Assalamualaikum wbt
JJCM yang tak dirancang..disebabkan wafi tak nak tidur dan asyik merengek jer kat umah, maka berbincang2 ngan mr.daddy jom la bawak wafi keluar kot2 dia bosan agaknya (heyyy 5bulan dah pandai bosan kah?? huhu )..tak tau nak ke mana sebenarnya..bak kata org tua2 tak tau hala tuju pun!! Hurmmm keluar dari simpang rumah kalau ke kiri Wakaf Che Yeh & kalau ke kanan Nilam Puri, Ketereh..sebab dah selalu sgt ke kiri so hari ni kita ke kanan plak..boleh mcm tu?? ikut suka hati jer..
apa lagi kalau keluar..mesti lah sesi menambah kg la kerjanya kan hehe, so try cari tempat yang menghidangkan makanan ala2 ringan (konon2 nya la) ..so ternampak la satu kedai kat tepi jalan Omar Roti John Kampung Kadok (kedai bertentangan dengan masjid) ,, nampak macam meriah & ramai..so why not kita try nak tak daddy??..mr.daddy kata ok..then u-turn la semula,niat awal nak akan alas perut ringan2 jer tapi bila dah sampai situ nampak mcm sedap2 jer menunya..hurm apa lagi kita try satu2 eh.. so tak jadi lah makanan ringan2 dah jadi makanan berat jugak sebenarnya sebab makan banyak ekeke
gaya budak tak au tidur..duk layan lampu kat kedai Roti John Omar, Kampung Kadok
Antara menu yang femes kat sini sbb tengok majoriti pelanggan yang datang wajib order men ni..so kami pon nak order la jugak kahkah..aptb!
antara menu yg femes & wiyah suka walaupon 1st time try..Roti Hemlet Kaya (gabungan antara roti bersalut telur & disapukan dengan home made kaya)...walllah mmg superb la!! ada 2 versi roti kat sini iaitu baby (roti pendek) & papa ( roti panjang)..hehe walaupun baru nak try dah confident ambik yang papa sbb tgk ramai jer org makan..mesti sedap la kan ;-) ..share ngan mr.daddy sehingga menjilat jari..mmg tak cukup satu..tapi tak order pon, next time bleh datang lagi sebab dekat jer ngan umah..dalam 10minit jer kot rasanya
ini mr.daddy yang punya sama ambil versi papa jugak! ..roti john daging (gabungan antara roti bersalut telur, daging hancur & ditambah kan lagi salad sayuran beserta mayonis + sos cili yang sangat mewah)..mmmg sgt la superb..ada juga roti john ayam & sardin, next time bleh try yang lain plak! wiyah pon join makan..mula2 ambik satu ..eh mcm best la plak..makan lagi & lagi..huahaha abis konon2 nak makan ringan!! huhu, bab makan mmg tak leh nak kata apa daa..bukan tak habis tapi tak cukup tau! hehe
sebab rasa mcm nak nak lagi..so try roti canai telur plak,..syer jer sbb nak try ngan kuah nya..hurrrm mmg kena dgn selera kami..not bad lain kali bleh datang lagi la..
ok...daa, jumpa lagi ;-)
4 comments:
wow..memang mengujakan..nt i g try gak..terus bleh order papa punyer gak ni..hehehe
terima kasih kerana sudi datang ke kedai kami.. sedap bagi tahu kawan-kawan.. tak sedap bagi tahu kami.. isnyaALLAH kami akn menambah apa yg kekurangan.. terima kasih..
terima kasih kerana sudi datang ke kedai kami.. sedap bagi tahu kawan-kawan.. tak sedap bagi tahu kami.. isnyaALLAH kami akn menambah apa yg kekurangan..0139436070(omar) saya sertakan no telefon utk memudahkan sesiapa yg ingin mencuba..terima kasih..sila datang lagi...
thanks coz sudi singgah sini..owner kedai roti john!! Alhamdulillah, the taste of ur roti john is perfect,sevice tip top...order sampai within 15minutes! mmg ada kelllas la..i slalu ke situ, tp x tau sape yg tokei ekeke
Post a Comment