To All My Friend, Lovely & Silent Readers

To All My Friend, Lovely & Silent Readers

Mohon maaf kiranya wiyah a.k.a Tuan Rumah tiada kunjungan balas/backlink /follow ke blog kalian, ini kerana disebabkan oleh ketiadaan link blog tuan/puan utk wiyah follow kalian. Jutaan maaf juga jika jarang ber'blogwalking' ke blog kalian (busy tahap cipan). In sha Allah jika ada kesempatan waktu wiyah akan ke singgah ke blog kalian..Peace No War!!

Followers

Imamku Hingga ke Hembusan Nafas yang Terakhir

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
"Some Love Stories...Live Forever"

Tuesday, February 28, 2012

Menu wajib balik dari kenduri kawen

assalamualaikum wbt

hirm..badan masih penat 4 hari travel ke trg & kelantan,,badan penat & duit pon tenat! hahah baru balik dari kenduri kawen kawan kat pasir tumbuh kelantan..ini adalah menu wajib lepas balik kenduri sebabnya dapat banyak telur rebus..tapi sekarang ni dah agak jarang la org bagi telur..ramai yang bagi puding, buah, gula & barang2 lain...hurm masa kat kenduri lagi dah terfikir nak buat sambal telur rebus la..dah lama tak makan. nyum nyum dah merecik air liur kat situ hehehe...dulu masa kecik2 mak wiyah mmg slalu masak lauk ni..yer la adik beradik ramai kan so bila dah dapat telur haruslah di buat lauk...alhamdulillah rezeki tuhan 

makan dengan nasi panas & jangan ada lauyk lain ...confirm menjilat jari! 

Sambal Telur Rebus Orang Kawen


Bahan-bahan:
  • 4 biji telur rebus (di kupas & digoreng kekuningan serta berkulit). Belah 2 dan susun didalam pinggan.
  • 1 biji bawang besar + 2 ulas bawang putih * (di kisar/tumbuk)
  • 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
  • 3sb cili giling
  • Carrot utk tambahan
Cara penyediaan:
  1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga wangi & masukkan cili giling hingga pecah minyak.
  2. Masukkan carrot, bawang yang dipotong bulat & perasakan SESEDAP RASA. Sejukkan sekejap dan tuang ke atas telur tadi. Siap untuk dihidangkan.

mmg sedap sambal telur rebus ni...makan utk hidangan malam very simple to prepare but delicious ;-)

Monday, February 27, 2012

Cencaru Seksi Bakar Berempah

assalamualaikum wbt

hurm..since minggu lepas adalah minggu ikan,, macam2 ikan wiyah beli! ada ikan keli (perap ngan garam, kunyit & bawang), ikan talapia merah (goreng biasa..dah abis), ikan kembung (bakar cicah air asam..dah abis), ikan pari , ikan kerisi (masak merah..dah abis) & ikan cencaru..penuh peti! sajer jer dis week tak nak beli ayam, seafood, daging coz dah muak tak tau nak masak apa..alkebetulan semua ikan fresh dr bot..apa lg wiyah rembat la total ikan laut Rm 9 & ikan sungai RM 12..murah kan!

k..wiyah nak share 1 menu yg wiyah sempah amik gambar,,ikut mood kan bila masak ni ada hari rajin menjadi la kalau tiba hari malas..aduyai serba tak kena jer masakknya ;-D,, suka hati jer bagi nama kat ikan ni

Cencaru Seksi Bakar Berempah



Cencaru Seksi Berempah
BAHAN-BAHAN adalah seperti di atas...senang kan tak payah tulis,, hehe saja jer terajia hr ahad lepas nak snap pikcer satu2..namanya suri rumah so xder keje lain la selain duk dapur..ngehngeh,,tapi kena tulis gak sikit kan ;-)
  • Ikan cencaru di belah belakang & dibersihkan
  • 1sb serbuk kunyit *
  • 1sb asam jawa xtra
  • 1sk kecil garam *
  • semua bahan bergambar diatas dihiris halus & dicampurkan dgn bahan bertanda *

 Cara Penyediaan:
  1. Sumbatkan bahan yang di sediakan kedalam badan/ perut ikan cencaru
  2. Ikat perut ikan dengan daun pandan/ daun kunyit utk elakkan dari isinya terkeluar
  3. Perap sekejap & boleh la dogoreng atau dibakar
  4. Dihidangkan bersama sambal kicap / air asam / sambal belacan
wiyah lagi suka bakar compare ngan goreng coz bahan tu tak terkeluar dari perut dek kerana minyak 

SELAMAT MENCUBA ;-)


Monday, February 20, 2012

1st Red Velvet Cake

assalamualaikum wbt

update menu petang semalam, dah lama mengidam nak buat kek ni..alkisahnya bila classmate wiyah kat uthm bawak kek ni gelas...ya Allah sedapnya! terus jatuh cinta , mintak resepi ngan kawan tu dah dkt 4 bulan resepi ni duk terperap kat lappy..hurm baru semalam tergerak hati nak cuba since tak keluar rumah sehari suntuk..hari minggu duk umah mmg bukan kebiasaan wiyah..hehe

ok..jom wiyah share,, wiyah suka resepi ni coz menggunakan sukatan cawan tak payah nak timbang bagai..memudahkan kerja wiyah yg tak berapa pandai tang sukatan2 ni ...alhamdulillah menjadi 1st time try,,tapi part layer & topping tu sedikit comot..tak pandai la menggeletar tangan hehe..


Red Velvet cake
Bahan A
  • 2 1/2 cawan tepung kek
  • 2 sb serbuk koko
  • 1 sk garam
Bahan B (utk buat buttermilk)
  • 1 cawan susu segar/susus cair
  • 1 sk cuka/ perahan lemon
  • 2 sk pewarna merah
Bahan C
  • 1 1/2 cawan minyak/ butter
  • 1 1/2 cawan gula kastor (wiyah  guna 3/4 cawan jer)
  • 2 biji telur
  • 1sk esen vanila
Bahan D
  • 1 1/2 sk soda bikarbonat
  • 2 sk cuka

Bahan E (utk topping cream cheese)
  • 250gm cream cheese
  • 1/2cawan butter
  • 1 bj telur ( wiyah tak letak)
  • 1 sk esen
  • 1/4 cawan gula kastor



CARA-CARA:
  1. Ayakkan bahan A , gaul sebati dan ketepikan
  2. Campurkan bahan B susu dan cuka dalam satu bekas dan biarkan selama 10 minit atau sehingga nampak berketul2 baru masukkan pewarna merah.
  3. Campurkan bahan C & pukul hingga kembang
  4. Masukkan bahan A dan bahan B bergilir2 mengikut urutan A-B-A-B-A dan seterusnya sampai habis.
  5. Kacau dengan spatula hingga sebati.
  6. Satukan bahan D, apabila berlaku tindakbalas terus masukkan kedalam adunan dan kacau segera hingga sebati.
  7. Masukkan dalam bekas pembakar atau paper cup & sedia utk dibakar pada suhu 180C selama 45 minit.
  8. Untuk Topping pukul semua bahan hingga kembang & hiaskan ke atas kek apabila kek dah sejuk,
1st RV from wiyah....Jemput try semua nak ajak rasa dah habis ;-)


Sunday, February 19, 2012

Hari yang sangat rajin..Jom breakfast !

assalamualaikum..wbt

Hai..salam berhujung minggu,, hari ni mood terlebih rajin cket! slalu nya jgn harapla..terus jer brunch coz pagi2 en.suami mmg jenis tak minum awal pagi so mmg wiyah tak kalut la pagi2..kul 10am baru minum,, tapi hari ni kami minum sama ;-) !bangun wat breakfast & update blog & join excercise ngan en.suami sambil teman ambil angin pagi..wiyah just jalan2 jer ;-)


Roti Telur Lemak Manis

Bahan-bahan: (untuk 2 org makan)
  • 4 keping roti [potong X so 1 keping roti akan dpt 4 keping roti kecil saiz segi tiga]
  • 2 biji telur + 1/2 sk garam + 1sb susu lemak manis [ dikocok bersama]
  • minyak masak utk menggoreng
Cara penyediaan:
  1. panaskan sedikit minyak , jgn byk sgt coz roti telur akan serap byk minyak
  2. celup roti kedalam bancuhan telur & goreng hingga garing. Balik-balikkan.
  3. Siap utk dihidangkan bersama sos cili atau sambal sardin pon sedap ;-)


waah da kenyang...so bleh berjalan dgn tenang,,jgn sakit perut dah ler ngehngeh...jom makan!

Saturday, February 18, 2012

Sesekali makan lauk simple memang sedap kan!!

assalamual;aikum..wbt

ini menu org diet ke buruk lantak?? kahkah sekali makan ikan 2 ekor! hihi ni menu wiyah tgh hari semalam..mmg everyday breakfast + lunch sorang2 ...so bila sorang2 macam ni la nak goreng sekor jer mmg tak padan nak panaskan kuali bagai..hurm skali skala makan lauk mcm ni best gak,,tak de kuah, just ikan goreng + ulam + sambal belacan & kicap!! memang sedap..nak2 time nasi panas, haih siap menambah lagi ;-)
Ikan Keli Goreng Berempah

Just perapkan ikan keli (boleh gak guna ikan lain..kalau ikan yang bersisik lagi best) bersama2 bawang merah+ bawang putih + serbuk kunyit + pes cili kering & garam...then goreng dengan api sederhana sampai garing! baunya waaah teramatlah wangi masa menggoreng tu ;-)

makan dengan ulam "pucuk gajus" or wiyah panggil "pucuk jambu golok"..kehkeh mana datangnya golok tu?? hurmm alkisahnya sebab bijinya la macam bentuk golok kan ;-)....mak wiyah bagi, mak ambik otw balik dari kebun..banyak kat tepi jalan nak ke kebun.

skang ni tgh wat projek tanaman berkelompok..tanam tembikai & sayur2 apa ntah..wiyah tak pasti coz baru 2x ke sana ;-) ..nanti  wiyah share cite kami picnic kat kebun..masak awal2 semata2 nak g makan kat kebun...adehh mak & ayah lagi la suka teringat kat zaman time susah dulu..;-(



hurm..bila mak start buka cite lama,,,bergenang la kejap air mata..kejap jer la hati batu katakan ;-)...ok selamat menjamu mata..nak ajak pon ikan dah abis hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...