To All My Friend, Lovely & Silent Readers

To All My Friend, Lovely & Silent Readers

Mohon maaf kiranya wiyah a.k.a Tuan Rumah tiada kunjungan balas/backlink /follow ke blog kalian, ini kerana disebabkan oleh ketiadaan link blog tuan/puan utk wiyah follow kalian. Jutaan maaf juga jika jarang ber'blogwalking' ke blog kalian (busy tahap cipan). In sha Allah jika ada kesempatan waktu wiyah akan ke singgah ke blog kalian..Peace No War!!

Followers

Imamku Hingga ke Hembusan Nafas yang Terakhir

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
"Some Love Stories...Live Forever"

Friday, February 22, 2013

Rendang Ayam Pencen & Nasi Impit

assalamualaikum wbt

Gara2 terliur Rendang Ayam Rantau & Pulut Kuning kat rumah Rohah Damai Qalbu semalam.., maka bermenu hari raya la wiyah & suami har ni hehe..uish tak tau la kenapa ngan tekak ni..selera pelik2 Tak pernah2 wiyah makan ayam pencen apatah lagi nak beli & masak sendiri. Pergi RTC wakaf Che Yeh tgk mcm2 ada oooww ..angau sekejap kat situ, almaklumla g pasar seminggu sekali jer..maka membeli la dgn sepuas hati sampai tak muat peti ekeke

Menu pagi minggu(hari jumaat yer ..haha) : Nasi impit bersama rendang ayam pencen

plan asal nak beli daging lembu fresh jer  tapi bila ternampak ayam yang dah siap dibakar kulitnya (agak kekuningan & perang) terus tanya tokei tu..ayam apa ni?? ayam pencen tokei tu jawab..terus wiyah cakap nak separuh. Bila dah balik rumah baru terpikir nak masak apa ngan ayam ni ek??..sedap ker?? borak2 ngan kakak.. dia suggest buat kari or rendang coz kalau goreng or buat sup mmg keras macam kayu dia kata haha..terus teringat rendang rantau kat umah Rohah,, sesuai jer wiyah kan perantau ahakkks gelenya!

wiyah makan bersama nasi impi coz tak pernah buat lagi seumur hidup ni + periuk kukus menyorok dalam kotak + MALAS...haha


RENDANG AYAM RANTAU
Oleh:rohaisha
Bahan-bahan: (wiyah buat separuh resepi)
  • 1 kg ayam- wiyah guna 1/2 ekor ayam pencen
  • 30gm cili kering | kisar
  • 6 ulas bawang merah | kisar
  • 4 ulas bawang putih | kisar
  • 3cm halia | kisar
  • 10cm lengkuas | kisar
  • 3 sudu besar kerisek
  • 1/2 cawan santan pekat
  • Air secukupnya
  • Air asam jawa
  • 6 helai daun limau purut
  • 1 helai daun kunyit
  • Garam 
  • Gula- wiyah guna gula melaka
  • Minyak untuk menumis
Cara Penyediaan:
  1. Tumiskan bahan kisar sehingga naik minyak.Masukkan ayam dan biarkan perencah bergaul rata.
  2. Masukkan air dan daun limau purut.Biarkan mereneh bersama ayam.
  3. Apabila ayam separa empuk, masukkan santan pekat dan bancuhan air asam jawa.Biarkan kuah menjadi pekat barulah dimasukkan kerisek.Perasakan juga dengan garam dan gula.Taburkan hirisan daun kunyit.Biarkan sekejap.
  4. Tutup api setelah masak.

ada lebihan rendang ...so utk tgh hari wiyah masak nasi colorfull ni makan bersama rendang & sambal belacan...amacam rajin ke malas wiyah ni? ekeke

2 comments:

asyifamustaffa said...

Ayam pencen...mmg sedap buat rendang....:-)

Wiyah said...

Asyifa: yup..1st try, masak rendang daginya tak hancur..sedap ;-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...