Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah dapat bersua lagi..niat di hati nak habiskan n3 yang tertunggak kat folder ni before cuti-cuti bonda bermula nanti..insyaAllah! Menu ni wiyah buat 2 3 hari yang lepas..rasa nak makan nasi tapi pergi jenguk lauk kat 2 3 kedai takde yang berkenan di hati..hurm sudahnya pergi pasar petang & nampak ikan2 kembung yang segar ni..apa lagi sepantas kilat mintak en.suami carikan bahan2 sbb wiyah tak larat nak jalan..just arahkan beli itu & ini
siap suruh tokei ikan tu bersihkan skali gus..balik umah just basuh jer & panggang..yang lain2 en.suami setelkan, wiyah bagi arahan camana nak masak jer..hikhik mudah kan kerja wiyah, makamalam tu kami makan nasi berlaukkan ikan kembung percik + salad..jumpa gak nasi pd hari berkenaan
lauk favourite famili wiyah..kalau tiba musim ikan kembung memang lauk ni wajib setiap hari ada kat atas meja tu..kuah percik nya mak wiyah buat banyak2 terus coz ianya boleh di simpan dalam tempoh yg agak lama
Ikan kembung yang siap di bakar..menggunakan pemanggang yang tidak ajaib yer! atas dapur gas sahaja ;-)
Percik Ikan Kembung Warisan Ibunda
(Sumber Resepi: Emak Wiyah)
Bahab-Bahan utama:
- 4 ekor ikan kembung segar- sederhana besar
- 1/2 kg santan pekat
- 2 cawan air
- 6 ulas bawang merah *
- 2 ulas bawang putih *
- 2 inci kunyit hidup * dikisar bersama
- 2 batang serai - dititik
- 1 keping asam keping
- 3sb cili giling
Cara Penyediaan :
- Ikan dibersihkan & diperap bersama garam kunyit (jika suka) atau boleh juga di panggang tawar. Panggang ikan sehingga masak. Sementara itu, kita sediakan kuah percik nya.
- Masukkan santan & bahan2 yang lain kedalam kuali. Masak dengan api yang sederhana sehingga kuah agak pekat mengikut selera masing-masing.
- Tahbahkan gula & garam sesedap rasa. Siramkan kuah percik ke atas ikan yang telah siap di panggang..sedia utk dihidangkan .
p/s : Enak di makan bersama nasi panas & hidangan ini tak sedap dimakan bersama lauk yang banyak. Cukup sekadar ini & ulaman memang menambah-nambah. itu wiyah la..ekeke
Alhamdulillah tidur kekenyangan kami pada malam berkenaan..;-)
7 comments:
nmpk sedap lauk tu Wijay...
mkn dgn nasi panas2 ni..mmg terangkat...xpyh lauk lain dh..
TQVM Qasey Honey ..aah mmg btol tu, ada 1 lauk ni pon dah cukup kan ;-)
sedapnya...nak sikit...
amik la..musim ikan kembong skang ni, mmg best baut kuah byk2 then wat stok..bila nak makan just bakar ikan jer..curah kuah ;-)
menyelerakan...
Tq.saya nk Cuba masak untuk Suami tersyg.Suami Kara sblum kerja ni masaklah special2.mg bertambah berkat kongsi ilmunya.
sedapnyer tengok ikan 2 bulan puasa ini..nk cubalah,
Terima kasih atas info tersebut.silalah singgah diblog saya http://dirawanhartawan.blogspot.my/
Post a Comment