To All My Friend, Lovely & Silent Readers

To All My Friend, Lovely & Silent Readers

Mohon maaf kiranya wiyah a.k.a Tuan Rumah tiada kunjungan balas/backlink /follow ke blog kalian, ini kerana disebabkan oleh ketiadaan link blog tuan/puan utk wiyah follow kalian. Jutaan maaf juga jika jarang ber'blogwalking' ke blog kalian (busy tahap cipan). In sha Allah jika ada kesempatan waktu wiyah akan ke singgah ke blog kalian..Peace No War!!

Followers

Imamku Hingga ke Hembusan Nafas yang Terakhir

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
"Some Love Stories...Live Forever"

Thursday, April 18, 2013

Masak Bening Lada Hitam Labu Air

Assalamualaikum wbt

fuhhhhh fuhhh..sapu habuk! hurm..lamanya wiyah cuti ber'blog' & cuti memasak..now back to normal ;-)

ambik mood nak update..jadi lupa plak stail menulis wiyah! hurmmm refresh balik.. hari ni wiyah ber'menu' masakan kampung..dah agak lama jugak rasanya tak masak lauk ni, rindu plak kat kampung time berkumpul makan ramai2 dgn adik beradik ipar duai  anak buah..mak masakkan lauk2 simple mcm ni ..mmg sure tak cukup la nasi..haih rasa mcm nak balik sekarang jer..terasa kemeriahan gelak ketawa kami bercerita..sob sob sob ( padahal tak sampai semggu lagi balik dari kampung hihi)

baru2 ni mak wiyah ada tanam labu air & labu kuning (kami panggil labu peringgi) ni kat kebun...tanam 2 3 pokok jer tapi buah nya masyaallah banyak sungguh..tak habis nak makan. Siap boleh sedekahkan kat org yang nak buat kenduri kawe..bayangkan banyaknya buah! memang tak rugi berbudi pada tanah, buah labu air ni cpt membesar so mak wiyah perlu petik 2 hari sekali.. menjadi rezki jiran tetangga..wiyah pon angkut sebiji masa nak balik dr kuantan baru2 ni..so hari ni baru berkesempatan nak masak , lama btol ambik masa nak masak hehe


step 1: potong labu air mengikut citarasa anda
step 2: didihkan air bersama bahan tumbuk & masukkan labu air bersama daun kesom
step 3: masak seketika & perasakan sesedap rasa
step: sedia utk dihidangkan

Sayur Bening Lada Hitam Labu Air
By : wiyah

Bahan-bahan:
  • 1biji labu air- dikupas kulit & potong mengikut kegemaran
  • daun kesom 
  • 2 ekor ikan selayang-dikukus * 
  • 4ulas bawang kecil *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 2sk lada hitam * ditumbuk bersama
  • 5 cawan air (mengikut citarasa masing2)
  • 1sk budu
Cara Penyediaan:
  1. Masukkan air & bahan yang ditumbuk kedalam periuk, masak dengan api sederhana sehingga mendidih.
  2. Kemudian masukkan labu air, budu, daun kesom & gula serta garam sesedap rasa. Masak seketika & padamkan api. Siap utk dihidangkan
P/s: sedap dimakan pada waktu tengah hari, dihari hujan bersama ikan goreng panas1..ditambah lagi ada ulaman dicicah bersama budu. sure menambah2 sampai tak cukup nasi..ekeeke


ok daa..selamat menjamu selera ;-)

2 comments:

mala said...

lauk yg simple tapi sangat mengancam :-)

Wiyah said...

aah..tambah2 kalo ada ikn goreng & budu, mmg menambah2 la kan ;-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...