To All My Friend, Lovely & Silent Readers

To All My Friend, Lovely & Silent Readers

Mohon maaf kiranya wiyah a.k.a Tuan Rumah tiada kunjungan balas/backlink /follow ke blog kalian, ini kerana disebabkan oleh ketiadaan link blog tuan/puan utk wiyah follow kalian. Jutaan maaf juga jika jarang ber'blogwalking' ke blog kalian (busy tahap cipan). In sha Allah jika ada kesempatan waktu wiyah akan ke singgah ke blog kalian..Peace No War!!

Followers

Imamku Hingga ke Hembusan Nafas yang Terakhir

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers

Follow by Email

"Some Love Stories...Live Forever"

Wednesday, June 12, 2013

Nasi Kerabu Bunga Telang

Assalamualaikum..

Salam bersiaran kembali..tenggelam timbul suka hati jer..apa pon thanks pada yg sudi singgah kat sini! tak de pe yg special sekadar omelan kosong surirumah yg kebosanan..sekadar memenuhi ruang kosong utk share ilmu & menambahkan lagi ilmu didada secara tidak langsung..alhamdulillah masih bernafas & hidup bahagia bersama org tersayang ;-)

Mood tgh pikir nak masak apa menu utk berbuka puasa petang nanti..baru 2 3 hari ganti puasa dah nak makan macam2, dah la puasa selang sehari! haih apadaa ikut nafsu mmg penuh la meja jawabnnya ! Mcm mana la agaknya bln ramadhan nanti ek..kena kuatkan hati, agak2 boleh ker? hurmmm..tepuk dada tanya sama hati ;-)

ok la direct to the post topic..dah 2 minggu resepi ni wiyah try buat tapi baru hari ni sempat nak blog kan..actually wiyah dapat resepi ni dari blog Kak Azie, bila tengok & amati betul2 agak cerewet jugak penyediaan nasi kerabu ni..tp kuatkan hati nak try jugak buat walaupun sekali even kat sini sgt mudah nak dapatkan nasi kerabu..dimana-mana saja sepanjang jalan ada jual nasi kerabu golok, kelate , budu & macam2 lagi.. 

My 1st Nasi Kerabu ever..siap bersama solok lada

terdetik nak belajar buat nasi kerabu apabila masa awal2 pindah duk klate ni..umah jiran sebelah penuh dengan pokok bunga telang ni! awal2 lagi terus mintak izin..nanti nak mintak 2 3 kuntum hihi..sabar jer la kan muka tak malu

dah dekat 3bulan duk sini baru berkesempatan nak try buat nasi kerabu bunga telang ni..magic dr bunga nasi jadi color biru/ungu!..kalau kat kuantan jarang juma nasi color biru/ungu ni..slalu nasi putih jer nasi kerabu yg dijual

 
rupa bunga telang & pokok bunga telang kat pagar umah sebelah..luckily pagar umahnya chainlink so boleh la pokok tu memanjat sana sini sesuka hati..hidup subur kembang mekar di waktu pagi

minta izin share C& P kat sini yer k.azie


Nasi
Masak beras seperti biasa. Masukkan bunga telang dan kacau kacau bagi rata warnanya, jika mahukan nasi kerabu berwarna biru. Saya hanya memasukkan pewarna biru dan daun limau purut. Jika suka boleh juga masukkan 1 batang serai ketuk.

Kuah Tumis - * dikisar bersama (tak sempat buat coz menu utk berbuka puasa)
  • Santan, 7 ulas bawang merah,1/2 labu bawang putih,3 bawang besar,15 cili kering,1 cm halia,1 asam keping,2 sb gula ,Sedikit gula melaka,2 sb budu, Garam (kena rasa masin dulu)
  • 1 serai - diketuk
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan serai sehingga wangi. Masukkan sedikit air dan masak sehingga mendidih.
  2. Masukkan santan dan sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam keping, budu dan gula. Jika menggunakan budu, dirasakan dulu sebelum dimasukkan garam. Masak sehingga pecah minyak. 


Nota: Kuah tumis biar ada rasa masin masin sikit. Kuah tumis sedap disediakan lebih awal dan mesti agak pekat. Kalau makan pagi, disediakan disebelah malamnya.

Sambal Kelapa (wiyah buat separuh bahan menggunakan ikan selayang)
  • 1kg Ikan kembung - rebus & ambik isi
  • 1/2 biji kelapa parut - goreng
  • 4 bawang merah
  • 2 batang serai
  • Garam & Gula
  1. Goreng kelapa dan kacau sentiasa supaya tidak hangit.  Tumbuk semua bahan dan gaul dengan kelapa goreng. 
  2. Tumbuk lagi sekali. Kali ini saya cuma menggaul rata, tak ditumbuk lagi selepas digaul. Masukkan garam dan gula.
Ulam ulaman (di racik halus)
  • Kacang panjang,Kubis,Timun,Daun kesum,Bunga kantan,Bawang besar,Kacang botol,Taugeh
Sambal Cili (di kisar bersama)
  • Cili padi, Cuka,Garam,Gula -Sambal cili adalah wajib jika tak dibuat kuah tumis. 
Lauk pauk
  • Telur masin ,Ikan rebus goreng celup tepung,Daging bakar,Daging goreng atau ayam goreng,Keropok atau keropok lekor,Solok lada,Bawang putih jeruk,atau apa apa jer yang disukai






Cara Menghidang
  1. Letakkan nasi di dalam pinggan. Masukkan ulam ulaman diikuti dengan sambal kelapa.
  2. Kemudian sendukkan sedikit kuah tumis, budu dan sambal.
  3. Akhir sekali, letakkan keropok dan lauk pauk seperti telur masin, daging bakar, ikan celup tepung, daging goreng dll.
  4. Jika suka letakkan pulak sayuran seperti solok lada, bawang putih jeruk dll.
ok daaa selamat mencuba..selamat berbuka puasa tapi dah habis hehehe

1 comment:

Anonymous said...

kami biasa letak byk jenis ulaman,timun btg,taugeh,daun kesum,daun kadok,pucuk serai kayu,pucuk gajus,kubis..semua diricik halus..lg banyak jenis lg sedap

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...