To All My Friend, Lovely & Silent Readers

To All My Friend, Lovely & Silent Readers

Mohon maaf kiranya wiyah a.k.a Tuan Rumah tiada kunjungan balas/backlink /follow ke blog kalian, ini kerana disebabkan oleh ketiadaan link blog tuan/puan utk wiyah follow kalian. Jutaan maaf juga jika jarang ber'blogwalking' ke blog kalian (busy tahap cipan). In sha Allah jika ada kesempatan waktu wiyah akan ke singgah ke blog kalian..Peace No War!!

Followers

Imamku Hingga ke Hembusan Nafas yang Terakhir

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
"Some Love Stories...Live Forever"

Wednesday, August 28, 2013

Laksa Johor di Kelantan yang Ohsem

Assalamualaikum wbt

Melaksa di tengah hari..memang wallah sedap yang teramat tak dapat nak gambarkan dengan kata-kata. Alhamdulillah terlaksana sudah hajat nak makan laksa johor ni..kira ada taste la yer org johor ni, laksa yang di gunakan adalah spaghetti bukan laksa beras/laksa gandum bagai...mmg ada kelllas la org johor ni, nasib baik tak guna ikan salmon buat kuah hihi

lai lai lai..laksa johor $ 4.50 sepinggan! 

Laksa Johor mmg susah nak dapat kot area pantai timur ni , selalu jugak duk ushar kedai tepi jalan kot2 ada jual kan tapi mmg confirm takder!!..yer la kan dah namanya pantai timur semestinya yang ada confirm la laksa terengganu, laksa kelantan, laksam!hermmmm tp satu kemushkilan..kenapa laksa penang ada kat mana-mana jer tak kira negeri utara barat selatan timur even kat sabah serawak pon ramai org jual laksa penang...knp yer??? jawab jawab sape yg tau! hehe

so kalau nak makan sgt ..kena la rajin ke dapur, apa lagi buat la sendiri!! huhu

kat johor pon rasanya masa duk kat batu pahat setahun lebih tak pernah jugak jumpa kedai yg jual laksa johor,, paling banyak nampak org jual nasi beriani, mee rebus, mee bandung, bihun soto , bakso pun banyak memang di merata tempat. hurrrmm mushkil jugak ni..knp org tak jual yer??


1st time wiyah makan laksa johor masa housemate/classmate/anak tuan umah buat open house..mak dia masakkan laksa johor..seriously 1st time makan terus jatuh cinta dgn rasanya yg tersgtlah ohsem..then bila musim open house ni teringatla kat laksa johor mak dia,,mmg sgt sedap!

tiba2 masa keluar..nampak majalah mingguan wanita cover Datuk Ct, apa lagi mestilah buka tengah dulu kan Hidangan Selatan Penuhi Citarasa pucuk dicita ulam  mendatang la..kebetulan jugak mr.husband beli ikan masa g site visit kat pasir puteh..alang2 terus ke Tok Bali mencari stok barang basah kami! menyelam sambil minum air kata orang hihi..

daun selasih, daun kesom, daun kemangi semuanya ada dalam pasu ,percubaan pertama me'Laksa Johor' so apa lagi cargas terus rebus ikan utk buat kuah..planning nak makan petang tp mr.husband ajak mkn lunch..what to do , rebus la spagheti time tu jugak...

mr.husband yg 1st time makan laksa johor ni siap menambah 2x okeh..wiyah tak payah citer la mmg luar kawalan haha, jom wiyah share resepi ni..rasanya mmg cukup sedap seenaknya selazatnya selemaknya..secukup rasa la

Laksa Johor
Sumber: Majalah Mingguan Wanita Ogos 2013 & Jun 2006

Bahan-Bahan:
  • Spagheti secukupnya-direbus & ditos
  • 600g Ikan parang-direbus atau dibakar (wiyah guna ikan kembung)
  • 1paket kecil rempah kari ikan-BABAS
  • 5keping asam keping
  • 2sb kerisik
  • 1 liter santan
  • 1.5liter air rebusan ikan 
  • 2batang serai-dititik
Bahan Kisar:
  • 1sb udang kering
  • 7 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2inci kunyit
  • 5incicm halia
  • 2inci lengkuas
Bahan untuk Ulam: di hiris/di mayang
  • timun, daun selasih, bawang besar, taugeh, daun kesum, sambal belacan, lobak asin & limau nipis
Cara Penyediaan:
  1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau, kemudian masukkan rempah kari. Kacau sehingga naik minyak.
  2. Masukkan ikan, udang segar yang telah dibuang tulang & dikisar. Tambahkan kerisik. Kacau sehingga terbit minyak kemudian masukkan air rebusan ikan, udang , asam keping &biarkan sehingga mendidih.
  3. Masukkan santan & kacau sentiasa utk mengelakkan santan pecah.Perasakan gula & garam sebelum di angkat.
percubaan pertama yg sangat mengujakan..sangat berpuas hati dgn rasanya, bukan nak memuji diri sendiri tapi resepi yang diberi secukupnya! In sha Allah next time bleh try buat lagi..

Tuesday, August 27, 2013

Salam penghujung syawal..20 syawal 1434H

Assalamualaikum wbt

Entry tertinggal keretapi!



First of all..wiyah nak ucapkan salam aidilfitri buat semua kawan2 tuan/puan/kakak/adik/abang walau di mana jua berada, kenal atau pun tak..maya atau pon nyata! Mohon kemaafan seandainya selama wiyah menulis di sini ada pembaca terguris hati dengan kata-kata, perkataan mahupun gambar yg wiyah kongsikan, mungkinjuga pada resepi yang wiyah kongsi di sini tidak di sertai dgn link dari blog puan/tuan/adik/kakak semua..mohon harap di ampun

Hohoho...ramadhan dah lama berlabuh, syawal pulak sudah berada di penghujungnya tbaru lah tuan tanah berpeluang nak bersihkan semak samun kat tanah ni..biasa la alasan yg biasa di dengar sibuk & malas! pengakuan ikhlas hehe

kongsikan nak abadikan kemeriahan beraya tahun ni kat sini, baru terhegeh-hegeh nak transfer gambar nak edit nak tempek..org lain dah berpuluh entry, wiyah  baru nak buat entry raya,,hikhik takpe la wiyah kasi chance kat kawan2 update dulu la..

Terlebih dahulu jutaaan kemaafan kiranya entry ini..mengguris hati kawan-kawan TTC..in sha Allah, moga redha Allah sentiasa bersama kalian, teruskan BERUSAHA & BERDOA..Amin Ya Rabbal Alamin

Pada Hari Raya 2013..08.08.13 Anakanda tersayang berusia 8bulan 2minggu, syukur Alhamdulillah..seorang yang sangat aktif dalam segala hal mengemas, membebel, mengomel, menangis..terkini anakanda sudah mula memanjat panjang kan langkah utk suruh mommy jerit kuat2 panggil nama dia..Wafiey!!!! toleh mommy & ketawa sambil air liuh meleleh & tunjuk 6 batang gigi dia...tersangat la cheeky ini budak!! 



Syukur alhamdulillah..Hari raya tahun ni sangat bermakna bagi wiyah & suami! seriously since ramadhan lagi rasa tak sabar sangat2 nak tunggu hari raya..siap cuti awal 3 hari nak balik kampung awal punya pasal hehe..tahun ni kami beraya di kuantan & hari raya ketiga diterengganu

MOTIF nya??? Tahun pertama beraya sebagai sebuah keluarga..mestila dgn kehadiran anugerah terindah anak bujang tersayang Aisy El Wafiey, kehadiran yang sangat keluarga di kedua belah pihak nantikan..apatah lagi kami 5tahun setengah sabar menanti utk mendengar tangisan pertama zuriat kami,nak peluk cium belai sepenuh hati kami,  menangis sepuas hati bersyukur ke hadrat Ilahi akhirnya DOA kami utk menjadi Ibu & Ayah di makbulkan Oleh NYA..syukur alhamdulillah


see pandai buat mimik muka..itu & ini! so fotogenik pantang nampak kamera/telefon/ipad mesti nak pegang berebut ngan mommy..

tidak dinafikan sepanjang usia perkahwinan..setiap kali hari raya sebolehnya nak mengelak dari soalan,,bila lagi nak ada baby?? hanya mampu tersenyum walaupun dalam hati tersangat la sedih..jawapan ringkas in sha Allah ada rezki ada lah nanti! Tahun ni..dah takde lagi soalan tu!! Yeayyy tepuk tangan kuat-kuat (sila join skali) hehe


Unluckily..tahun ni hanya ada gambar hari raya pertama huhu, kesahnya petang raya pertama anakanda dah mula merengek selsema demam cirit-birit chicken pox & demam campak..BERSAMBUNG next entry hehe jgn marra eh,, anakanda dah bangun tdo daaa ;-)

Tuesday, July 30, 2013

Somtam Istimewa Pembuka Selera Ketika ber-Iftar

Assalamualaikum wbt

alhamdulillah sudah masuk 10 hari terakhir dibulan ramadhan..cuaca tahun ni agak mencabar sedikit coz cuaca yang panas amat berbeza dari tahun2 terdahulu..apa pon semoga sabar terus bersama kita utk menghabiskan sisa yang berbaki..semoga tahun hadapan masih diberi peluang utk melaluinya..in sha allah

hari ni just nak share menu pembuka selera kami..selalu jugak la beli since dari bln tak puasa pon, Somtam ni sangat istimewa bagi wiyah..ada rasa pedas2 cili padi +bawang putih + ada rasa masam dari limau nipis + nenas + tomato, ada rasa rangup2 dari parutan betik muda + mangga lemak + kcg panjang + kangkung + kacang tanah bersama adunan gula & udang kering yang tersendiri khas utk membuat somtam...di datangkan khas dari negara jiran Thailand

 
ini somtam special yang wiyah beli..ada campuran parutan betik muda + mangga lemak + nenas! harga yg special RM3.50 jer..mmg berbaloi coz rasanya mmg la wallah sedap tak hengggat..tengok jer pon dah meleleh air liur ;-)

kalau bulan biasa..wiyah slalu beli somtam ni pada hari jumaat di Pasar Tani Wakaf Che Yeh, kena beratur & booking dulu kalau tak kena masa hehe..dtg awal cket so xpayah beratur..datang semata2 nak beli somtam yuhoooo..parking kete RM2 somtam RM3.50 hoho  tak berbalo kalau diikutkan, tp kalau alang2 dtg biarla beli sampai 3bungkus kan.. baru la puas hati, next friday  plak baru dapat makan

sebungkus sorang makan..makan ni mmg tak ingat nasi daaa ..try perkenalkan kat mak mertua..ternyata mmg MIL pon sgt suka sampaikan pesan kat wiyah.." bila2 ma datang..kita gi beli lagi eh somtam tu"..huhu cuba dulu baru tau

bulan ramadhan ni..makcik ni menege kat bazar ramadhan stadium, wiyah tak pernah ke sana lagi so far..just kirim pada en.suami balik dari kerja singgah situ..naik motor senang nak parking & jimat masa..sekali beli mmg 3 bungkus la..tmak takleh blah haha

see ant pic yg wiyah sempat snap..menggunakan lesung kayu sebesar alam, dua2 tangan bergerak ..kita boleh?? tak menang tangan melayan pembeli..mmg ramai sangat2 peminat somtam makcik ni..

antara ramuan istimewa..udang kering oren, limau nipis, mangga lemak & ect

p/s:barang dah beli, blik raya nanti nak try buat kat umah mak..tunjuk skill even tak pernah buat..rasanya boleh kot coz slalu dukusha makcik ni buat..hehe

Sunday, July 28, 2013

Carbonara Macaroni Cheese Iftar ke-10

Assalamualaikum wbt

Menu ulang tayang di iftar yg ke-18..semalam dah moreh ngan chicken chop hari nak iftar ngan macaroni cheese plak..huhu meroyan nak makan western jer tekak ni..apahal pon tak tau la! layan kan jer la tekak ni..,stock macaroni, spaghetti, beef mince, tomato puree, cheese bagai sentiasa ada dalam simpanan..barang wajib beli tiap kali shoping groceries! nak wat camano org kampung tekak western..ni namanya org kampung tak sedar diri...kahkahkah

ada anak pokok bercambah..kisahnya sbb ada lebihan daun sup yang tumbuh..ngehngeh

seminggu sekali mesti ada menu ala2 western dr dapur wiyah..menu ala2 hentam sajalah ikut suka apa yang ada kat dapur..sudah cukup bersyukur hehe, nasib baik mr hubby jenis yang tak kisah..apa taknya mr.hubby pon dah jemu makan nasi..hampir setiap hari menu iftar kami adalah nasi! sahur pun kadang tu nasi juga..coz ada lebihan nasi lagi,, membazir kalo tak makan!..susahnya la kalo org yg penyayang yg amat ni kan..haha sabo jer la..korang ada yg mcm wiyah tak??

so cheeeeezy! kata jer tak nak makanan berat ..padahal kandungan kolestrol nya lebih kurang sama jer walaupun bukan nasi, bertambah-tambah la lemak sedia ada haha

Carbonara Macaroni Cheese

Bahan-bahan: Hidangan utk 2-5 org makan
  • 1 biji bawang besar & 2 ulas bawang putih (dipotong dadu)
  • 2 cawan macaroni (direbus bersama 1sb minyak)
  • 1 tin prego mushroom carbonara 
  • 10biji cendawan butang dlm tin- dipotong 4
  • 5batang crab stick & sosej (option)
  • 3keping slice cheese
Cara Penyediaan:
  1. Panaskan 2sb minyak zaitun& tumiskan bawang besar, bwg putih sehingga sedikit layu & naik bau.
  2. Masukkan crab stick,sosej, prego sos & cendawan butang. Masak dengan api yang sederhana.kacau mesra dan masukkan makaroni yang telah siap rebus tadi. 
  3. Akhir skali masukkan slice cheese, tutup api & siap untuk dihidangkan. Sesuai dimakan masa masih panas.
anyone carbonara macaroni cheese utk iftar hari ni?? haha

daaaa...Selamat berbuka puasa & menjamu selera ^-^

Saturday, July 20, 2013

Mangkuk Sarapan/ Minum Petang/Sahur Yang Ohsem

Assalamualaikum wbt

Seminggu berpuasa dah tak tau nak makan apa daa utk sahu..beli roti utk bersahur baru 2-3 keping yang luak & tarikh luput sudah sampai ke penghujungnya..nak buang rasa membazir, duk termenung kejap nak buat apa dgn roti yer tak nak bagi membazir..

hurm tiba2 tingggg! terus teringat kat resepi yang wiyah copy dr Buku Resepi..khas utk roti2 sahaja, baca punya baca resepi nak match dgn apa yang ada dalam peti ais..akhirnya resepi ni yang menjadi pilihan hati, alhamdulillah laku juga walaupun 1st time buat & 1st time makan..syukur at least roti tu tak terbuang mcm tu saja, , hehe panjang lebar cite nya..padahal pasal roti yang dah nak capai tarikh luput jer pon kihkih

rasanya cukup utk kami bertahan seharian keesokan hari, mudah-mudahan in sha allah..ada roti + sosej ayam + carrot tomato + sos & mayonis

rupanya tak la secantik tart telor/tart buah/cheese tart bagai..tapi rasanya alhamdulillah boleh diterima daripada takde baik ade..welll nak ckp per lagi dah ni jer yg ada, hehe jgn marah errr! 

serious bagi wiyah & husband ianya not bad..bergantung pada inti yang kita buat, roti tu tak bersalah langsung kalau rasanya tak sedap ek ;-D

Sumber Dari Fb : Buku Resepi
Kiriman Dari : Puan Saadah Yusof (Inspirasi daripada blog Martha Stewart)


BAHAN-BAHAN:
  • Beberapa keping roti sandwich putih
  1. Gelek roti bagi sedikit nipis & Terap pada acuan bulat menggunakan cawan/mangkuk ke atas roti. Susun kedalam dulang muffin yang disapu dengan sedikit marjerin.
  2. Kemudian, bakar roti berkenaan selama 5 minit pada suhu 180 darjah. Keluarkan.
Bahan untuk Inti:
  • Semangkuk kecil isi ayam  sosej ayam- dipotong dadu
  • 3ulas bawang merah , 2ulas bawang putih- dicincang 
  • Semangkuk kecil sardin
  • 1/biji tomato- cincang dadu
  • 1/4 biji carrot-cincang dadu
  • 2sb sos cili, 1sb sos tomato & 1sb sos lada hitam
  • Sedikit kucai untuk taburan
  • Beberapa biji telur 
  • Taburan lada hitam  pizza topping (mozarela & cheddar cheese)

CARA MENYEDIAKANNYA:
  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang merah di ikuti bawang puteh sehingga kekuningan. Masukkan sosej ayam, masak seketika sehingga sosej agak garing.
  2. Masukkan carrot, tomato dan sos cili, sos tomato serta sos lada hitam.Masak seketika, tak perlu di tambah gula & garam.
  3. Isikan inti  sosej ayam tadi ke dalam mangkuk roti. Letakkan topping cheese. Bakar lagi selama 15-20 minit bergantung kepada oven anda.
ini lebihan roti bahagian tepi..wiyah susun2 dapat jadi mangkuk juga, alhamdulillah tiada pembaziran walaupun rupanya comot cket tp rasanya tetap sama dgn yang cantik rupanya..wallahuwaklam, satu pengajaran yang miskin tak semestinya hodoh & sebaliknya ..P&P utk hari ini ;-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...