih kepada perisa kari..ala2 mee kari pon ada juga rasanya! Rasa pedas & creamy lemak..hurm mmg citarasa org Malaysia la kan 

Selain daripada ketam ada juga tambahan seafood lain seperti Udang, sotong & Lala yang fresh! Kat sini dihidangkan dalam mangkuk biasa..Memang sgt heaven la..kami just order 1 mangkuk jer plus side order, coz waktu dah hampir kul 12 tgh malam & dlm perjalanan pon kami dah takeaway A&W dengan 2 Large Root Beer..huh kalau ambil 1 sorang mmg confirm xleh tdo la sbb kekenyangan sgt ;-)

gambar kurang menari coz suasana gelap..ambil port kta meja luar mmg takde lampu langsung, harapkan flash camera cap ayam jer..so mmg tak puas hati dgn kualiti gambar!


siap di bekalkan dengan penyepit ala2 playar utk memudahkan proses me'makan' ketam! mmg btol sgt mudah..so lps ni boleh la beli ni utk makan kat umah plak ;-)

see...licin semuanya kami belasah tinggal cengkerang & kulit jer bersepah-sepah, apapun wiyah mmg suka cara masakannya..hurm nampaknya lepas habis pantang baru la bleh merasa lagi..tahun depan?? ayyak..lambat lg la ;-)

sekian..pada kawan2 kalau ada yang teringin nak makan, bolehla singgah kat sini..sgt puas hati + service pon cepat..sambil bersantai ambil angin malam ;-)

Wednesday, October 31, 2012

WW: 35week pregnancy!

Assalamualaikum wbt

otw ke HTAA utk appoinment dgn pakar O&G..serta CTG Baseline utk jantung baby...Alhamdulillah segalanya dlm keadaan normal & terkawal..syukur pada mu Ya Allah

membesar & membulat dgn jayanya..alhamdulillah masih boleh drive ke sana sini ;-)
Hari ni : 31 Okt 2012 dapat anak buah baru..Syukur segalanya selamat, amin ya rabbal alamin

mata sembab,hidung bulat , muka berminyak2 & kembang semangkuk tak boleh blah..last week berat naik over d targer! 1.7kg in 2 weeks bayangkan betapa bersemangat nya mommy ni ;-)

esok ada appointment klinik lagi..rasa takut plak nak naik penimbang tu huhu

Tuesday, October 30, 2012

Donut Kentang with Blueberry Filling

Assalamualaikum wbt

Update resepi petang semalam..donut ni adalah antara donut paling sedap yang wiyah pernah buat...sangat sedap & berpuas hati dengan texture nya..gebu & padat dengan isi ubi kentang yang telah di lenyek..Maaf bukan nak angkat bakul yg besar ni sendiri tp realiti, mungkin dah mmg resepinya sedap & bukan disebabkan wiyah yg buat yer ;-)

tetiba terasa nak makan donut kul 5pm..hurm bila dah teringin tu haruslah terus bangun ke dapur, sediakan bahan & uli adunan..kemudian tutup dengan kain lembab..baru lah tenang nak solat asar! hihi ...sabar jer la kan..donut lg penting dr solat..ouchh bukan begitu sebenarnya cuma nak bagi adunan mengembang terlebih dahulu ;-)


ngam2 mr.husband balik kerja..donut dah siap digoreng cume belum digaul bersama gula icing sahaja! ok la jugak coz tak mengambil masa yang lama utk makan donut yg sedap..just adunkan & biarkan ia mengembang! hurm..tak guna cite panjang bukan bleh tapau pon kan hihi..pernah buat resepi Chineese donut dari k.izah jugak & kali ni  juga nak share resepi yang wiyah godek2 dr dapur k.izah daut - muffin lover!


Donut Kentang & Blueberry
Olahan dari resepi ' Donut Keledek Jepun' : Izah Daut

Bahan-bahan Utama:
  • 200 gm tepung gandum - 2 cawan tepung
  • 100gm ubi kentang - wiyah guna 1 biji sederhana besar
  • 1 1/2 sk yis segera mauripan *
  • 1 sudu besar susu pekat manis *
  • 50gm gula halus*
  • 60ml air suam * (satukan bahan2 bertanda *)
  • 1 1/2 sb mentega
  • 1 biji telur kuning -wiyah tak letak
  • 1/2 sudu teh garam
  • Gula ising untuk salutan
  • Minyak untuk menggoreng
Cara-cara Penyediaan:
  1. Kupas kentang, rebus hingga empuk dan lenyek bersama mentega hingga halus ketika masih panas.Sejukkan.
  2. Satukan tepung, gula dan yis, gaul rata. Masukkan kentang lenyek gaul hingga rata dan masukkan bahan-bahan campuran * sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan elastik.
  3.  Rehatkan adunan selama 15 minit dan tutup dengan kain lembab / plastik sehingga mengembang.
  4. Bulat-bulatkan adunan & masukkan filling bluberry/strawberry/choclate chip atau mengikut bentuk kesukaan anda.
  5. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.
  6. Salut dengan gula halus atau coklat mengikut suka.

sekian...wassalam, lain kali kalau tiba2 teringin tengah malam malam pon boleh buat hihi

Monday, October 29, 2012

Handmade Khas Untuk Anakanda Tercinta

Assalamualaikum wbt

Excited menyambut 1st baby..hasil keras tangan dr moomy buat anakanada! walaupun takde ilmu jahit menjahit, tak pernah ada minat menjahit & of course takde mesin jahit !! dirumah hanya da set jarum & beberapa gulung benang basic color..tp demi utk mu anakanda, mommy cuba sedaya upaya utk membuatnya..mengambil masa hampir 2bulan utk disiapkan..Alhamdulillah walaupun senget benget , tak kemas jahitannya..tp mommy sgt berpuas hati ;-)

Tilam 100% kekabu oval shape with 1 bantal karipap bertelinga , 1 bantal 4 segi  & 2 bantal golek (tiada dlm gambar, siap lebih awal so simpan dlm kotak.. mls nak buka kotak)

yang ni plan nak wat travel..senang nak angkut coz kecik, setakat ni dah beli 3 jenis tilam baby + yg ni jadi 4..melampau kan ekeke

yang ni plak swaddle baby, asalnya beli kain flannel cotton kat kamdar utk buat tempah binder ..tp tukang jahit ckp kain byk lebih, dah buat barut 15helai (3 jenis kain) still ada kain lebih lagi...ambil kain lebih & wiyah terfikir nak buat swaddle ni, mmg sgt bercinta utk siapkannya! tp bersyukur..bila dah siap swaddle, sgt bepuas hati senyum sampai telinga..swaddle ni lain dr yg lain, takde jual kat mana kedai even dalam & luar negara tau! ekeke..ayat melampau kan!

corak kartun lebihan dr set cadar baby pon boleh la..en.suami gelak jer tgk wiyah ;-)

zoom dr dekat..swaddle with polkadot lace! 

Syukur dah sampai ke tahap trimester & minggu2 terakhir..insyaAllah lagi 3mggu menantikan saat2 yang indah tu akan tiba..semoga segalanya dipermudahkan olehNYA amin ya rabbal alamin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...