To All My Friend, Lovely & Silent Readers

To All My Friend, Lovely & Silent Readers

Mohon maaf kiranya wiyah a.k.a Tuan Rumah tiada kunjungan balas/backlink /follow ke blog kalian, ini kerana disebabkan oleh ketiadaan link blog tuan/puan utk wiyah follow kalian. Jutaan maaf juga jika jarang ber'blogwalking' ke blog kalian (busy tahap cipan). In sha Allah jika ada kesempatan waktu wiyah akan ke singgah ke blog kalian..Peace No War!!

Followers

Imamku Hingga ke Hembusan Nafas yang Terakhir

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
"Some Love Stories...Live Forever"

Wednesday, February 20, 2013

WW: AEW turn to 3months!



Assalamualaikum wbt

Rasa kejap jer masa berlalu..pejam celik siang & malam wafiey dah 3 bulan...happy being a wifey to lovely hubby & mommy to lovely son ..wafiey ;-)

dah pandai main air liur & menyembur since 2bln lebih

dah pandai merajuk bila org tak layan dia bercakap & lambat dapat susu...suka tgk dia merajuk sambil cebik2 mulut ;-)
pandai buat muka..suka jelir2 lidah!
1st picture @ our new home sweet home ..rumah di tengah sawah ^_^

Monday, February 18, 2013

JJCM @ Mail Ikan Bakar, Tanjung Lumpur

Assalamualaikum wbt

Cerita dah basi..tahun lepas punya cite tapi nak share gak,
ini cite jjcm 2 hari sebelum bersalin..kira last request la kat en.suami..erk ye ke? uhaha..tgh mlm ni br sempat nak update, br perasan ada entry yg blom publish..,ni kedai ikan bakar favourite wiyah & suami..citarasa rempah/rencah ikan bakar dia sgt memikat jiwa hihi..kalau ke tanjung lumpur mmg ni la kedai yang kami terjah! tak kira walaupun org ramaikereta bersusun takde parking..sanggup tunggu turn utk dpt kan parking & meja..hehe

sangat mudah utk cari lokasi kedai ni..berhadapan kedai ana ikan bakar petai jalan menuju ke tanjung lumpur, lokasinya betul2 tepi jalan besar

setiap malam full house..apatah lagi mlm minggu macam ni la ramainya umat manusia kat kedai ni

harga ikan pon not bad..yg penting fresh! masih berbaloi dgn rasanya yg istimewa!

antara menu yg kami order..permintaan sebelum berpantang nanti, en.suami bg green light suka hati nak order apa..credit to en.suami, layan wiyah makan sampai berpeluh2 kat situ hihi

ketam bunga masak merah..pedas berasap telinga ooo!

ikan pari bakar..wiyah nak siakap tp besar sgt confirm tak abis..

perfect combination..ikan pari bakar + air asam + rempah ikn bakar extra

tengok tu penuh meja..berpeluh nak abiskan semuanya! apa pun janji puas hati..

tahun 2013 kita jelajah restoran kat klate la plak..itu pon kena tggu wafiey dah besar cket dalam 6 bulan, barulah boleh jalan2 malam ;-)

Tuesday, February 5, 2013

Spaghetti Bolognaise Segera Maggi

Assalamualaikum wbt

entry dipetang hari semalam punya cerita hehe..alkisahnya 2 3 hari ni laki bini duk kemaruk nak makan makanan org itali..agak jemu nak nasi, roti pon ala2 jemu juga..disebabkan tekak ni nak makan segera..so perlulah gunakan bahan segera kan! alkebetulan stock daging kisar/cincang pon ada..apa lagi terus letak periuk kuali tung tang tung tang dah pon siap..

sebenarnya rencah Spaghetti Bolognaise Maggi ni wiyah dapat percuma beli buku majalah wanita 2bln lepas..sebelum ni tak pernah tau pon Maggi ada keluarkan produk ni, hurmmm lepas ni lagi senang la kerja wiyah kat dapur ;-)

rasanya memuaskan hati memang sedap (2kali menambah masing2)...en.suami  memuji sedap, slalunya en.suami mmg kureng cket ngan ready made paste ni..tapi kali ni en.suami bagi two thumbs up! sgt sesuai utk org bujang & small family mcm kami ;-)

Spaghetti Bolognaise Segera Maggi
Sumber : belakang paket rencah


ini cara wiyah...lebih kurang jer sebenarnya rasanya pon akan tetap sama ekeke

Spaghetti Bolognaise Segera Maggi
By : Wiyah a.k.a Mommy Wafiey

Bahan di perlukan:
  • 1 paket rencah Spaghetti Bolognaise Maggi
  • 1/2 paket daging kisar-kalau yang brand Ramly ada 2 ketul, just guna 1 pon dah memadai
  • 1/4 paket spaghetti- direbus bersama 1sk minyak zaitun
  • 1biji bawang besar holland
  • 3sb sos cili 

Cara Penyediaan:
  1. Panaskan 2sb minyak zaitun & tumiskan bawang besar holland sehingga naik bau. Kemudian masukkan daging kisar sehingga separa masak.
  2. Masukkan 3 cawan air dan perencah spaghetti bolognaise Maggi serta sos cili. Masak sehingga kuah mendidih dan menjadi sedikit pekat.
  3. Hidangkan bersama spaghetti yang dah direbus tadi. Makanan itali dah siap..tak payah pergi jauh2 pizza bagai hehe

ok bleh try nanti..kalau nak tau rasanya macamana sila ke pasaraya terdekat dapatkan segera rencah spaghetti bolognaise maggi...harganya wiyah tak tau berapa sebab dapat free ;-D

Sunday, February 3, 2013

Happy Sunday tapi bukan hari minggu!

assalamualaikum wbt

Hari minggu yang sangat tak best..sebabnya kelantan ada hari pertama bekerja setiap minggu, still rasa janggal lagi..skalau di Pahang lalunya hari ahad macam  ni kami pergi berjoyah ukur mall sana sini

Mood: bosan duk umah sorang2 
menulis entry sebelah tangan kanan& pegang AEW sebelah tangan kiri..sesekali pergi ke dapur kacau kari daging kat atas dapur huhu

disebabkan sgt bosan makan berusaha gak nak update pikcer anugerah cinta terindah AEW yang berumur 2bln setengah, usung ipad ke hulur kehilir..sampai jd byk sgt typo disebabkan tangan wafiey yang laju nak touch juga ;-)

kena buli ngan daddy before mandi..hihi

dah siap mandi..main air liur plak, abis basah baju..kena tukar baju lg

test walker kat tesco kota bharu..mula-mula nangis tp bila digerak2an dah boleh tersenyum suka..kaki wafiey tak sampai lagi, daddy dah tak sabar nak bagi wafiey naik walker ;-)

nak gi inject wafiey 2bulan hari tu...menangis satu klinik suara wafiey jer!

ok daa..till we meet again next entry ;-)

Tuesday, January 29, 2013

Mee Sup Tulang Ayam Claypot


Assalamualaikum wbt

Salam sejahtera, yeay sempat nak update entry sementara wafiey tgh tdo lena..hari ke-2 ganti puasa hari ni masih byk berbaki huhu..mood nak makan macam2 selepas berpantang ni, bunyi seperti org yg dah lama tak makan ekeke

sebenarnya nak makan mee celup di mlm hari bebehari lepas tp bila ke kedai berkenaan Restoran Terminal Tom Yam bersebelahan terminal makmur..pelayan kedai cakap mee celup di jual pd siang hari jer...dulu wiyah biasa datang makan waktu malam (ada jer even dah kul 11 malam) ..hurm maka kempunan la wiyah! 

esoknya wiyah ke pasaraya utk membeli stock barang basah & sayuran..ternampak ada di jual rangka/tulang ayam kat area barang basah (sebelum tak pernah tahu pun rangka/tulang ayam ada jual gak)..hurm fyi tulang/rangka ayam ni bukan tulang sepenuhnya tau..ada juga isinya macam tulang lembu tu..best kalau buat sup coz tak memuakkan + akan lebih terasa kemanisan air tulang ayam tu!

so wiyah terfikir kalau buat mee sup best gak ni..hurm so beli 2 ketul & suruh potong kecil2 terus kat situ (dasar pemalas & nak memudahkan kan kerja ekeke)..kemudian sambung beli barang lain, balik rumah..basuh2 semua bahan & teruskan misi memasak sup tulang/rangka ayam terlebih dahulu..sup kalau di masak lebih awal akan lebih sedap!

di hidangkan di dalam claypot bersama sambal kicap pedas..merasmikan buat kali pertamanya, dah lama beli tapi belum berkesempatan nak guna lagi..RM 5.90 per pot, 2 biji cukup la skadar ada ekeke


Mee Sup Tulang Ayam
Sumber resepi : Belakang Paket Sup BABAS

Bahan Utama:
  • 1 bungkus mee kuning (wiyah guna spaghetti rebus)
  • 2 ketul rangka/tulang ayam (di potong kecil)
  • 3 gelas air
  • 1 paket kecil rempah kasar
  • 3 ulas bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 2 inci halia muda * - dikisar/ ditumbuk bersama
  • 3sb rempah sup BABAS - dibancuh dengan sedikit air
  • kobis cina/daun sup/daun bawang/ tomato 
  • cili padi - jika ingin pedas

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak & tumis rempah kasar seketika. Kemudian masukkan bahan kisar sehingga naik bau dan kekuningan.
  2. Tambahkan tulang/rangka ayam yang dipotong kecil bersama air. Rebus tulang sehingga empuk (lagi lama rebus lagi sedap rasanyacoz terasa kemanisan air tulang ayam tu). 
  3. Masukkan rempah sup ke dalam rebusan tulang & kacau sehingga sebati.Perasakan sesedap rasa. Tutup api & biarkan..panaskan apabila hendak dihidangkan.

Cara Hidangan:
  1. Letakkan mee/spaghetti ke dalam mangkuk calypot (utk mengekalkan kepanasan sup pada kadar yang lebih lama) & masukkan kuah beserta tulang ke dalamnya. 
  2. Taburkan kobis cina, daun sup & daun bawang, tomato dadu, serbuk lada putih & sambal kicap pedas. (wiyah lebih suka apabila sayur di taburkan secara mentah bg mengekalkan kerangupan sayur tersebut)
  3. Sesuai di makan dalam suasana sejuk a.k.a waktu hujan @ hidangan makan malam.

sori yer..meja bersepah, mana tak nya sume benda nak letak kat atas tu..en. suami balik kerja pon belum sempat mandi terus tercongok kat kerusi tu..lapar la katanya ;-)... waktu makan malam kami mmg pukul 7malam so petang dah kena masak2 siap la..

sekian..wassalam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...