To All My Friend, Lovely & Silent Readers

To All My Friend, Lovely & Silent Readers

Mohon maaf kiranya wiyah a.k.a Tuan Rumah tiada kunjungan balas/backlink /follow ke blog kalian, ini kerana disebabkan oleh ketiadaan link blog tuan/puan utk wiyah follow kalian. Jutaan maaf juga jika jarang ber'blogwalking' ke blog kalian (busy tahap cipan). In sha Allah jika ada kesempatan waktu wiyah akan ke singgah ke blog kalian..Peace No War!!

Followers

Imamku Hingga ke Hembusan Nafas yang Terakhir

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
"Some Love Stories...Live Forever"

Tuesday, October 9, 2012

Karamel Ubi Kayu

Assalamualaikum wbt

Cerita Semalam : wah mendungnya cuaca kat luar tu..mendung tapi meruap2 panas jer! mesti petang/malam ni hujan..kalau makan ubi kayu time hujan mcm ni mesti sedapp ni , bercakap dlm hati sorang2 kat umah! hurm apa lagi terus call mr.hubby mintak balik awal & singgah kat pasar malam beserah hr ni..belikan ubi kayu, harap2 ada org jual la! tunggu punya tunggu..tup2 kul 7pm br mr.husband sampai..mood dah spoil habis! tp disebabkan nak makan sgt, buat2 la senyum & rebus jugak  ubi kayu dengan hati gembira..

inilah hasilnya walaupun hati menangis sbb lambat sgt dapat makan ubi kayu ..tp tetap makan dengan macam org tak pernah makan ubi kayu!! mood mengidam ni sgt teruk lately! huh jgn baby pon ikut mood mommy yer..

plan nak makan ngan kelapa parut tp bila dah lewat sgt so..kita ber'karamel ubi kayu saja la har ni


Karamel Ubi Kayu
Bahan-bahan& cara penyediaan:

  1. 2 batang/ketul ubi kayu - dikupas kulit & direbus bersama sedikit garam sehingga empuk
  2. 1 ketul/kerek gula melaka - direbus bersama 1 cawan air sehingga pekat
Cadangan Hidangan: Curahkan karamel yang telah dimasak tadi ke atas pinggan yang ter'isi' ubi rebus tadi. Dah boleh ngapp, bila dah sejuk jd kurang sedap plak nanti ;-)

sesuai dijadikan sebagai hidangan menu minum petang bersama air kopi di kala hujan turun dengan lebatnya ..;-)

Saturday, October 6, 2012

Lauk kenduri hidangan tengahari

Assalamualaikum wbt

Salam berhujung minggu..apa plan hari ni? cuaca sangat panaskan..kalau ikutkan hati nak aje ajak mr.hubby pergi mandi air terjun..tp memandangkan perut yg besar ni, x nak ambik risiko..so bersabar jer la walaupun kepanasan huhu

hari ni wiyah nak share satu lauk berasaskan labu..selalunya kalau kat negeri pantai timur ianya dihidangkan di majlis kenduri kawen atau kenduri2 yang lain, dihidangkan bersama ikan goreng/ikan masin, ulaman, sambal belacan & nasi putih..kalau ada lauk ni mmg wiyah tak pandang lauk lain dah, tp bg org yang dah biasa makan may be tak heran sgt lauk kampung macam ni..tp bagi wiyah lauk ni sgt sedddap la! ;-)


disebabkan lambat sgt nak tggu ada org kawen & kalau ada pon belum tentu ada lauk ni kan..so alang2 wiyah dah terjumpa labu ni, so kuatkan semangat utk masak sendiri..tanya sama omak cara masaknya, Alhamdulillah menjadi so wiyah share kat sini ;-)


wiyah 1/4 biji jer coz just utk 2 org makan..alkebetulan kat supermarket umah wiyah tu ada jual dlm kuantiti sedikit..sesuai la dengan kami..beli syur & brg basah setiap hari coz wiyah suka yg fresh + bila teringin baru la di beli..elakkan sikap pembaziran!

-Masak Lemak Labu Kuning-

Bahan-bahan: (hidangan utk 2-3 org)
  • 1/4 biji labu kuning (dikupas kulit & dipotong besar)
  • 2 cawan santan pekat + 1/2 cawan air
  • 2 ulas bawang merah *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1sk lada hitam *
  • 1 ekor ikan kukus (selayang/kembung) * ditumbuk bersama
p/s: ada juga yang menggantikan ikan kukus dengan ikan bilis yang direndam & ditumbuk bersama bahan yang lain

Cara Penyediaan:
  1. Masukkan labu, santan, air & bahan yang ditumbuk kedalam periuk. Masak diatas api yang perlahan & kacau selalu bagi mengelakkan pecah minyak.
  2. Masak sehingga labu empuk/ masak.Masukkan garam secukup rasa & siap utk dihidangkan bersama nasi putih.
Note: Lauk ni sesuai dimakan waktu lunch coz tak muak ( lauk bersantan) berbanding waktu dinner, sesuai dimakan bersama ulaman, ikan goreng & sambal belacan. Memang bertambah-tambah la jawabnya (itu wiyah & suami la) haha

Jemput makan semua..lepas kenyang, kita solat zohor then kita zzzzzzzzzzzzzzzzzz ;-)

Thursday, October 4, 2012

Mengidam di tengah malam: Spaghetti Sardin Simple

Assalamualaikum wbt

Selamat petang semua, hurmm tgh buat apa tu? bikin menu petang kah?? ngehh, hari ni hari BSP so kena control makan utk elakkan bacaan gula jadi merah..haha, control makan hari BSP saja..hari lain semuanya telan ;-), tak jujur pada diri sendiri kan..

apa bleh buat, selera makan lately jadi macam2 plak..seperti org yg mengidam di awal kehamilan! Bagi wiyah mmg tak mengidam sangat 5bln pertama dulu..adalah nak mkn itu ini, tapi kalau dpt lambat bleh bertahan lg..tp bila dah masuk trimester ke-3 jadi pelik plak..bila rasa teringin nak makan, nak time tu jugak! haishh sabar jer la..


disebabkan itu..terjadilah spaghetti sardin simple ni, kul 10 malam tiba2 rasa nak makan spaghetti..dasyat sungguh! bisik2 ngan mr.hubby..abg tolong baby masak spaghetti boleh?? mr.hubby ckp yes..apa lg terus ke dapur tung tang tung tang dah siap..guna 2 dapur 1 rebus spaghetti & 1 masak kuah ;-), saja wiyah nak share sini..nanti baby kecik ni bleh tau apa yg mommy dia mengidam kan  heheh

Hanya menggunakan bahan yang ada di dapur, rasanya lengkap secukup rasa (ala malaysia) walaupun bahannya tak selengkap original spaghetti..huhu 

Spaghetti Sardin Simple
Bahan-bahan:

  • 1/2 paket spaghetti (rebus bersma 1sb minyak masak)
  • 2 biji bawang besar holland (dicincang halus)
  • 1 tin kecil sardin (dihancurkan) *
  • 1 tin kecil tomato puri * wiyah guna ayam brand
  • 1/2 tin air
  • 2 biji tomato masak (diblender)
  • Garam dan gula
Cara penyediaan: 15 minit masa penyediaan
  1. Panaskan sedikit minyak jagung/zaitun & tumiskan bawang besar sehingga layu serta naik bau.
  2. Masukkan sardin hancur \,tomato puri , tomato kisar & air. Masak sehingga sebati. Gunakan api yang perlahan. Masukkan bahan perasa sesedap rasa.
  3. Biarkan bahan-bahan mendidih & menjadi agak pekat. Tak perlu lama kerana sardin sememangnya sudah masak.
  4. Cara hidangan: Putarkan spaghetti & letakkan di atas pinggan, kemudian curahkan sos spghetti/ kuah ke atas nya.Siap utk dihidangkan

Jemput makan semua, alhamdulillah walaupon hanya meggunakan bahan-bahan asas sahaja, tp sudah cukup memuaskan hati dapat penuhi keinginan nak ber'spaghetti' di tengah malam! syukur Alhamdulillah dgn rezki Mu ya Allah..


Monday, October 1, 2012

Menu wajib dalm setiap hidangan kami!

Assalamualaikum wbt

Selamat tengah hari..wake up me when september end! Alhamdulilllah..welcome October, syukur masih bernafas hari ini..dikurniakan kesihatan yg baik,dimurahkahkan rezeki alhamdulillah..

A big congrat to my husband..akhirnya berjaya dlm interview 'Jurutera Awam' setelah hampir 3tahun bertaraf kontrak..syukur Alhamdulillah! Rezeki baby..wiyah juga rezeki utk wiyah lps bersalin nanti, terus dpt posting! InsyaAllah..Sesungguhnya Allah mengetahui apa yg terbaik untuk kita..realitinya kini wiyah faham seadannya..Syukur dgn pemberian bonus 1bln gaji sesetelah lahirnya baby kami..Amin Segalanya untukmu Anakanda!

Ok la..hr ni wiyah nak share simple dish dr dapur kecil kami! Setiap hidangan kami..wajib mesti ada syur goreng mahupun ulam-ulaman..kalo takde rasa macam tak lengkap hidangan kami..setiap hidangan tak kira lunch or dinner, perlu ada 1 lauk & ada 1 sayur sudah memadai bg kami..Alhamdulillah, utk itu wiyah share resepi sayur goreng di sini utk rujukan wiyah & teman2..

Taugeh Goreng Taucu (Hidangan utk 2 org)
  • Taugeh 50sen (dibuang ekor/akar)
  • sedikit carrot (dipotong menajang)
  • Sedikit ikan bilis halus (digoreng)
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1 biji bawang merah *
  • 1 biji cili besar * (dihiris bersama)
  • 1 sb taucu, 1sb kicap manis
Cara Penyediaan:
  1. Panaskan sedikit minyak & tumis bahan hirisan * sehinggan naik bau.
  2. Masukkan kicap & taucu. Masukkan carrot seketika.
  3. Tutup api & masukkan taugeh, gaul sebati. Taburkan ikan bilis sebelum dihidangkan.
Note: Tak perlu tambah gula, garam coz taucu & kicap manis dah mem'balance'kan rasa nya.





 Kacang Panjang Goreng Telur

  • 1 ikat kacang (dlm 6 urat jer kot)
  • sedikit carrot (dipotong memanjang)
  • 1sb cili kicar/giling
  • 1sk kicap pekat
  • 1 biji telur
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1 biji bawang merah *
  • 1 biji cili besar * (dihiris bersama)
Cara Penyediaan:
  1. Panaskan sedikit minyak & tumis bahan hirisan * sehinggan naik bau.Masukkan cili kisar.
  2. Pecahkan telur & biar ia setengah masak, kemudian baru gaul kan rata. Tambahkan kicap
  3. Masukkan carrot & kacang, tambahkan gula , garam sesedap rasa. Siap utk dihidangkan.


Pucuk Paku Hijau Goreng Belacan

  • 1 ikatcpucuk paku
  • 1 ekor sotong sederhana
  • sedikit ikan bilis *
  • 5 biji cili padi *
  • 1/2 inci belacan *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1 biji bawang merah * (ditumbuk/dikisar bersama)
Cara Penyediaan:
  1. Panaskan sedikit minyak & tumis bahan kisar * sehinggan naik bau.Masukkan sotong hingga separu masak.
  2. Masukkan pucuk paku, masak seketika.Rasakan gula garam sesedap rasa.
  3. Tutup api & Siap utk dihidangkan.
Note: Garam jgn byk sgt coz belacan & ikan bilis  dah memberi rasa masin pada masakan.


ok..selamat mencuba, pesanan wiyah sila pastikan ada menu sayuran dalam setiap hidangan seharian anda bagi mengimbangi kadar karbohodrat, vitamin & zat2 lain yg masuk ke dasl;

Sunday, September 30, 2012

Sarapan di pagi minggu

Assalamuaalikum

salam berhujung minggu semua..apa perancangan hr ni?? wiyah bangun awal hr ni coz sakit perut may be sebab lauk kenduri semlam kot..bagun lapar & prepare utk breakfast dgn apa yg ada jer..cukupla sekadar mengadar perut kan ;-)



ok daa..nak siap2 continue shoping barang mommy plak hr ni ;-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...