To All My Friend, Lovely & Silent Readers

To All My Friend, Lovely & Silent Readers

Mohon maaf kiranya wiyah a.k.a Tuan Rumah tiada kunjungan balas/backlink /follow ke blog kalian, ini kerana disebabkan oleh ketiadaan link blog tuan/puan utk wiyah follow kalian. Jutaan maaf juga jika jarang ber'blogwalking' ke blog kalian (busy tahap cipan). In sha Allah jika ada kesempatan waktu wiyah akan ke singgah ke blog kalian..Peace No War!!

Followers

Imamku Hingga ke Hembusan Nafas yang Terakhir

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
"Some Love Stories...Live Forever"

Friday, October 4, 2013

Homemade Jeruk Pauh Tipikal & Pedas

Assalamualaikum wbt

Salam Jumaat..welcome october! Hai kawan2 semua, apa khabar sihat?? anak bujang baru jer tidur, bangun pukul 9.30 pagi pukul 6.30 petang baru tidur semula..huh dasyat btol, bertahan mata sbb hari ni daddy cuti yer sayang..hurm main la ngan daddy ..mommy nak blogwalking ini hari ekeke, mommy jugak nak share homemade jeruk pauh cara nenek wafiey buat ..buat sama2 ngan mak masa teringin nak makan tatkala wafiey 5bln++ dlm perut mommy ( ayat merapu2 hihi)

inilah hasilnya..jeruk pauh tipikal(masam2 manis) & jeruk pauh pedas (masam manis pedas)

ok..hari mood rajin skit, cuaca sejuk tiap2 petang mesti hujan ribut bagai..so hati pon sejuk juga maka boleh menulis dengan tenang & tenteram sambil dgr bunyi air hujan menitik2 kat lantai porch. hurmm rasanya mungkin ramai dalam kalangan kawan2 dah biasa tgk org jeruk buah pauh/mangga/mempelam kan..org ampung wiyah panggil buah pauh..ada sesetengah yang panggil mangga/mempelam, just to share & to remind me later..

alkisahnya sebab mr.husband bawa balik banyak sgt buah pauh ni dari site.. wiyah dah buat kerabu pauh tomato ikan bilis, sambal belacan..masih lagi banyak berbaki, selepas 2 hari terperuk kat dapur barulah terfikir nak men'jeruk'kan buah ni..knp 2 hari sebelumnya tak terfikir yer?? hurmm..ikuti kisah selanjutnya,, 

JERUK PAUH TIPIKAL & PEDAS
Sumber: Nenek Wafiey

wiyah tak reti nak explain procedure buat jeruk ni @ tulis entry ni mcm mana, wiyah try buat tulis yang terbaik.. harap kawan2 dapat faham apa yg wiyah cuba sampaikan ni yer..
  1. Buah pauh di potong mengikut citarasa masing2 sama ada nak dibuang kulit atau pun dijeruk besama kulitnya sekali. Kalau yang masih muda boleh potong mcm biasa, tetapi kalau buah yang sudah tua/ bersabut..potong buah sisi kiri kanannya sahaja. 

 
ni rupa buah pauh yang fresh..wiyah lebih suka makan jeruk yang ada kulit..rasanya lain lebih asli skit dari yang dibuang kulit 

2.    Buah yang dah siap potong tadi dibasuh terlebih dahulu & direndam bersama garam kasar selama 2 hari        2 malam (macam bercuti la plak kan) atau sehingga warna kulit buah pauh tadi bertukar jadi warna kuning..(seperti gambar dibawah) ini bermaksud dah bleh buat step seterusnya. Buang air garam & toskan buah pauh tadi.


Jom wiyah share resepi yang ta seberapa ni, jeruk ni tak menggunakan sebarang bahan pengawet utk bagi dia tahan lebih lama atau dengan kata lain tak menggunakan ibu jeruk , asid , cuka , pewarna & bahan lain yang boleh memberi kesan pada kita terutama bagi yang sedang hamil kerana ianya sgt tajam okeh. Maka kesudahannya sebab duk teringin sangat, wiyah buat jeruk sendiri masa mengandungkan anakanda Aisy El-Wafiey dulu..tapi ada jugak curi2 makan Jeruk Madu Pak Ali tu! hehe..takpe sikit jer buat ubat teringin kata org tua2..ekeke

Resepi Untuk Jeruk Pauh tipikal/ biasa
( Rasa masam2 manis)


Bahan-bahan:(sukatan bergantung kepada kuantiti buah atau kemanisan yang di inginkan)
  • Gula
  • Air

Caranya:
  1. Masak air bersama gula sehingga larut dan sejukkan sebelum dimasukkan buah yang siap direndam bersama air garam tadi. (kira dah boleh di panggil jeruk dah yer)
  2. Simpan jeruk dalam bekas tertutup semalaman. Cara penyimpanan yang terbaik adalah meletakkannya kedalam peti sejuk. Tahan berbulan-bulan, makin lama makin mesra rasanya. 

Note: Jeruk ni syok dimakan di waktu tengah hari. Keluarkan dari peti ais duk depan tv lepas lunch memang terbaik..pastu ngantuk guling2 terus tidur ekeke

Resepi Untuk Jeruk Pauh Pedas
( Rasa masam2, manis & pedas)



Bahan-bahan:(sukatan bergantung kepada kuantiti buah atau kemanisan & kepedasan yang di inginkan)
  • Gula
  • Air
  • Pes cili giling @ cili boh

Caranya:



  1. Masak air bersama gula & pes cili sehingga larut dan sejukkan sebelum dimasukkan buah yang siap direndam bersama air garam tadi. (kira dah boleh di panggil jeruk dah yer).
  2. Simpan jeruk dalam bekas tertutup semalaman. Cara penyimpanan yang terbaik adalah meletakkannya kedalam peti sejuk. Tahan berbulan-bulan, makin lama makin mesra rasanya. 
Note : Wiyah sangat suka yang pedas2 ni, buka peti mesti nak ambik satu dua..sudahnya letak dlm mangkuk makan sambil masak. Bila habis kita buat lagi..hehe

Sambil2 tgh potong buah pauh, sebab tak tahan kecur liur kan. potong2 buah ni isi dalam mangkuk + kicap +cili padi + belacan skit walllah mmg sedap. Habis semangkuk confirm buah tak habis potong lagi..hurmmm dappp nyer la..

 
alhamdulillah tamat sudah citer pasal jeruk ni, panjang lebar jeruk biasa jer pun kan! well tu la kalo dah start menulis siap la sume nak tulis..hurm dalam peti ada lg sikit jer lagi, bulan depan boleh buat lagi dan lagi..oke daa selamat mencuba yer ;-)

8 comments:

mala said...

alahai wiyah! nasib baik ada stok jeruk pak ali kat dlm fridge hehehe so tak jealous sangat :-)

Nor Suhada said...

Mengoda betul jeruk tue...tak pernah mkn lg versi pedas tu..nk try la nnt..

Su pernah mkn jeruk ni wat ice cream...hurmmm nikmatnya

indahhouse said...

Salam wieyah,
Kecur melihat jeruk pedas tu. :D org kelantan kalu tak silap letak gula merah pun ada.

Wiyah said...

fuyoo jeruk madu pak ali sampai ke oman tu..kadang tu ada hr tak sedap mulut, rasa na mkn benda masam manis mcm ni kan..

Wiyah said...

Pn.susu: buat aiskrim jeruk mmg best kak, teringat zaman kecik2 dulu aiskrim malaysia versi asam masin,jeruk mmg femes..tp skarang ni agak susah da kot nak jumpa org buat lagi

Wiyah said...

indahhouse: owhh patut la warnanya agak gelap yer, wiyah pernah tengok org jual dlm tabung kat tepi jalan (jalan pantai .trg-kelantan) mmg byk org jual dalam tabung besar, rasanya mungkin lagi sedap kan kalau tambah ngan gula merah,,next time bleh try tambah gula merah la plak..thanks for d info ;-)

Cikwa said...

aiyoooo..tertelan2 air liur saya bace entry nih..sabo jelahh..hahah

Mr Bukit Besi said...

Alahai sedapnye jaruk ni.meleh air liur..hihi. saya suka juga jeruk mangga mcm ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...