Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah dapat bersua kembali..setelah berminggu2 menghadapi pelbagai ujian, masalah dengan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Syukur segala wasiat amanah dapat dilaksanakan dengan sebaiknya...semoga Allah memberkati segala usaha kami & doa kami agar urusan seterusnya akan lebih dipermudahkan lagi..InsyaAllah. Amin
Rasanya dah lama rumah wiyah tak buat nasi lemak..even duduk 2org jer tp wiyah lebih prefer utk masak sendiri dr membeli sekiranya ada waktu terluang. baru2 ni balik umah suami di dungun..geram tengok pokok pisang, daunnya sangat menghijau..buatkan wiyah jd teringin nak makan nasi lemak daun pisang mengikut selera sendiri..original resipi macam makan tmasa kecik2 dulu. Tiada tambahan bahan selain sambal bilis & telur rebus sahaja.
alkisahnya..terjadi la nasi lemak ni! menepati ciri2 rasa yang wiyah nak makan..nasi yang beraroma harum + sambal yang sedikit manis & no pedas!!
daun pisang dari rumah mertua..dr dungun duk terbayangkan nasi lemak, alangkah bestnya..apa lg otw balik terus singgah beli santan bagai..projek utk esok hari ;-)
masak pada hari biasa..means hari bekerja! hari isnin u.. sbb dah tak sabar sgt nak makan...lps en.suami pergi kerja wiyah teruskan misi masak nasi lemak..bila dah siap sume, wiyah call en.suami suruh balik breakfast ngan wiyah..haha jahat kan, nasib baik la en.suami free time tu..so bleh la layan karenah mengarut isteri dia ni..sabar jer la kan..nak wat camno, dah teringin nak buat sendiri & makan ngan daddy hihi...
Alhamdulillah dapat 4 bungkus..boleh makan sampai petang! sebungkus pon boleh kenyang melingkar mcm ular sawa sbb nasi lemak ni sgt la banyak..tukang bungkus pemurah hati! hihi
amacam ada style tak nasi lemak wiyah??? hehe
Nasi Lemak Daun Pisang Original Resipi
- 2cawan beras basmathi (direndam 1/2 jam)
- 3cawan santan cair
- 2 helai daun pandan - di simpul
- 1/4 sudu teh halba
- 1 inci halia -diketuk @ dihiris
- 1 ulas bawang merah - dihiris
- secubit garam
Cara Penyediaan:
- Masukkan semua bahan kedalam 'rice cooker' seperti biasa.
Bahan2 untuk sambal:
- 1 biji bawang besar *
- 10 biji cili kering *
- 1 inci halia * - dikisar bersama
- 1/4 ketul menisan
- ikan bilis halus
- bawang besar- dihiris
Cara Penyediaan:
- Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang telah di kisar sehingga wangi & naik minyak.
- Masukkan ikan bilis, bawang besar yang dihiris serta manisan , garam SESEDAP RASA.
- Masak sehingga sebati rasanya. Siap utk dihidangkan.
Cara Hidangan:
- Bahan tambahan: Telur rebus, timun batang, ikan bilis goreng & kacang tanah goreng.
- Dibungkus menggunakan daun pisang & kertas pembungkus nasi ketika nasi masih panas bagi membangkitkan aroma bau daun pisang.
note: wiyah bungkus 10 minit awal then baru makan..bila buka bungkusan..walllah mmg terbaik la baunya, smbal dah menyerap pada nasi..next bleh buat lagi kalau masih larat ;-)
4 comments:
Terliur pulak tgk nasi lemak yang Wiyah buat ni..tq yer sbb bg resepi.. nnt eyza nak try la...
sedap nampaknye nasi lemak tu.. terliur ni.. tq share resepi.. :))
eyza : sama2..bleh la try bila ada masa nanti, sometimes kita nak makan macam2 tp nak ikut selera sendiri..tu yg susah, tp bila dah teringin tak kira dah susah ke senang nak buat..janji dapat kan ;-)
INa Haireeina: sama2..nasi lemak bleh katakan kat mana2 pon ada jual, tapi tak menepati selera hari/minggu berkenaan..so kena rajinkan diri la walaupon penyakit M tu sgt la maximum..
Post a Comment