To All My Friend, Lovely & Silent Readers

To All My Friend, Lovely & Silent Readers

Mohon maaf kiranya wiyah a.k.a Tuan Rumah tiada kunjungan balas/backlink /follow ke blog kalian, ini kerana disebabkan oleh ketiadaan link blog tuan/puan utk wiyah follow kalian. Jutaan maaf juga jika jarang ber'blogwalking' ke blog kalian (busy tahap cipan). In sha Allah jika ada kesempatan waktu wiyah akan ke singgah ke blog kalian..Peace No War!!

Followers

Imamku Hingga ke Hembusan Nafas yang Terakhir

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers

Follow by Email

"Some Love Stories...Live Forever"

Monday, November 18, 2013

Special Entry To All TTC'ans- Tawaran Hebat!!

Asslamualaikum wbt

Di doakan pada semua kawan yang sedang menjalani TTC..terus kan usaha kalian, jgn berputus asa & semoga Allah mengurniakan nikmat ITU suatu hari nanti..In Sha Allah.
Di sini wiyah nak kongsikan diantara ikhtiar yang wiyah pernah lakukan samaada tradisional /moden..ada yang wiyah kongsikan cerita disini & ada juga yang tidak berkesempatan utk dikongsi faktor masa/internet /kesihatan/ appoinment klinik hosp dll. Alhamdulillah hari ni terdetik utk mengongsikan pengalaman wiyah..maaf walaupun setahun berlalu, harap ianya membantu kalian..

mohon scroll sampai ke bawah kerna ada BERITA BAIK menanti anda!!



*****************
Alhamdulillah syukur anakanda Aisy El-Wafiy  menginjak ke usia 1 tahun pada 21.11.13 ..cepatnya masa berlalu. So, this is special entry utk semua kawan2 TTC yang sedang berusaha/ikhtiar utk hamil. Sedikit perkongsian dari pengalaman yang tak seberapa, semoga wiyah dapat membantu rakan2 seangkatan.
**************** 
"terlebih dahulu wiyah mohon maaf kiranya entry ini ada mengguris hati rakan2/pembaca/silent reader/ atau sesiapa sahaja yang berkaitan dgn ubatan/kaedah rawatan yang akan wiyah kongsikan"

Dulu nya wiyah juga tergolong dalam kategori wanita/isteri yang tak pernah berputus asa untuk merasai nikmat alam hamil/mengandung/melahirkan zuriat sendiri. Berusaha..apa saja yang kawan2 syorkan ubat itu & ini, pasti wiyah akan dapatkannya antara cepat dan lambat. Yang pasti perlu dapatkannya!!..Alhamdulillah dikurniakan suami yang sangat sentiasa memahami /menyokong/ berkorban masa/wang ringgit/perasaan sedih pilu gembira bersama. (menulis ketika anakanda sdg lena di ulit mimipi)

# Utk makluman..sejarah kehamilan yang wiyah alami# 5x okeh...
  • 1st 2008- Ectopic pregnancy @ 7weeks (left follopian tube has been removed)
  • 2nd 2009- Miscarriage @ 10weeks - No D&C
  • 3rd 2010-Miscarriage @ 12weeks - No D&C
  • 4th2011-Miscarriage @ 7weeks -No D&C
  • 5th 2012- Aisy El Wafiey (21-11-2012)
# Diantara amalan/kaedah/ubatan yang wiyah cuba ikhtiar..wiyah tak pasti yang mana satu serasi dgn wiyah..apa pun sekadar perkongsian ikhtiar/usaha kami utk mendapatkan zuriat ..wallahuwaklam #

1. Berurut/sengkak rahim- wiyah difahamkan drp bidan menyatakan bahawa rahim wiyah sangat rendah & perlu di perbetulkan melalui cara "angkat rahim". Menurut kata bidan, rahim wiyah tak dapat menampung coz kedudukan rahim terlalu rendah. Masa mengeandung di sarankan tak buat kerja berat & makan benda yang bersifat tajam. 

Setiap kali selepas keguguran, (2bln ke atas) wiyah akan pergi berurut & setiap kali berurut tiap kali la menangis meraung disebabkan "angkat rahim" tersangat la sakit (bagi wiyah yg mungkin x tahan sakit). 
Bergantung juga pada bidan tu, bidan tu akan urut 3hari (pagi) berturut2. Last sekali, masa sesi "angkat rahim" akan bunyi ""karkkk"..part ni mmg sakit gila & lps tu rasa lega yang amat sangat. #Emak yang suggest..bidan urut mak since mak muda2 lagi!!

2. Wiyah juga ada mengamalkan minum air rebusan herba dari mekah buah "Adam & Hawa""Daun Zuriat" sekarang dah ada jual air rebusan buah Adam Hawa ni pernah ternampak ada yg promot kat fb , dulu bersusah payah nak minum air rebusan ni . Setiap hari rebus/panaskan, minum bersama2 suami sambil berdoa pada yang ESA. Lebih dari 6bulan juga rasanya wiyah amalkan minum air rebusan ni. #Emak & K.long yang belikan!!
buah " Adam & Hawa"..sebiji bulat & sebiji lagi bujur, means for men & women!

daun zurriat..minum air rebusan daun ni!

3. Selain drp tu, wiyah juga ada mengamalkan minum serbuk "Debunga Kurma" yang dicampurkan bersama "Susu Segar" yang dipanaskan. Baunya tersangat "Yerkk" tapi bila minum bersama suami, secawan sorang terasa "yippie" plak..telan dlm terpaksa. huhu. Wiyah pernah share entry mengenai serbuk debunga kurma ni # Abang yang belikan!



4. Last but not least, Ini yang wiyah nak kongsikan bersama,wiyah juga mengamalkan vitamin shaklee Vitalea & GLA tetapi pengambilan secara consisten  (masa tu wiyah beli online). Sorry to say, masa beli dulu Distributor tersebut tak menerangkan cara pengambilan supplement yang betul, just baca pd botol & pembacaan drp blog..sedikit kecewa bila dpt tau sepatutnya penjual perlu memberi consultation & follow up pembeli/pengguna/custumer beliau, skarang wiyah juga adalah distributor..Pada mulanya niat utk supplement kami sekeluarga..

TAPI..bila diperhatikan ramai kawan2 yang dah berjaya dgn set kesuburan SHAKLEE

  1. Kawan wiyah- 7 tahun menanti kehadiran anak ke-2, alhamdulillah dgn pengambilan GLA + Alfalfa secara konsisten beliau berjaya hamil & selamat melahirkan bayi ke-2 pada awal bulan yg lalu (kulit baby halus ,gebu& cerah). Kini masih didalam tempoh berpantang beliau mengamalkan Alfalfa + ESP sbg milk booster!
  2. Teman setaman semasa di kuantan, berkahwin 3tahun++ dan belum pernah mengandung. Wiyah sarankan beliau cuba mengambil GLA terlebih dahulu (faktor kewangan) secara konsisten..alhamdulillah belum pon habis sebotol beliau telah di sahkan hamil 7minggu.

so wiyah terfikir juga nak bantu kawan seikhlas hati menawarkan set kesuburan serta supplement yang lain dengan harga ahli wiyah +  free consultation & follow up !! In sha Allah semoga dipermudahkan urusan kita

boleh COD area Kota bharu! Berminattt?? Jom sihat & cantik dari luar &dalam secara semulajadi! psssst wiyah sgt sukakan Vitamin E @ juga dipanggil "Vitamin cinta" atau sex foods ekekeke

boleh add fb wiyah : Robiatul Adawiyah Binti Mohamed

boleh dipilih..ta perlu mengambil semua! pm /sms/whatsapp wiyah utk pertanyaan..

Bersambung di Part 2..banyak lagi tips yang wiyah nak kongsikan

Wednesday, November 6, 2013

Sizzling Spaghetti with Shitake

Assalamualaikum wbt

Salam Maaf Hijrah..selamat tahun baru islam 1435H & selamat melangkah ke bulan November! Welcome musim tengkujuh a.k.a November Rain!! perut sentiasa lapar..sentiasa nak mengunyah huhu

kita mulakan dengan resepi hot plate..almaklumla bila masuk musim hujan, tekak & perut mesti rasa nak makan yang panas2 jer kan..so kita try buat sizzling, 1st try alhamdulillah.

Sizzling mmg antara menu favourite wiyah & suami kalau ke foodcourt Tesco,Carefour, Giant & pasaraya yang parking free sewaktu dengannya hihi.. kalau ke food court antara yang wajib adalah hot plate & claypot!! Setakat hari ni antara sizzling yang best wiyah pernah try & teringat2 kesedapannya di Food court Jusco Klang & Giant Kuantan..Tesco Kb ok la not bad & Mesra mall kerteh sangat ok la so so tp sekali rasa cukup la kot ekeke

itu masa zaman takde wafi lagi..boleh feeling makan sambil tengok org sekeliling tp skarang fuuuhh..tak semudah tu! so the solution kena la beli hot plate & claypot..kalau teringin nak makan feeling mcm dulu2 lagi maka kena la buat sendiri & tunggu anakanda sayang tidur dulu,hurmm baru la dapat menikmati sebaiknya..

kurang serinya takde sayur sawi..guna kobis panjang pon ok la, asalkan ada rasa cukupla ekeke

Resepi asal adalah sizzling yee mee tapi ubah cket kepada spaghetti coz tak jumpa yee mee yang org melayu punya..daripada wiyah ragu-ragu nak makan..maka wiyah tukar kepada spaghetti brand Kimball, murah & berkualiti tinggi..tanpa was-was hanya Rm2.90 sepeket,

Masa duk godek2 resepi byk juga yang share resepi sizzling ni..tapi rata2 yang cakap resepi dari Lilydvalley @ Myresipi super duper sedap & ditambah lagi godaan dari blog k.nor secubit garam  masa wiyah ber'blogwalking' , alhamdulillah lama juga resepi terperam..akhirnya tergerak hati nak cuba ..hasilnya wallah mmg terbaik, suami suka & wiyah pon suka


SIZZLING YEE MEE 

Bahan-bahan:

  • 2-3 sanggul (gulung) yee mee ~ k.nor guna mee segera cintan
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
  • 1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
  • 1 sudu besar cili mesin ~ yg ni K.Nor sj tambah, biasa la anak tekak melayu :)
  • 3 biji cili kering- potong 2
  • 2 sudu besar sos tiram *
  • 3 sudu besar kicap cair *
  • 1 sudu besar kicap pekat *-wiyah guna brand JALEN
  • 1/2 in halia- hiris nipis
  • Serbuk lada hitam
  • garam- secukup rasa
  • Beberapa titik Minyak bijan
  • 1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
  • sedikit minyak utk menumis

Cara penyediaan: (masak dalam kuali/periuk biasa terlebih dahulu)

  1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
  2. Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk. Masukkan 2 cawan air.
  3. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih. masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
  4. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau. Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2.
  5. Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2 
p/s: Untuk hidangan didalam hotplate

panaskan hot plate kemudian masukkan spaghetti/ yee mee/mee disertai dengan sayur kobis/sawi/carrot. Tambahkan kuah sizzling ke dalam hotplate sehingga kuah menggelegak & pecahkan telur hingga separuh masak. Hidangkan bersama cili jeruk & sambal cili merah. Yummmy..

ok daaa..selamat mencuba ;-D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...