salam hari khamis malam jumaat semua ;-)....apa ce hari ni..ok kah or tak ok kah??? kehkeh malam ni wiyah sikit rajin nak menulis coz dah kenyang & xperlu masak...just tapau dari pasar malam kat umah mak wiyah hari ni...huhu since dah lama tak pergi apa lagi mcm2 la wiyah rembat..antaranya nasi lemak ikan tongkol 2, rojak ayam special 2, ayam goreng 2, bingka ubi kayu 1 & air soya panas...wah2 membeli tak ingat dunia,,last2 makan nasi lemak & aym goreng jer..yg lain2 tu tak pasti bleh habiskan ke tak..uwaaaa sumenya makanan yg high colestrol ;-(
oke2 back to de story...wiyah nak share menu minum petang semalm, since ada sosej+ cheese dalam peti..puas duk pikir nak buat apa..last2 teringat pernah tgk roti sosej ni tp tak pasti kat blog sape..sori yer kalau tuan empunya menu ni terbaca...serius wiyah tak ingat,,buat ni pun agak2 yang wiyah ingat jer..huhu
fresh from my kuali..masih berasap masa wiyah potong...cheese mencair & mengalir slurrrp best ;-)
Roti Sosej & Slice Cheese
( menu menambah lemak..sori pada yg sdg berdiet )
Bahan-bahan yg diperlukan ( utk 2 0rg makan )
4 keping roti sandwich ( gardenia) ~ digelek hingga agak nipis
4 batang sosej ( ramli) ~ direbus or digoreng sekejap
4 keping Slice cheese ( Craft)
1biji telur & serbuk roti
caranya :
- letakkan slice cheese kat atas roti & letakkan sosej di atas slice cheese tadi ( paham tak ayat wiyah ni..;-)
- gulungkan semua bahan & gamkan dengan telur
- panaskan minyak & celup gulungan roti tadi ke dalam telur
- kemudian ratakan celupan tadi dengan serbuk roti
- goreng dengan api yang sederhana
p/s: hidangkan semasa masih panas coz cheese sedang mencair & apabila sejuk cheese akan membeku dan muak bila kita makan..alternative boleh makan roti ni dgn sos cili macam wiyah yang sume bende nak cicah ngan sos cili...
SELAMAT MENCUBA & MENAMBAH LEMAK ...hehe









