To All My Friend, Lovely & Silent Readers

To All My Friend, Lovely & Silent Readers

Mohon maaf kiranya wiyah a.k.a Tuan Rumah tiada kunjungan balas/backlink /follow ke blog kalian, ini kerana disebabkan oleh ketiadaan link blog tuan/puan utk wiyah follow kalian. Jutaan maaf juga jika jarang ber'blogwalking' ke blog kalian (busy tahap cipan). In sha Allah jika ada kesempatan waktu wiyah akan ke singgah ke blog kalian..Peace No War!!

Followers

Imamku Hingga ke Hembusan Nafas yang Terakhir

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
"Some Love Stories...Live Forever"

Sunday, October 28, 2012

Salam Eiduladha & Nasi Lemak Susu Cair

Assalamualaikum wbt

Salam Eiduladha 1433H..Semoga pengorbanan tahun ini memberi sejuta makna dalam hidup kita insyaAllah! Maaf lambat plak ucapan ni..almaklumla rakaman bukan siaran langsung ekeke..dah la hari ke-3 plak tu ;-)

sehebat manakah pengorbanan kita pada tahun ni? apa pun pengorbanan yang kita buat bergantung kepada niat asal kita..bkn kepada berapa bahagian or brapa ekor haiwan yg kita korbankan..betul tak?? since wiyah & suami dah mula pening & sakit perut may be disebabkan daging! kata org daging fresh lg cepat bertindak pada badan kita..hurm di atas dasar kesihatan wiyah & suami sebolehnya mengurangkan pengambilan daging..tahap kawalan!

Nasi Lemak..Eiduladha ke-3


hr ni pagi2 lagi en.suami  dahbg hint..baby! abg rasa mcm tak sedap la nak breakfast kat luar..rasa sakit perut la & mcm2 lagi..so paham2 jer la maksudnya kan ;-)..so wiyah ke dapur , tak tau nak masak apa sebenarnya sbb takde apa2 dlm esbok tp last2 jd jugak nasi lemak ni ..

Nasi lemak basmathi tak ber'santan' yg digantikan dgn susu cair  + sambal bawang semata-mata + ayam goreng 2 ketul + telur 2 biji ngam2! 

Jemput makan semua & salam Eiduladha ^_^ peace !!

Sekian..wassalam

Wednesday, October 24, 2012

!st time me'roti' Garlic Rolls with Mushroom Soup

Assalamualaikum wbt

Mood nak meroti membuak2 @ 34 weeks pregnancy! macam2 roti nak menerai lps dah jadi skali hurm....selang sehari buat roti ekeke..di ikuti ngan pizza ;-) Garlic Roll resepi roti pertama yang wiyah try..alhamdulillah 1st try, so Mr.husband cakap not bad la..next time bleh improve..buat 1/2 adunan & buat kecik2 jer coz takut tak menjadi or tak masak

wiyah just buat garlic roll & mushroom soup just guna yg instant Campbells Cream of Mushroom Soup, panaskan & tambahkan sedikit isi ayam serta lebihan garlic spread kedalamnya ..

bakar 1/2 jam befor Mr.husband balik dr kerja..so makan panas2 sesuai ngan musim hujan, kejap je licin pinggan tu hehe

Garlic Rolls 
Sumber :Yatiememories
Bahan2 Utk Garlic Rolls 
  • 3 cawan tepung gandum ~ Yatie guna tepung roti
  • 1 cawan air suam
  • 1 sudu besar yeast
  • 1 sudu teh garam
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar olive oil - wiyah ganti minyak jagung
  • 1sk bread softener &1 sk bread improver (wiyah tambah)

Cara-Caranya
  1. Campurkan semua bahan kecuali minyak dalam sebuah bekas dan uli sehingga menjadi doh yang lembut
  2. Tambahkan minyak dan uli semula sehingga mendapat doh yang elastik
  3. Sapukan sedikit minyak pada doh, tutup doh dengan tuala lembab yang bersih dan biarkan doh rehat selama 40 ~ 45 minit
  4. Doh akan naik sekali ganda
  5. Sementara menunggu doh naik kita sediakan garlic spread
Garlic Spread (atau boleh gunakan yang dah siap kat pasaran-brand buttercup )
  • 50 gm Butter bergaram ~ suhu bilik
  • 3 ulas bawang putih ~ dicincang halus
  • 2 pokok daun ketumbar ~ dicincang halus
  • sedikit lada hitam kisar ~ ita tambah, Yatie pun sama
  • Gaulkan semua bahan
  • Siap digunakan
Kita sambung citer Garlic Roll td :-)
  1. Setelah adunan doh naik buka tuala lembab dan tumbuk-tumbuk doh dan uli sekejap
  2. Kemudian bahagikan doh kepada 2 bahagian ~ seelok-eloknya di timbang setiap bahagian supaya sama beratnya.
  3. Gelek doh dengan kayu pencanai 1/2 inc tebal berbentuk empat segi memanjang.
  4. Sapukan 1 sudu Garlic Spread di atasnya dan gulung.
  5. Buat kaedah yang sama pada doh yang kedua juga
  6. Potong doh sama lebar sebanyak 4 potongan.
  7. Kita akan mendapat 8 potongan doh.
  8. Susun doh dalam tray yang telah di sapu dgn butter hingga habis.
  9. Tutup semula doh dengan kain lembab dan rehatkan semula selama 30 minit supaya doh naik sekali ganda lagi.
  10. Angkat kain lembab tadi dan sapukan baki Garlic Bread di doh tadi.
  11. Sapukan kuning telur pada permukaan doh dan taburkan bijan atau serbuk lada hitam jika suka.
  12. Bakar doh dalam oven pada suhu 170 - 180 C selama 20 - 25 minit.

Panduan :- Untuk mengetahui sama ada roti sudah masak betul atau belum, jentik bahagian bawah roti. Jika bunyinya seperti kosong, tandanya roti telah di masak dengan sempurna ~ Chef Wan

Jemput makan Garlic Rolls cicah Mushroom Soup ;-)



Monday, October 22, 2012

Sarapan Pagi dengan Laksam Kelantan

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah mood kembali pulih seperti sedia kala..walaupon tiap masa terbayangkan wajah terakhir arwah, tiap perkara hingga terbawak2 dalam mimpi..kekadang tu wajah ayah mertua kadang tu adik ipar, seakan2 tak dapat terima ketentuan takdir Allah..Ya Allah ampunilah kami semua, kami memohon diberi kerdhoaan utk menerima takdir Mu..kami mendoakan semoga rohnya tenang disana, semoga Allah meringankan azab seksaan kubur..amin ya rabbal alamin

kita yang hidup harus meneruskan tanggungjawab sbg khalifah sebaik-baiknya..wiyah sbg isteri & mommy to be juga perlu menjalankan amanah terbaik dr Allah utk menjadi yang terbaik buat keluarga..InsyaAllah (panjang plak muqaddimah hari ni ..hehe)

ok la..wiyah just nak share resepi Laksam yang wiyah buat beberapa mggu yg lepas tp baru berkesempatan nak update kat sini..utk tatapan kawan2 & rujukan buat wiyah

sesuai dimakan ketika breakfast & minum petang

LAKSAM KELANTAN
Sumber Resepi: Mr Yani
Olahan Resepi : Wiyah

Bahan-bahan utk Laksam: (wiyah buat 1/2 adunan sahaja)
  • 3 cawan tpg beras
  • 1/2 cawan tpg gandum
  • 4 cawan air suam
Note : Juga boleh dibeli yang dah siap, RM2 utk 3batang di pasar Dungun.

Cara Penyediaan:
  1. Panaskan kukusan sebelum membancuh adunan. Bancuh adunan sehingga sebati. Adunan tak terlalu cair ataupun pekat sgt.
  2. Sapukan sedikit minyak pada tudung periuk/ loyang bagi mengelakkannya daripada melekat.
  3. Tuangkan 1 senduk adunan ke atas tudung periuk (wiyah guna loyang rendah). Kukus lebih kurang 5 minit atau sehingga masak.
  4. Angkat &biarkan seketika kemudian baru digulung utk menghasilkan laksam yang licin dan cantik. Ulangi step 3 & 4 sehingga adunan habis.
Bahan untuk kuah:
  • Ikan selayang/ kembung (direbus,dibuang tulang & dihancurkan isinya)
  • 3 cawan Santan 
  • 4 ulas bwg merahr, 2 ulas bwg putih & 1 inci halia (ditumbuk/kisar)
  • 1sb lada hitam * ditumbuk kasar
  • 2 keping asam gelugur
Cara Penyediaan:
  1. Masukkan santan kedalam periuk & didihkan seketika dengan api yang kecil.Masukkan semua bahan-bahan, kacau sentiasa bg mengelakkan kuah drp berketul-ketul disebabkan oleh isi ikan.
  2. Tambahkan bahan rasa mengikut cita rasa sendiri.
Nota : Kalau mak wiyah tak masukkan garam coz garam disediakan berasingan. Ditambah ketika menghidangkannya. kemasinan bergantung pada tahap masin seseorang.

Bahan untuk ulam:
  • timun batang,kacang panjang,taugeh,kobis,daun kesum(diracikhalus)
Aksesori tambahan:
  • belacan (potong dadu kecil2)
  • garam (bergantung pad individu)
  • limau (kasturi/ nipis)

Sambal cili:

  • cili merah
  • belacan (wiyah tak letak)
  • garam
  • limau (wiyah ganti dg sedikit cuka)

* Blender semua bahan sehingga hancur


Cara menghidang  utk satu hidangan:
  1. Potong laksam mengikut citarasa masing-masing. Kemudian tambahkan kuah ke atasnya & sedikit garam.
  2. Tambahkan bahan-bahan ulam bersama aksesori tambahan. Siap utk dimakan.
wiyah buat sebagai menu sarapan pagi..alhamdulillah kenyang syukur!


Thursday, October 18, 2012

Darinya kita datang kepadanya kita kembali

Assalamualaikum wbt

Al-fatihah..allahuakbar Ya Allah..Tahun ni adalah tahun paling banyak peristiwa pahit,sedih & ujian wiyah & suami alami..Jumaat yang lepas 12/10/12 adik bongsu en.suami pergi untuk selama-lamanya di saat kami mengadakan kenduri tahlil arwah hari ke-40 pemergian ayahanda (30/9/2012) en.suami..bersamaan hari ke-64 pemergian bapa saudara en.suami (15 ramadhan)..bersamaan dengan majlis tahlil untuk tok & tokki yang pergi menghadap seruan ilahi pada mei tahun lepas 

Ya allah..ku bermohon padamu, kau ampunkanlah segala dosa-dosanya, kau ringankanlah azab kubur mu pada mereka-mereka yang kami kasihi..kau letakkan lah mereka dalam kalangan para solihin..amin ya rabbal alamin

semua ini berlaku dalam waktu terdekat..dikala kami semua masih sangat2 memerlukan kehadiran mereka merka yang kami sayangi..apa yg lebih menyentuh hati di kala & saat isterinya sangat memerlukannaya di ketika ini kerana sedang sarat mengandungkan cahaya mata ke-2 mereka. kandungannya kini sudah mencecah minggu ke-37..Ya Allah besarnya ujian Mu buat kami, kami memohon padamu semoga diberikan kekuatan utk menempuhi ujian ini..berilah kekuatan utk isterinya menghadapi saat getir itu, kau permudahkanlah urusannya utk meneruskan amanah mendidik & membesarkan anak-anaknya dengan rahmatmu.. 

gambar terakhir arwah di aidilfitri yang lalu..meninggalkan seorang anak berusia 4 tahun & anak ke-2 yg bakal lahir dlm masa terdekat,,alfatihah

Sekuat mana seorang wanita cuba menghadapi DUGAAN . .
Setabah mana seorang wanita cuba melalui UJIAN . .
Setenang mana seorang wanita cuba menyembunyikan KESEDIHAN. .
Adakala air matanya akan tetap jatuh berguguran dipipi walaupun dalam senyuman . .
lumrah wanita penuh dengan KASIH SAYANG dan KELEMBUTAN . .
hati wanita mudah TERGURIS dan TERHIRIS . .
hanya LELAKI SEJATI yang dapat menjadi PENAWAR buat dirinya. .




Peringatan utk diri sendiri: 

Kadang-kadang Allah sembunyikan kita matahari
Dan Allah berikan kita hujan , guruh dan kilat
Kita tertanya-tanya kemana pula perginya sang mentari
Rupa-rupanya Allah berikan kita PELANGI


satu perkara yang membuat kita BAHAGIA adalah KASIH SAYANG.
satu perkara  yang membuat kita DEWASA adalah MASALAH.
satu perkara  yang membuat kita HANCUR adalah PUTUS ASA.
satu perkara yang membuat kita MAJU adalah USAHA.
satu perkara  yang membuat kita KUAT adalah DOA.

Ya Allah kau panjangkan lah usiaku & suami serta seluruh ahli keluarga ku..
Ya Allah berilah peluang pada ku & suami utk memperbetulkan segala kesilapan kami ke arah yang lebih baik..Ya Allah kau berikan lah peluang utk kami mendidik anak2 kami & melihat mereka membesar dengan ajaran mu Ya Allah..Amin Ya Rabbal Alamin

Wednesday, October 10, 2012

WW: 32 weeks pregnancy..Dah siap basuh !

Assalamualaikum wbt

hari ni entry tak bercakap..so kita layan gambar jer la! hihi..sebagai kenangan kami utk menerima kehadiran permata hati anakanda pertama kami...coming soon insyaAllah! Drp baju2 yang wiyah beli ni..Cer teka..gegirl or boboy?? hehe



















Alhamdulillah..mostly barang2 baby sumenya dah setel..hanya menunggu masa utk tiba ke saat itu..semoga semuanya selamat..amin ya rabbal alamin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...