To All My Friend, Lovely & Silent Readers

To All My Friend, Lovely & Silent Readers

Mohon maaf kiranya wiyah a.k.a Tuan Rumah tiada kunjungan balas/backlink /follow ke blog kalian, ini kerana disebabkan oleh ketiadaan link blog tuan/puan utk wiyah follow kalian. Jutaan maaf juga jika jarang ber'blogwalking' ke blog kalian (busy tahap cipan). In sha Allah jika ada kesempatan waktu wiyah akan ke singgah ke blog kalian..Peace No War!!

Followers

Imamku Hingga ke Hembusan Nafas yang Terakhir

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
"Some Love Stories...Live Forever"

Thursday, March 7, 2013

Moist Carrot Cake Untuk Mertua

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah..bumi kota bharu dibasahi hujan 2 hari berturut...cuaca mendung & lembab! jadi lemau jer..asyik lapar & mengantuk huhu..dlm kepala asyik terfikir nak makan jer, habis la..walaupun tak ambik nasi..tp still ambik makanan yg tinggi kandungan kolestrol, lemak, gula, minyak...adusss tadi pagi before mr.hubby pergi kerja dia sempat berseloroh..muka baby jd bulat la..nampak besar..huh apakah maksudnya tu???

lps ni kena diet bersungguh2 la..bia dah ada yg tegur tu, so kena alert la kan..kata nak diet tapi ber'entry' makanan jugak..haha, sebenarnya ni sempena mak mertua dtg umah..petang2 tu mcm takde apa jer nak makan sementara tunggu wafiey tidur & mr.hubby blik kerja..means br bleh keluar berpoya2, br best complete family kan ;-)

Moist Carrot Cake utk Mertua...wallah baunya harum semerbak masa tgh bakar tu! habis sebiji MIL makan, esok tu tanya lagi..ada lagi tak kek carrot semalam..huhu kesian la plak, so wiyah buat kan lagi..alhamdulillah mak mertua suka! hihi

satu adunan dpt 2biji saiz sedang..satu nak simpan makan esok plak! erk??

terdetik hati nak wat carrot cake since malam sebelum tu ada beli carrot yang sgt gemuk2 & fresh..duk terfikir nak buat apa, carrot juice??? we all tak minum ice buat masa sekarang la sbb hujan..hihi , pastu br terfikir buat kek la..hr tu pernah buat tp kureng menjadi! dlm hati harap2 menjadi..jgn buat malu muka depan mertua kan..;-)

seeeeee..gemuk & fresh kan carrot ni! 


BAHAN-BAHANNYA

  • 1 cawan tepung gandum*
  • 1 camca teh baking powder*
  • 1/2 camca teh soda bicarbonate*
  • 1/2 camca teh garam halus*
  • 1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis (*disatukan dan diayak)
  • 2 biji telur gred "A"
  • 3/4 cawan minyak jagung
  • 3/4 cawan gula halus (resipi asal guna 1 cawan)-wiyah gantikan dgn 1/2 cawan gula perang
  • 1 1/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar- wiyah tak letak
  • 1/2 cawan kelapa kering
  • 1/2 cawan kacang walnut, cincang-wiyah guna biji kuaci, biji labu putih & badam

Cream Cheese Topping- wiyah tak buat, just gantikan dgn kuaci labu sbg topping...almaklumla MIL yang nak makan,,tak makan cheese2 sume ni ;-)

Enjoy...hepi coz mak mertua mintak resepi & minta buatkan lagi bila balik dungun nanti! ...wiyah?? malu2..hehe


Sunday, March 3, 2013

Moist Choc Cake lagi dan lagi

Assalamualaikum wbt

kek pertama tahun 2013..sesi panaskan periuk kukus! dah lama niat nak mem'baking' tu datang tapi tak berkesempatan..dari segi masa & bahan2 yg tak memenuhi syarat..huhu almaklumlah sepanjang pregnant boleh kira brapa kali wiyah buat kueh/kek.. dah lps 3bulan bersalin baru la nak lap2 sawang & bukak kotak masa berpindah baru2 ni..esok lusa plan nak panaskan oven plak, since bahan2 basic dah dibeli so boleh la tunjuk bakat kat mertua yg nk dtg next week..try dulu wat kek coklat coz dah lama tak menge'kek' ni takut jadi bantat plak ;-)

buat kek sbg menu minum petang kami suami isteri..alhamdulillah syukur atas rezeki yang diberi

alhamdulillah..menjadi walaupun tak sehebat chef! takut gak jadi bantat..hehe, yang ni wiyah punya..choc cake with blueberry yogurt topping..3 4 kali keluar masuk peti ais baru habis ;-)...wiyah suka makan ngan yogurt coz rasa macam perfect..kek yang manis, moist, gebu + yogurt yang masam2.. ;-)

yang ni mr.hubby yang punya..LOVE choc cake with Choc Hershey's topping

tiap kali nak buat kek coklat mmg wiyah akan gunakan resepi ni..rasanya yang lembab, sedap & tak muak..simpan dalam peti keluarkan pon masih still moist jugak! tak pandang yg lain dah haha. Rasanya pernah try 2 3 resepi yang lain..tapi rasanya yg ni paling terbaik! secukup rasa gebu & lembab menawan kalbu...ayat melampau ekeke

Sumber: Kek Coklat Kukus Munira

Bahan A
  • 1 cawan gula pasir - 3/4 cawan sudah memadai
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu cair - wiyah susu segar
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan minyak masak
Cara Penyediaan:
  • semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut. Matikan api dan rehatkan sekejap bila dah sebati.
Bahan B - di ayak
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder
Bahan C
4 biji telur - diblender (wiyah guna 2 biji telur A)

Cara Penyediaan:
  1. Satukan bahan B dan bahan C ke dlm bahan A secara berselang seli dan gaul dgn senduk aje.
  2. Bila dah sebati masukkan ke dlm loyang yg digris dan dilapik kertas kalis minyak.
  3. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jgn buka pengukus semasa proses mengukus 45 min yg pertama takut kek jd mendap..

oke..pengukus yang panas dah sejuk semula, kek pon dah habis in sha allah..panjang umur ada masa ada bahan lain kali boleh panaskan lagi ;-)

Monday, February 25, 2013

1st try..Mee Kari Berapi

Assalamualaikum wbt

terasa nak meng'kari ' jer tapi takde daun kari...pasu pokok kari yg bawak semasa dari kuantan, tak tau la terjatuh dari lori ke hape..sampai sini pokok kari tu takde & bunga yang lain semuanya tercabut..hangin btol la! tak best kalau nak masak kari tp xder daun kari ( itu wiyah la)..then otw balik umah kat tepi taman perlahan kan kereta ternampak pokok kari...so apa lagi kira wakaf la kan, hak kerajaan Malaysia sbb kat tepi jalan kanhaha, siap ambik anak pokok kari lagi tanam kat umah..tak salah kan, lagi pon pokok tu terbiar jer ;-D

cari2 resepi jumpa kat umah kak Rozi Salehin , thanks akak...sodap sgt resepi ni, sori yer wiyah ada alter2 cket mengikut apa yang ada kat umah kecik ni..hehe

my 1st Mee Curry..alhamdulillah menepati citarasi kami ;-)

alkisahnya teringat kat mee kari kakak wiyah..kalau kat umah tu tang kari2 ni dia mmg expert, sbb dia pandai buat so org lain pon ala2 malas la..nak2 wiyah kalo blik umah mak mmg tersgt la malasnya nak ke dapur..rasa nak makan yg org masak jer..

tapi bila duk berjauhan macam ni..terpaksalah rajin kan diri utk masak sendiri, walaupon nak buat tu punyala pikir macam2...susah la renyah la..tp bila dah start buat tu baru la terpikir sebenarnya antara nak dgn tak nak jer..rajin ngan tak rajin jer, semuanya bergantung pada diri sendiri ..paham kan??? hehe


Mee Kari Berapi
Sumber : Rozi Salehin , Olahan oleh: wiyah
Bahan kuah:

  • Santan secukupnya
  • isi ayam + udang segar + isi kerang + ketam segar
  • fish cake &fish ball
  • 5 biji bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih *
  • 1cm lengkuas*
  • 1cm halia* dikisar/tumbuk bersama
  • 1tangkai daun kari
  • 1sb udang kering - ditumbuk
  • 4 sb rempah kari ayam/daging BABAS
  • 5sb cili giling  (pedas gila lada kering ni)
  • 1 biji kentang - direbus dan dilecek

Bahan-bahan sampingan: dicelur seketika
  • 1paket mee kuning
  •  sawi
  • taugeh
Cara Penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak masak dalam periuk, masukkan daun kari & bahan yang bertanda * sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili giling & rempah kari,. Masak sehingga naik bau dan pecah minyak. Masukkan  ayam, udang kering, udang segar, isi kerang, ketam segar sehingga separa masak. Masukkan santan. Kacau biar sekata dengan api sederhana tambahkan fish ball & fish cake .
  3. Masukkan kentak yang dilecek bagi memekatkan uah

Cadangan menghidang:

Masukkan mee diikuti kuah serta bahan yang lain. Letakkan sawi & taugeh diatasnya. Tambahkan telur rebus jika suka.

anyone?? ;-D

Friday, February 22, 2013

Rendang Ayam Pencen & Nasi Impit

assalamualaikum wbt

Gara2 terliur Rendang Ayam Rantau & Pulut Kuning kat rumah Rohah Damai Qalbu semalam.., maka bermenu hari raya la wiyah & suami har ni hehe..uish tak tau la kenapa ngan tekak ni..selera pelik2 Tak pernah2 wiyah makan ayam pencen apatah lagi nak beli & masak sendiri. Pergi RTC wakaf Che Yeh tgk mcm2 ada oooww ..angau sekejap kat situ, almaklumla g pasar seminggu sekali jer..maka membeli la dgn sepuas hati sampai tak muat peti ekeke

Menu pagi minggu(hari jumaat yer ..haha) : Nasi impit bersama rendang ayam pencen

plan asal nak beli daging lembu fresh jer  tapi bila ternampak ayam yang dah siap dibakar kulitnya (agak kekuningan & perang) terus tanya tokei tu..ayam apa ni?? ayam pencen tokei tu jawab..terus wiyah cakap nak separuh. Bila dah balik rumah baru terpikir nak masak apa ngan ayam ni ek??..sedap ker?? borak2 ngan kakak.. dia suggest buat kari or rendang coz kalau goreng or buat sup mmg keras macam kayu dia kata haha..terus teringat rendang rantau kat umah Rohah,, sesuai jer wiyah kan perantau ahakkks gelenya!

wiyah makan bersama nasi impi coz tak pernah buat lagi seumur hidup ni + periuk kukus menyorok dalam kotak + MALAS...haha


RENDANG AYAM RANTAU
Oleh:rohaisha
Bahan-bahan: (wiyah buat separuh resepi)
  • 1 kg ayam- wiyah guna 1/2 ekor ayam pencen
  • 30gm cili kering | kisar
  • 6 ulas bawang merah | kisar
  • 4 ulas bawang putih | kisar
  • 3cm halia | kisar
  • 10cm lengkuas | kisar
  • 3 sudu besar kerisek
  • 1/2 cawan santan pekat
  • Air secukupnya
  • Air asam jawa
  • 6 helai daun limau purut
  • 1 helai daun kunyit
  • Garam 
  • Gula- wiyah guna gula melaka
  • Minyak untuk menumis
Cara Penyediaan:
  1. Tumiskan bahan kisar sehingga naik minyak.Masukkan ayam dan biarkan perencah bergaul rata.
  2. Masukkan air dan daun limau purut.Biarkan mereneh bersama ayam.
  3. Apabila ayam separa empuk, masukkan santan pekat dan bancuhan air asam jawa.Biarkan kuah menjadi pekat barulah dimasukkan kerisek.Perasakan juga dengan garam dan gula.Taburkan hirisan daun kunyit.Biarkan sekejap.
  4. Tutup api setelah masak.

ada lebihan rendang ...so utk tgh hari wiyah masak nasi colorfull ni makan bersama rendang & sambal belacan...amacam rajin ke malas wiyah ni? ekeke

Thursday, February 21, 2013

Ala-ala Chicken Chop wif Black Pepper Sauce

Assalamualaikum wbt

dah lama rasanya tak makan chicken chop..6bln lbh kot, tu pasal la teringin sgt, byk org mengidam!! erkkkk?? hehe

tp bila difikirkan anak kecil..hurm tak pe la next time jer la! pujuk hat sendiri..mana la tau kan time tgh syok makan dia mengamuk haaaih aptb ...hurm dah terkena sekali kat giant kuantan hari tu, last2 tapau..balik umah semua dah bengkak coz org tu curah kuah kat atas ayam..sudahnya rezki tong sampah la ;-(

so the solution is..kita buat sendiri ikut apa yg ada jer..alkebetulan masa CNY baru2 ni..tesco ada wat offer barang yg berkaitan, so beli apa yang patut utk seminggu punya stok..paling byk borong ada broccoli & corny flower..suka sgt2 di steam n makan bersama salad mayonis ;-D

anyone?? cukupla sekadar ada rupa..ala2 pon jadi la kan..hehe

Ala-ala Chicken Chop 
Sumber original: Dapur makcik kampung 
olahan ala-ala by Mummy wafiey


Bahan-bahan utk ayam : 2org makan

  •  wiyah gunakan 8 ketul nugget ayam Brand Ramli sebagai ganti ayam seperti chicken chop yg original tu
  • goreng sehingga warna keemasan @ garing



Bahan Sampingan:
  • Carrot, corny flower & broccoli- di steam
  • 1 tin baked bean
  • Chicken sausage
  • Mayonnaise
Sos Lada Hitam (Black pepper sauce)
  • 1/ biji bawang besar holland- dipotong dadu 
  • 2 ulas bawang putih- dipotong dadu 
  • 1/2 botol sos lada hitam
  • Cendawan butang (yang dalam tin)
  • 3sbSedikit sos tiram 
  • 1sk seasoning maggi
  • 3sb Sos manis ABC 
  • 2sb tepung jagung
Cara membuat sos.
  1. Panaskan sedikit minyak & tumiskan bawang putih, bawang besar sehingga layu dan naik bau. Masukkan sos lada hitam ke dalam periuk dan tambahkan 1/2 cawan air..
  2. Maukkan cendawan butang , sos tiram, sos manis ABC & bancuhan tepung jagung.
  3. Masakkan semua bahan-bahan pada kepekatan yang di inginkan.  
p/s: Tak perlu masukkan gula, garam & bahan perasa tau! Semuanya dah sesedap rasa ;-)


selamat mencuba ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...