To All My Friend, Lovely & Silent Readers

To All My Friend, Lovely & Silent Readers

Mohon maaf kiranya wiyah a.k.a Tuan Rumah tiada kunjungan balas/backlink /follow ke blog kalian, ini kerana disebabkan oleh ketiadaan link blog tuan/puan utk wiyah follow kalian. Jutaan maaf juga jika jarang ber'blogwalking' ke blog kalian (busy tahap cipan). In sha Allah jika ada kesempatan waktu wiyah akan ke singgah ke blog kalian..Peace No War!!

Followers

Imamku Hingga ke Hembusan Nafas yang Terakhir

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
"Some Love Stories...Live Forever"

Tuesday, January 29, 2013

Mee Sup Tulang Ayam Claypot


Assalamualaikum wbt

Salam sejahtera, yeay sempat nak update entry sementara wafiey tgh tdo lena..hari ke-2 ganti puasa hari ni masih byk berbaki huhu..mood nak makan macam2 selepas berpantang ni, bunyi seperti org yg dah lama tak makan ekeke

sebenarnya nak makan mee celup di mlm hari bebehari lepas tp bila ke kedai berkenaan Restoran Terminal Tom Yam bersebelahan terminal makmur..pelayan kedai cakap mee celup di jual pd siang hari jer...dulu wiyah biasa datang makan waktu malam (ada jer even dah kul 11 malam) ..hurm maka kempunan la wiyah! 

esoknya wiyah ke pasaraya utk membeli stock barang basah & sayuran..ternampak ada di jual rangka/tulang ayam kat area barang basah (sebelum tak pernah tahu pun rangka/tulang ayam ada jual gak)..hurm fyi tulang/rangka ayam ni bukan tulang sepenuhnya tau..ada juga isinya macam tulang lembu tu..best kalau buat sup coz tak memuakkan + akan lebih terasa kemanisan air tulang ayam tu!

so wiyah terfikir kalau buat mee sup best gak ni..hurm so beli 2 ketul & suruh potong kecil2 terus kat situ (dasar pemalas & nak memudahkan kan kerja ekeke)..kemudian sambung beli barang lain, balik rumah..basuh2 semua bahan & teruskan misi memasak sup tulang/rangka ayam terlebih dahulu..sup kalau di masak lebih awal akan lebih sedap!

di hidangkan di dalam claypot bersama sambal kicap pedas..merasmikan buat kali pertamanya, dah lama beli tapi belum berkesempatan nak guna lagi..RM 5.90 per pot, 2 biji cukup la skadar ada ekeke


Mee Sup Tulang Ayam
Sumber resepi : Belakang Paket Sup BABAS

Bahan Utama:
  • 1 bungkus mee kuning (wiyah guna spaghetti rebus)
  • 2 ketul rangka/tulang ayam (di potong kecil)
  • 3 gelas air
  • 1 paket kecil rempah kasar
  • 3 ulas bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 2 inci halia muda * - dikisar/ ditumbuk bersama
  • 3sb rempah sup BABAS - dibancuh dengan sedikit air
  • kobis cina/daun sup/daun bawang/ tomato 
  • cili padi - jika ingin pedas

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak & tumis rempah kasar seketika. Kemudian masukkan bahan kisar sehingga naik bau dan kekuningan.
  2. Tambahkan tulang/rangka ayam yang dipotong kecil bersama air. Rebus tulang sehingga empuk (lagi lama rebus lagi sedap rasanyacoz terasa kemanisan air tulang ayam tu). 
  3. Masukkan rempah sup ke dalam rebusan tulang & kacau sehingga sebati.Perasakan sesedap rasa. Tutup api & biarkan..panaskan apabila hendak dihidangkan.

Cara Hidangan:
  1. Letakkan mee/spaghetti ke dalam mangkuk calypot (utk mengekalkan kepanasan sup pada kadar yang lebih lama) & masukkan kuah beserta tulang ke dalamnya. 
  2. Taburkan kobis cina, daun sup & daun bawang, tomato dadu, serbuk lada putih & sambal kicap pedas. (wiyah lebih suka apabila sayur di taburkan secara mentah bg mengekalkan kerangupan sayur tersebut)
  3. Sesuai di makan dalam suasana sejuk a.k.a waktu hujan @ hidangan makan malam.

sori yer..meja bersepah, mana tak nya sume benda nak letak kat atas tu..en. suami balik kerja pon belum sempat mandi terus tercongok kat kerusi tu..lapar la katanya ;-)... waktu makan malam kami mmg pukul 7malam so petang dah kena masak2 siap la..

sekian..wassalam

4 comments:

Rosmawani♥ said...

uihhh...sedapnyer...berclaypot lagi tu :P

Marsita Yahya said...

salam...cepat masa berlalu..bila habis pantangnya:)

Wiyah said...

Ros: 1st try ..org dah lama guna wiyah br nak guna hehe, murah je rupanya claypot ni yer

Wiyah said...

Marsita: Alhamdulillah dah habis berpantang..berpantang moden 30 hari dah pusing malaysia hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...