To All My Friend, Lovely & Silent Readers

To All My Friend, Lovely & Silent Readers

Mohon maaf kiranya wiyah a.k.a Tuan Rumah tiada kunjungan balas/backlink /follow ke blog kalian, ini kerana disebabkan oleh ketiadaan link blog tuan/puan utk wiyah follow kalian. Jutaan maaf juga jika jarang ber'blogwalking' ke blog kalian (busy tahap cipan). In sha Allah jika ada kesempatan waktu wiyah akan ke singgah ke blog kalian..Peace No War!!

Followers

Imamku Hingga ke Hembusan Nafas yang Terakhir

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
"Some Love Stories...Live Forever"

Wednesday, June 12, 2013

Nasi Kerabu Bunga Telang

Assalamualaikum..

Salam bersiaran kembali..tenggelam timbul suka hati jer..apa pon thanks pada yg sudi singgah kat sini! tak de pe yg special sekadar omelan kosong surirumah yg kebosanan..sekadar memenuhi ruang kosong utk share ilmu & menambahkan lagi ilmu didada secara tidak langsung..alhamdulillah masih bernafas & hidup bahagia bersama org tersayang ;-)

Mood tgh pikir nak masak apa menu utk berbuka puasa petang nanti..baru 2 3 hari ganti puasa dah nak makan macam2, dah la puasa selang sehari! haih apadaa ikut nafsu mmg penuh la meja jawabnnya ! Mcm mana la agaknya bln ramadhan nanti ek..kena kuatkan hati, agak2 boleh ker? hurmmm..tepuk dada tanya sama hati ;-)

ok la direct to the post topic..dah 2 minggu resepi ni wiyah try buat tapi baru hari ni sempat nak blog kan..actually wiyah dapat resepi ni dari blog Kak Azie, bila tengok & amati betul2 agak cerewet jugak penyediaan nasi kerabu ni..tp kuatkan hati nak try jugak buat walaupun sekali even kat sini sgt mudah nak dapatkan nasi kerabu..dimana-mana saja sepanjang jalan ada jual nasi kerabu golok, kelate , budu & macam2 lagi.. 

My 1st Nasi Kerabu ever..siap bersama solok lada

terdetik nak belajar buat nasi kerabu apabila masa awal2 pindah duk klate ni..umah jiran sebelah penuh dengan pokok bunga telang ni! awal2 lagi terus mintak izin..nanti nak mintak 2 3 kuntum hihi..sabar jer la kan muka tak malu

dah dekat 3bulan duk sini baru berkesempatan nak try buat nasi kerabu bunga telang ni..magic dr bunga nasi jadi color biru/ungu!..kalau kat kuantan jarang juma nasi color biru/ungu ni..slalu nasi putih jer nasi kerabu yg dijual

 
rupa bunga telang & pokok bunga telang kat pagar umah sebelah..luckily pagar umahnya chainlink so boleh la pokok tu memanjat sana sini sesuka hati..hidup subur kembang mekar di waktu pagi

minta izin share C& P kat sini yer k.azie


Nasi
Masak beras seperti biasa. Masukkan bunga telang dan kacau kacau bagi rata warnanya, jika mahukan nasi kerabu berwarna biru. Saya hanya memasukkan pewarna biru dan daun limau purut. Jika suka boleh juga masukkan 1 batang serai ketuk.

Kuah Tumis - * dikisar bersama (tak sempat buat coz menu utk berbuka puasa)
  • Santan, 7 ulas bawang merah,1/2 labu bawang putih,3 bawang besar,15 cili kering,1 cm halia,1 asam keping,2 sb gula ,Sedikit gula melaka,2 sb budu, Garam (kena rasa masin dulu)
  • 1 serai - diketuk
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan serai sehingga wangi. Masukkan sedikit air dan masak sehingga mendidih.
  2. Masukkan santan dan sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam keping, budu dan gula. Jika menggunakan budu, dirasakan dulu sebelum dimasukkan garam. Masak sehingga pecah minyak. 


Nota: Kuah tumis biar ada rasa masin masin sikit. Kuah tumis sedap disediakan lebih awal dan mesti agak pekat. Kalau makan pagi, disediakan disebelah malamnya.

Sambal Kelapa (wiyah buat separuh bahan menggunakan ikan selayang)
  • 1kg Ikan kembung - rebus & ambik isi
  • 1/2 biji kelapa parut - goreng
  • 4 bawang merah
  • 2 batang serai
  • Garam & Gula
  1. Goreng kelapa dan kacau sentiasa supaya tidak hangit.  Tumbuk semua bahan dan gaul dengan kelapa goreng. 
  2. Tumbuk lagi sekali. Kali ini saya cuma menggaul rata, tak ditumbuk lagi selepas digaul. Masukkan garam dan gula.
Ulam ulaman (di racik halus)
  • Kacang panjang,Kubis,Timun,Daun kesum,Bunga kantan,Bawang besar,Kacang botol,Taugeh
Sambal Cili (di kisar bersama)
  • Cili padi, Cuka,Garam,Gula -Sambal cili adalah wajib jika tak dibuat kuah tumis. 
Lauk pauk
  • Telur masin ,Ikan rebus goreng celup tepung,Daging bakar,Daging goreng atau ayam goreng,Keropok atau keropok lekor,Solok lada,Bawang putih jeruk,atau apa apa jer yang disukai






Cara Menghidang
  1. Letakkan nasi di dalam pinggan. Masukkan ulam ulaman diikuti dengan sambal kelapa.
  2. Kemudian sendukkan sedikit kuah tumis, budu dan sambal.
  3. Akhir sekali, letakkan keropok dan lauk pauk seperti telur masin, daging bakar, ikan celup tepung, daging goreng dll.
  4. Jika suka letakkan pulak sayuran seperti solok lada, bawang putih jeruk dll.
ok daaa selamat mencuba..selamat berbuka puasa tapi dah habis hehehe

Tuesday, May 28, 2013

May 2013 yg sangat indah

Assalamualaikum wbt

Apa khabar kawan2 semua..sihat? Dah lama tak menulis..masa sgt2 cemburu mgan wiyah
 Since jd mommy ni 24 jam 7 hari seminggu tak cukup bg wiyah yg jd suri rumah sepenuh masa ni..haisssh kalo kerja mcm mana la agaknya, tiba2 terfikir bg org yg bekerja + jd housewife +ommy+ tukang masak + housechores yg lain..respectt la cpz berjaya soapkan sua tu dlm saru hari..u r supermommy babe!  wiyah kena cabar diri sendiri bila dah keje nanti..hrp dpt kuatkan semangat nk tinggal anak kat org huhu..

Actually bln mei sgt byk tarikh yg istimewa buat kami..21, 27 n 28 mei..tahun ni lg special coz adanya Cinta hati kami yg berusia 6bln pd annivesary kawin kami yg ke-6 n daddy jugak turn 31..

Panjang lak membebel hihi..ok straight to d point just wanna to say a very happy birthday to my suwit husband..yg ke-31, semoga Allah memberkati segala usaha abg, sentiasa dimurahkan rezki, sentiasa berada dibawah lindungan rahmatNya..capai impian bergelar Ir. Mohd Suhairi..In sha Allah mommy n wafiey akan sentiasa menyokong dlm apa jua yg abg lakukan. We love u very much..
Hadiah yg tak boleh beli kat mana2 didunia ni
Istimewa utk daddy Aisy El-wafiey

Umur 31tahun br jd daddy..apapun bersyukur diatas pemberoanNya

Alhamdulillah anakanda momy juga dah masuk 6bulan 1 minggu..banyak yg wafiey dah pandai, seronok dpt tgk anak membesar dpn mata ppandai itu ini tak nak terlepas satu  utk tgk anugerah Allah ini membesar dgn sempurna..


Syukur yg tak terhingga juga..usia perkahwinan kawin dah mencecah ke fasa ke-2 perkahwinan..Alhamdulillah 6 tahun sekejap je masa berlalu..sangat bahagia hingga ke satini..syukur dikurniakan seorang suami yg sgt2 superb..sgt sempurna di mata wiyah, saling melengkapi segala kekurangan kami..doa kami semoga perkahwinan ini akan berkekalan dan bahagia hingga ke akhir usia kami..setia pada cinta kurniaan Ilahi..btw thans daddy for d h/p yang canggih ni..:-)

Mommy n wafiey..u r always be my baby!

Ok habis da cite bln mei.Hihi, tggu jun la plak ekeke

Tuesday, May 7, 2013

Apam Beras Mekar Setaman

Assalamualaikum wbt

Yahooo..it's May oredi!! apa motif menjerit kat sini...hehe

malasnya nak buka lappy skang ni..busy jer manjang! padahal bukan keje pon..huhu, hurmmm sgt jarang memasak lately ni, kalau masak pon cukup sekadar memasak jer la..sebabnya?? Anak bujang kesayangan kami amatla manja..huhu, xleh nak berenggang langsung asyik nak suruh mengadap dia jer 24 jam ;-D..huhu even wiyah duk dapur wiyah akan letak wafi kat dalam bouncher ataupun stroller..dengan cara itu jer wiyah boleh wat keje! bila mcm ni..terfikir jugak macamana wiyah nak mulakan kerja & nak tinggal wafi kat pengasuh...haihhh mahu meroyan nanti!

banyak plak membebel ek...hehe, sori sori! bila cerita pasal anak mmg la kan..ada je citenya! ok la..back to d n3..disebabkan jarang buat kueh kat en.suami petang2 macam dulu, so wiyah try jugak curi masa utk buat something yg mudah cepat..curi masa time wafi tdo petang! sempatla buat menu yang mudah2 jer..try BW malam2 time wafi tdo jugak hihi..terjumpa kueh ni, thanks pada K.Yah coz share resepi yang mudah & sedap ni..yang penting tak menggunakan telur, minyak, butter bagai!! sangat menyihatkan..byk resepi k.yah yang buat wiyah telan air liur, in sha Allah ada masa nanti bleh try..

alhamdulillah..woww mekar! risau jugak tak menjadi sbb wiyah tak timbang bagai ikut resepi asal (penimbang masih belum unpacked lagi..masih di store huhu)..just agak2 adunan terus bancuh & kukus, biarkan dalam 15min buka penutup tengok semuanya terSENYUM...terus berbunga2 la hati ni tak sabar nak tunggu en.suami balik kerja, kalau tak jadi awal2 lagi isi dalam plastik & masuk tong la jawabnya hehe..mmg takkan tunjuk benda yg tak jadi!! hipokrit kan..welll well utk suami mesti la yang terbaik..perasannnn !! ;-D

 Jom wiyah share plak resepi kat sini yer..(wiyah sukat guna cawan metrik), mintak ampun K.Yah..wiyah alter cket resepi tu ..color asal adalah baby pink & baby blue..tapi dah masak jadi color ala2 oren & hijau la plak! hurm..takpe la janji senyum sudah ler :-D

Apam Beras Mekar Sejambak


Bahan-bahannya:
  • 200gm tepung beras ( 2cawan)
  • 180gm gula pasir (1/4 cawan)
  • 1 cawan susu segar
  • 2 sudu teh baking powder(kak guna double action)
Cara-caranya:
  1. Panaskan pengukus dengan api yang kuat.
  2. Kacau gula dengan susu segar sehingga gula hancur.
  3. Campurkan dengan semua bahan dan kacau biar sebati.
  4. Bahagikan kepada 3 adunan dan warnakan mengikut kesukaan.
  5. Masukkan kertas cupcake ke dalam acuan lompang.
  6. Masukkan adunan ke dalamnya.(untuk mudah masukkan adunan ke dalam paping beg dan paip untuk satu cupcake tiga warna)
  7. Kukus selama 15 minit dengan api yang kuat.
ok daa selamat mencuba...satu adunan ni dapat dlm 27biji  ++ yang dah ngap sambil mengukus hihi

Friday, April 26, 2013

JJCM at Omar Roti John Kampung Kadok, Ketereh

Assalamualaikum wbt

JJCM yang tak dirancang..disebabkan wafi tak nak tidur dan asyik merengek jer kat umah, maka berbincang2 ngan mr.daddy jom la bawak wafi keluar kot2 dia bosan agaknya (heyyy 5bulan dah pandai bosan kah?? huhu )..tak tau nak ke mana sebenarnya..bak kata org tua2 tak tau hala tuju pun!! Hurmmm keluar dari simpang rumah kalau ke kiri Wakaf Che Yeh & kalau ke kanan Nilam Puri, Ketereh..sebab dah selalu sgt ke kiri so hari ni kita ke kanan plak..boleh mcm tu?? ikut suka hati jer..

apa lagi kalau keluar..mesti lah sesi menambah kg la kerjanya kan hehe, so try cari tempat yang menghidangkan makanan ala2 ringan (konon2 nya la) ..so ternampak la satu kedai kat tepi jalan Omar Roti John Kampung Kadok (kedai bertentangan dengan masjid) ,, nampak macam meriah & ramai..so why not kita try nak tak daddy??..mr.daddy kata ok..then u-turn la semula,niat awal nak akan alas perut ringan2 jer tapi bila dah sampai situ nampak mcm sedap2 jer menunya..hurm apa lagi kita try satu2 eh.. so tak jadi lah makanan ringan2 dah jadi makanan berat jugak sebenarnya sebab makan banyak ekeke

gaya budak tak au tidur..duk layan lampu kat kedai Roti John Omar, Kampung Kadok 

Antara menu yang femes kat sini sbb tengok majoriti pelanggan yang datang wajib order men ni..so kami pon nak order la jugak kahkah..aptb!

antara menu yg femes & wiyah suka walaupon 1st time try..Roti Hemlet Kaya (gabungan antara roti bersalut telur & disapukan dengan home made kaya)...walllah mmg superb la!!  ada 2 versi roti kat sini iaitu baby (roti pendek) & papa ( roti panjang)..hehe walaupun baru nak try dah confident ambik yang papa sbb tgk ramai jer org makan..mesti sedap la kan ;-) ..share ngan mr.daddy sehingga menjilat jari..mmg tak cukup satu..tapi tak order pon, next time bleh datang lagi sebab dekat jer ngan umah..dalam 10minit jer kot rasanya

ini mr.daddy yang punya sama ambil versi papa jugak! ..roti john daging (gabungan antara roti bersalut telur, daging hancur & ditambah kan lagi salad sayuran beserta mayonis + sos cili yang sangat mewah)..mmmg sgt la superb..ada juga roti john ayam & sardin, next time bleh try yang lain plak! wiyah pon join makan..mula2 ambik satu ..eh mcm best la plak..makan lagi & lagi..huahaha abis konon2 nak makan ringan!! huhu, bab makan mmg tak leh nak kata apa daa..bukan tak habis tapi tak cukup tau! hehe

sebab rasa mcm nak nak lagi..so try roti canai telur plak,..syer jer sbb nak try ngan kuah nya..hurrrm  mmg kena dgn selera kami..not bad lain kali bleh datang lagi la..

ok...daa, jumpa lagi ;-)

Thursday, April 18, 2013

Masak Bening Lada Hitam Labu Air

Assalamualaikum wbt

fuhhhhh fuhhh..sapu habuk! hurm..lamanya wiyah cuti ber'blog' & cuti memasak..now back to normal ;-)

ambik mood nak update..jadi lupa plak stail menulis wiyah! hurmmm refresh balik.. hari ni wiyah ber'menu' masakan kampung..dah agak lama jugak rasanya tak masak lauk ni, rindu plak kat kampung time berkumpul makan ramai2 dgn adik beradik ipar duai  anak buah..mak masakkan lauk2 simple mcm ni ..mmg sure tak cukup la nasi..haih rasa mcm nak balik sekarang jer..terasa kemeriahan gelak ketawa kami bercerita..sob sob sob ( padahal tak sampai semggu lagi balik dari kampung hihi)

baru2 ni mak wiyah ada tanam labu air & labu kuning (kami panggil labu peringgi) ni kat kebun...tanam 2 3 pokok jer tapi buah nya masyaallah banyak sungguh..tak habis nak makan. Siap boleh sedekahkan kat org yang nak buat kenduri kawe..bayangkan banyaknya buah! memang tak rugi berbudi pada tanah, buah labu air ni cpt membesar so mak wiyah perlu petik 2 hari sekali.. menjadi rezki jiran tetangga..wiyah pon angkut sebiji masa nak balik dr kuantan baru2 ni..so hari ni baru berkesempatan nak masak , lama btol ambik masa nak masak hehe


step 1: potong labu air mengikut citarasa anda
step 2: didihkan air bersama bahan tumbuk & masukkan labu air bersama daun kesom
step 3: masak seketika & perasakan sesedap rasa
step: sedia utk dihidangkan

Sayur Bening Lada Hitam Labu Air
By : wiyah

Bahan-bahan:
  • 1biji labu air- dikupas kulit & potong mengikut kegemaran
  • daun kesom 
  • 2 ekor ikan selayang-dikukus * 
  • 4ulas bawang kecil *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 2sk lada hitam * ditumbuk bersama
  • 5 cawan air (mengikut citarasa masing2)
  • 1sk budu
Cara Penyediaan:
  1. Masukkan air & bahan yang ditumbuk kedalam periuk, masak dengan api sederhana sehingga mendidih.
  2. Kemudian masukkan labu air, budu, daun kesom & gula serta garam sesedap rasa. Masak seketika & padamkan api. Siap utk dihidangkan
P/s: sedap dimakan pada waktu tengah hari, dihari hujan bersama ikan goreng panas1..ditambah lagi ada ulaman dicicah bersama budu. sure menambah2 sampai tak cukup nasi..ekeeke


ok daa..selamat menjamu selera ;-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...