To All My Friend, Lovely & Silent Readers

To All My Friend, Lovely & Silent Readers

Mohon maaf kiranya wiyah a.k.a Tuan Rumah tiada kunjungan balas/backlink /follow ke blog kalian, ini kerana disebabkan oleh ketiadaan link blog tuan/puan utk wiyah follow kalian. Jutaan maaf juga jika jarang ber'blogwalking' ke blog kalian (busy tahap cipan). In sha Allah jika ada kesempatan waktu wiyah akan ke singgah ke blog kalian..Peace No War!!

Followers

Imamku Hingga ke Hembusan Nafas yang Terakhir

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
"Some Love Stories...Live Forever"

Monday, October 28, 2013

Sup Tulang Rempah Mak Siti

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah masih dalam mood aiduladha..kepada semua jemaah haji selamat kembali dgn selamat & semoga mendapat haji yang mabrur insya allah

Bersempena aidiladha yg lalu..rezki dr nya syukur alhamdulillah, kami juga mengambil kesempatan menjalankan ibadah korban satu bahagian & menjalankan aqiqah 2 bahagian utk anakanda aisy el Wafiey Di rumah mertua kg pulau serai, dungun terengganu (ada org dungun ke..hihi).syukur segalanya berjln lancar, 

Dan di sini satu-satu nya menu yg wiyah sempat masak menggunakan daging yang di agihkan pd hr hari pertama korban..walaupun sedikit alhamdulillah berkat cukup utk keluarga besar wiyah..tak dpt daging, kuah ngan tulang pon boleh la kan..sikit2 sama merasa la kan hehe

Sup tutulang mmg kawan baik dgn bwg holand daun sup daun bawang..baru la meletup :-)

telur masin plak..mmg bff sup tulang! Tak boleh di pisahkan..hihi

biasanya wiyah buat sup tulang ala thai coz rasanya yang tidak terlalu muak/berlemak/berminyak..tp kali ni try gunakan rempah mak siti, slalu juga gunakan tp x berkesempatan nak update..1paket ada rempah kasar & sup bunjut skali..senang sekaligus semuanya ada..

Sup Tulang Rempah Mak Siti

sambal kicap penambat rasa..nak pedas buh cili padi, nak masam ckit perah asam limau...mabelesss!

Bahan-bahan: ( 2-4 orang makan)
  • 1/2 kg Tulang lembu -wiyah guna bahagian rusuk 
  • bawang merah/besar + bawang putih & halia-dikisar
  • 1 paket rempah sup tulang mak siti + 3sb perencah sup debu + serai  
  • ubi kentang + carrot 
Bahan tambahan:
  • daun sup + daun bawang + bawang goreng
  • 1biji bawang besar holland 
  • cili padi-jika nak rasa sedikit pedas
  • asam limau nipis
  • sambal kicap
  • lada sulah
Cara Penyediaan:

Tulang hendaklah direbus lebih awal sehingga empuk.Tips utk pastikan samaada daging telah empuk, perhatikan sekiranya daging & tulang sudah renggang/terpisah.
  1. Panaskan sedikit minyak & tumiskan rempah kasar bersama bawang,halia yang dikisar sehingga kekuningan/ naik bau.
  2. Kemudian masukkan air rebusan tulang, sup bunjut, ubi kentang masak & serai sehingga ubi kentang empuk. Setelah itu, masukkan tulang bersama carrot masak seketika. Perasakan SESEDAP RASA gula,garam & lada sulah.
  3. Padamkan api. Taburkan daun bawang + daun sup + bawang holland + bawang goreng serta sedikit.  perahan asam limau nipis.Siap utk dihidangkan.
Alhamdulillah...blurrrp kenyang, ada lg sebahagian daging blom tau nak buat apa..stop dulu mkn dagibg daging utk sementara nanti naik darah kang susah plak huhu

2 comments:

eynda said...

Sedapnya!

Wiyah said...

tq eynda..mmg sedap tp high colestrol ekeke

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...