To All My Friend, Lovely & Silent Readers

To All My Friend, Lovely & Silent Readers

Mohon maaf kiranya wiyah a.k.a Tuan Rumah tiada kunjungan balas/backlink /follow ke blog kalian, ini kerana disebabkan oleh ketiadaan link blog tuan/puan utk wiyah follow kalian. Jutaan maaf juga jika jarang ber'blogwalking' ke blog kalian (busy tahap cipan). In sha Allah jika ada kesempatan waktu wiyah akan ke singgah ke blog kalian..Peace No War!!

Followers

Imamku Hingga ke Hembusan Nafas yang Terakhir

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
"Some Love Stories...Live Forever"

Monday, February 13, 2012

Kek Carrot Heavenly Simple dari CMG

assalamualaikum...wbt

hai..apa khabar semua?? dah lunch..wiyah tgh pikir nak masak apa utk buka puasa hr ni,, yg ni duk meroyan tgk menu2 makanan..last2 teringat kat kek carrot yg tak seberapa wiyah buat last week,,1st time wiyah buat kek carrot ni! walaupon rupanya tak cantik tapi rasanya sgt la sedap..1/2 biji kek tu en.suami boleh habiskan! uitss terkejut gak wiyah..wiyah tanya abang lapar ker?? en.suami jawab takla..ntah la tp rasa sedap la kek ni rasa lemak2 carrot + kacang kuali & kurang manis ..abang suka!...wah lps ni bleh la wat lagi since ada org suka makan kan..hehe

ok resepi kek carrot ni wiyah intai2 kat blog dapur sempadan umah CMG terliur tgk kek nya yg amatlah gebu..hurrrmm since carrot pon still berbaki dalam peti ais & jenguk2 apa bahan lain yang ada,,so bleh la kot teruskan niat nak wat kek carrot ni..dah lama mengidam hihu..

Kek Carrot Heavenly
(mohon share C&P resepi kat sini yer)

texture cake yang agak lembab..plus rasa lemak2 topping kacang badam & biji kuaci , biji labu dalam cake,,suka sangat rasa carrot yang fresh ni ;-)

Jom kita tengok resepinya ;-)

BAHAN-BAHANNYA 
  • 1 cawan tepung gandum*
  • 1 camca teh baking powder*
  • 1/2 camca teh soda bicarbonate*
  • 1/2 camca teh garam halus*
  • 1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak)- wiyah x letak
  • 2 biji telur gred "A"
  • 3/4 cawan minyak jagung
  • 3/4 cawan gula halus (resipi asal guna 1 cawan)-wiyah gantikan dgn 1/2 cawan gula perang 
  • 1 1/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya
  • 1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar- wiyah tak letak
  • 1/2 cawan kelapa kering-wiyah x letak
  • 1/2 cawan kacang walnut, cincang-wiyah guna biji kuaci, biji labu putih & badam

BAHAN CREAM CHEESE TOPING (wiyah tak buat ni,,just taburkan hirisan kacang badam sbg topping kek)
  • 100 g mentega
  • 125 g cream cheese
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 1 1/2 camca besar gula aising, diayak


CARA MEMBUATNYA 
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula hancur (kurang lebih 5 minit). Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati.
  3. Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi. Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra. Tuang dalam tin dan bakar selama 50 minit - 1 jam atau hingga masak.
  4. Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese tadi. Simpan kek dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan
  5. UNTUK CREAM CHEESE :- Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus. Gunakan kelajuan sederhana...Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka...



 Ok..kalau suka & nak tau rasanya macamana so bleh try buat nanti ...SELAMAT MENCUBA ;-)

Saturday, February 11, 2012

Buah Ciku Fresh kat tepi umah omak

assalamualaikum wbt

slam tgh hari..dah lunch ke semua?? ermm wiyah gantung periuk & kuali hari ni coz ada kenduri kawan en.suami jap lagi..suka suka suka,, suka makan gulai kawah! k..wiyah just nak share info mengenai buah ciku yang berbuah sgt la lebat kat tepi umah mak wiyah..gambar pokoknya tak de yer, tuan umah lupa la plak ..hehe,, 



Secara tradisional, buah ciku telah dikenal pasti amat mujarab untuk merawat masalah bawasir (buasir).  Caranya adalah dengan mengambil buah ciku yang belum cukup tua, ditumbuk dan dicampur dengan sedikit air panas dan garam. Minumlah bahan-bahan ini setiap hari sebelum sarapan.  

Selain untuk merawat bawasir, buah ciku juga mengandungi kandungan fiber yang tinggi yang amat mujarab untuk mengatasi masalah sembelit.  Sering memakan buah ciku juga dipercayai  dapat mengurangkan risiko untuk menghadapi kencing manis, darah tinggi dan kanser.  Disamping itu, ciku juga kaya dengan  bebas gula, vitamin C dan bahan mineral terutamanya kalsium. {mmg sgt sesuai utk wiyah..so lepas ni kena amalkan makan buah ciku la plak yer..buahan tempatan lg best kan} ;-)


yang ni blom dicuci lagi..cuci menggunakan sabut,, wiyah cuci buah while en.suami petik buah pakai tangga

sedikit info mengenai buah ciku sumber dar blog buah-buahan , bagus blog ni macam2 info buah ada bagus utk pebgetahuan utk di amalkan ;-)

Ciku atau nama sainsnya Achras zapota adalah antara buah-buahan tropika yang  lazat rasanya dan mempunyai isi yang lembut dan halus. Buah ciku biasanya dimakan terus bukan sahaja enak dimakan malahan banyak khasiatnya. Kandungan gula, vitamin C dan mineral terutamanya kalsium dalam buah ciku adalah tinggi. (uittt mcm berlawanan ngan info kat atas la plak..yg mana satu betul ni?..hurm) Buah ciku sebenarnya setanding dengan buah pir dalam kandungan vitamin A, vitamin BI, B2 dan niasin, tetapi kandungan vitamin C dan kalsiumnya lebih tinggi. Selain dimakan terus, buah ciku boleh dijadikan halwa, jeli dan hirisan kering.



Daun ciku ialah jenis mudah, agak tebal,  berwarna hijau tua dan berkilat. Daun-daun bersusun di hujung ranting muda. Bentuk daun bujur telur berukuran 5 – 13 cm panjang dan 2.5 – 6.5 cm lebar. Bunga biasanya dikeluarkan di celah daun dan kadang-kadang di hujung ranting. Bunga ciku ukuran kira-kira 5 – 6 cm lebar. Kulit buah nipis dan berwarna perang kotor ( sbb tu kena bersihkan guna sabut yer ) Buah yang cukup masak mempunyai kulit yang berwarna perang dan tidak begitu menarik. Isi ciku lembut dan berwarna perang pucat. Rasanya manis dan berjus.Teksturnya halus tetapi kadang-kadang agak kesat atau berpasir. 


 yang ni wiyah dah siap bersihkan & sedia utk di peram..bukan peram sgt just balut dalam kain & letak dalam besen kalau ada yg masak mesti berbau manis2
b4 makan buah ni..1st kena kupas kulitnya then potong2,, kalau wiyah lepas potong wiyah suka sejukkan dlm peti ais dulu..makan sejuk2 mmg syok sgt!...mmm yummy


P/S : hargai buahan tempatan kita ;-)


Friday, February 10, 2012

Kerabu Ulam Raja Chef Hanieliza

assalamualaikum..wbt

Hai., & salam hari jumaat semua! Quick entry..update cepat2 nak balik kampung kejap,, rindu ngan anak buah..huhu,,tapi b4 tu nak share kerabu yang sangat best ni! menu ni wiyah buat masa berbuka puasa semalam. Kalau puasa makan makanan yg ada rasa masam2 mmg best, dapat menambat selera. Tiap2 malam b4 tdo wiyah akan belek buku 1 hari 1 resepi chef hanieliza..thanks k.liza coz share resepi yg best& kena ngan selera wiyah & suami ;-)

En.suami cakap kerabu ni mmg best sampaikan di ratah macam tu jer..2x wiyah buat malam tadi. makan 2 org jer haha..sayur & ulaman kalau makan lebih pon tak pe kan...en.suami siap cakap lain kali wat lauk yg ulam2 mcm ni jer la ..tak payah goreng2 semua coz lagi sihat...wiyah?? uittt lagi la suka kan..haha,,x banyak kerja wiyah kan just prepare sambal lebih & boleh di tukar2 ngan ulama lain contohnya macam kacang botor, daun salom, jantung pisang , salad & lain2 lagi

KERABU ULAM RAJA
Sumber : 1 Hari 1 resepi [chef Hanieliza]
Adaptasi : kerabu kacang botor [page 166]

hurm jap lagi nak balik tayang & buat kat mak ayah plak coz sambal kerabu mmg wiyah wat banyak siap2 semalam..so senang kan, bila nak makan just gaul2 jer ..:-)

Jom wiyah share cara penyediaannya

Bahan A:
  • 1 ikat ulam raja
  • 1 labu bawang besar
  • 1/4 biji kubis ungu
  • sedikit taugeh 
  • 3 biji Limau Kasturi
Bahan B:
  • 5biji cili merah + 3biji cili api + 5 ulas bawang merah [ di kisar bersama]
  • 1/2 biji kelapa parut
  • gula & garam
Cara Penyediaan:
  1. Hiriskan Sayuran Bahan A: ulam raja, kubis & bawang besar
  2. Masukkan semua Bahan B : bahan kisar, kelapa , gula & garam kedalam kuali. Kacau sehingga sedikit kering.
  3. Sejukkan seketika & di gaulkan bersama Bahan A & perahan jus limau kasturi.
  4. Sedia untuk dihidangkan.
Kerabu ulam raja ni ada rasa manis & masam2 cket mmg sesuai bagi yang kurang selera makan or yang menjaga makan / diet ;-)

Ok ...SELAMAT MENCUBA

Thursday, February 9, 2012

Himpunan petua-petua mohon zuriat

 assalamualaikum wbt

wiyah terbaca dari blog the inspiration..& terdetik utk dikongsikan bersama,, semoga kita mendapat manfaat daripada ilmu ini..Jom sama-sama kita amalkan & memohon kepadanya...macam-macam petua dikumpul apa pun, berdoalah kepadaNya mohon ikhsan Allah untuk beri rezeki kerana Kun Fayakun Allah maha hebat!

Sumber : share dari blog The Inspiration (tokey homestay kat langkawi) ..view berdekatan dengan sawah padi,, sgt syok!! dah lama mengidam nak stay kat umah tepi bendang,, bangun tgk bendang alahai mesti syok kan ;-)..sambil beramal  jom sama kita berhanimun kat homestay villa langkawi..;-),, puan rose ada promosi lg ke?? 
nice kan..bangun pagi dpt tengok ni & hirup udara segar ;-)

Himpunan petua-petua mohon zuriat
  • amalkan makan secara konsisten suami dan isteri,, pesan seorang sahabat --> kismis hitam dengan susu
  • ada pula sahabat--> minta cuba amalkan makan buat zuriat buah adam dan hawa
  • ini ada lagi petua--> makan kurma dan susu lembu

Kpd psgn yg belum mendapat cahaya mata...segenggam kurma yg dibuang bijinya dari suami, segenggam dari isteri, dicampurkan dgn susu kambing,kemudian di blend together, minum sorang segelas shj.amalkan sekali shja..kemudian setiap pagi amalkan minum susu kambing dan amalkan bacaan surah mariyam ayat 1-12. Insyaallah dlm msa setahun....ianya lebih dari 1000 psgn dah terbukti....wallahu'allam....

P/S: masa mengamalkan ini, elakkan mengambil makanan&minuman tajam spt limau, asam & etc..

ukhtie pula pernah menulis di blognya...Doa mohon zuriat..Doa amalan yang ingin saya kongsikan di sini adalah apa yang dikongsi oleh seorang sahabat saya ketika belajar dahulu.

"Setelah 5 tahun berkahwin dan belum dikurniakan cahaya mata, mereka berusaha melalui perubatan Islam.Mereka bertemu dgn Ustaz Tirmizi Zainal di Melbourne (mereka berada di Melbourne ketika itu).Selepas berubat dengan ustaz, ustaz memberikan doa drp buku Perubatan Islam tulisan Dato' Harun Din."

Mereka suami isteri telah mengamalkan amalan di bawah bermula bulan Ramadhan.Atas rahmat dan kasih sayangNya,sahabat saya disahkan hamil anak sulung mereka(idris) dan hampir setahun selepas kelahiran Idris mereka dikurniakan kembar lelaki pula,SubhanaAllah.

Doa ini memang sengaja dikongsikan sahabat saya ini supaya dikongsi-kongsikan dengan sahabat-sahabat yang lain.Perkongsian ini sangat mengharukan sekali bagi saya.Dan saya tidak tergamak menyimpannya sendiri.

AMALANNYA:

Setiap kali slps solat Subuh dan Maghrib, bacalah ayat di bawah:
1. Al fatihah, diikuti
2. Ayat 89 surah Al-Anbiya'
3. Ayat 38 surah Ali Imran
4. Ayat 30 surah Al-Anbiya'
5. Kemudian baca 7 kali doa berikut:

"Subhanahu man amruhu baynal kaafi wan nuun. Subhanahu man amruhu iza araada syai an an yaquula lahu kun fayakuun. As 'alullah al-'azim rabbul 'arsyil 'azim an yashfiyana.

SELAMAT MENCUBA

February 2012 Giveaway - My 30th Birthday



Jom join GA sempena pembukaan blog & Geez achieved to "3series" 
Due date : 29 . 02. 2012
Hadiah mmg best sgt2!!..wow barangan tupperware 

To Geez..I wish a very happy 30th birthday & welcome to 3 series !! Congratulation for grand opening ur tupperware online outlet..wish u good luck & success on ur bisness!

wiyah nak tag bff Aida Nuriezma & Dila Cake House,, we r 30 years old!! 

Geez..we r same age!! but i'm on Januari , 9...Impian wiyah utk umur meningkat ke angka 3 ni..cita-cita wiyah utk bergelar MOMMY!! wiyah mohon sangat2 agar wiyah di kurniakan rezeki CAHAYA MATA...satu impian yang tak dapat ditunaikan oleh apa sahaja makhluk di muka bumi ini..Hanya DIA yang SATU! Ya Allah ..perkenankanlah doa hamba mu yang lemah bagi membuktikan aku adalah wanita dan ISTERI  yang sempurna di mata SUAMI ku

Amin Ya rabbal Alamin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...