To All My Friend, Lovely & Silent Readers

To All My Friend, Lovely & Silent Readers

Mohon maaf kiranya wiyah a.k.a Tuan Rumah tiada kunjungan balas/backlink /follow ke blog kalian, ini kerana disebabkan oleh ketiadaan link blog tuan/puan utk wiyah follow kalian. Jutaan maaf juga jika jarang ber'blogwalking' ke blog kalian (busy tahap cipan). In sha Allah jika ada kesempatan waktu wiyah akan ke singgah ke blog kalian..Peace No War!!

Followers

Imamku Hingga ke Hembusan Nafas yang Terakhir

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers

Follow by Email

"Some Love Stories...Live Forever"

Wednesday, August 28, 2013

Laksa Johor di Kelantan yang Ohsem

Assalamualaikum wbt

Melaksa di tengah hari..memang wallah sedap yang teramat tak dapat nak gambarkan dengan kata-kata. Alhamdulillah terlaksana sudah hajat nak makan laksa johor ni..kira ada taste la yer org johor ni, laksa yang di gunakan adalah spaghetti bukan laksa beras/laksa gandum bagai...mmg ada kelllas la org johor ni, nasib baik tak guna ikan salmon buat kuah hihi

lai lai lai..laksa johor $ 4.50 sepinggan! 

Laksa Johor mmg susah nak dapat kot area pantai timur ni , selalu jugak duk ushar kedai tepi jalan kot2 ada jual kan tapi mmg confirm takder!!..yer la kan dah namanya pantai timur semestinya yang ada confirm la laksa terengganu, laksa kelantan, laksam!hermmmm tp satu kemushkilan..kenapa laksa penang ada kat mana-mana jer tak kira negeri utara barat selatan timur even kat sabah serawak pon ramai org jual laksa penang...knp yer??? jawab jawab sape yg tau! hehe

so kalau nak makan sgt ..kena la rajin ke dapur, apa lagi buat la sendiri!! huhu

kat johor pon rasanya masa duk kat batu pahat setahun lebih tak pernah jugak jumpa kedai yg jual laksa johor,, paling banyak nampak org jual nasi beriani, mee rebus, mee bandung, bihun soto , bakso pun banyak memang di merata tempat. hurrrmm mushkil jugak ni..knp org tak jual yer??


1st time wiyah makan laksa johor masa housemate/classmate/anak tuan umah buat open house..mak dia masakkan laksa johor..seriously 1st time makan terus jatuh cinta dgn rasanya yg tersgtlah ohsem..then bila musim open house ni teringatla kat laksa johor mak dia,,mmg sgt sedap!

tiba2 masa keluar..nampak majalah mingguan wanita cover Datuk Ct, apa lagi mestilah buka tengah dulu kan Hidangan Selatan Penuhi Citarasa pucuk dicita ulam  mendatang la..kebetulan jugak mr.husband beli ikan masa g site visit kat pasir puteh..alang2 terus ke Tok Bali mencari stok barang basah kami! menyelam sambil minum air kata orang hihi..

daun selasih, daun kesom, daun kemangi semuanya ada dalam pasu ,percubaan pertama me'Laksa Johor' so apa lagi cargas terus rebus ikan utk buat kuah..planning nak makan petang tp mr.husband ajak mkn lunch..what to do , rebus la spagheti time tu jugak...

mr.husband yg 1st time makan laksa johor ni siap menambah 2x okeh..wiyah tak payah citer la mmg luar kawalan haha, jom wiyah share resepi ni..rasanya mmg cukup sedap seenaknya selazatnya selemaknya..secukup rasa la

Laksa Johor
Sumber: Majalah Mingguan Wanita Ogos 2013 & Jun 2006

Bahan-Bahan:
  • Spagheti secukupnya-direbus & ditos
  • 600g Ikan parang-direbus atau dibakar (wiyah guna ikan kembung)
  • 1paket kecil rempah kari ikan-BABAS
  • 5keping asam keping
  • 2sb kerisik
  • 1 liter santan
  • 1.5liter air rebusan ikan 
  • 2batang serai-dititik
Bahan Kisar:
  • 1sb udang kering
  • 7 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2inci kunyit
  • 5incicm halia
  • 2inci lengkuas
Bahan untuk Ulam: di hiris/di mayang
  • timun, daun selasih, bawang besar, taugeh, daun kesum, sambal belacan, lobak asin & limau nipis
Cara Penyediaan:
  1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau, kemudian masukkan rempah kari. Kacau sehingga naik minyak.
  2. Masukkan ikan, udang segar yang telah dibuang tulang & dikisar. Tambahkan kerisik. Kacau sehingga terbit minyak kemudian masukkan air rebusan ikan, udang , asam keping &biarkan sehingga mendidih.
  3. Masukkan santan & kacau sentiasa utk mengelakkan santan pecah.Perasakan gula & garam sebelum di angkat.
percubaan pertama yg sangat mengujakan..sangat berpuas hati dgn rasanya, bukan nak memuji diri sendiri tapi resepi yang diberi secukupnya! In sha Allah next time bleh try buat lagi..

Tuesday, August 27, 2013

Salam penghujung syawal..20 syawal 1434H

Assalamualaikum wbt

Entry tertinggal keretapi!



First of all..wiyah nak ucapkan salam aidilfitri buat semua kawan2 tuan/puan/kakak/adik/abang walau di mana jua berada, kenal atau pun tak..maya atau pon nyata! Mohon kemaafan seandainya selama wiyah menulis di sini ada pembaca terguris hati dengan kata-kata, perkataan mahupun gambar yg wiyah kongsikan, mungkinjuga pada resepi yang wiyah kongsi di sini tidak di sertai dgn link dari blog puan/tuan/adik/kakak semua..mohon harap di ampun

Hohoho...ramadhan dah lama berlabuh, syawal pulak sudah berada di penghujungnya tbaru lah tuan tanah berpeluang nak bersihkan semak samun kat tanah ni..biasa la alasan yg biasa di dengar sibuk & malas! pengakuan ikhlas hehe

kongsikan nak abadikan kemeriahan beraya tahun ni kat sini, baru terhegeh-hegeh nak transfer gambar nak edit nak tempek..org lain dah berpuluh entry, wiyah  baru nak buat entry raya,,hikhik takpe la wiyah kasi chance kat kawan2 update dulu la..

Terlebih dahulu jutaaan kemaafan kiranya entry ini..mengguris hati kawan-kawan TTC..in sha Allah, moga redha Allah sentiasa bersama kalian, teruskan BERUSAHA & BERDOA..Amin Ya Rabbal Alamin

Pada Hari Raya 2013..08.08.13 Anakanda tersayang berusia 8bulan 2minggu, syukur Alhamdulillah..seorang yang sangat aktif dalam segala hal mengemas, membebel, mengomel, menangis..terkini anakanda sudah mula memanjat panjang kan langkah utk suruh mommy jerit kuat2 panggil nama dia..Wafiey!!!! toleh mommy & ketawa sambil air liuh meleleh & tunjuk 6 batang gigi dia...tersangat la cheeky ini budak!! 



Syukur alhamdulillah..Hari raya tahun ni sangat bermakna bagi wiyah & suami! seriously since ramadhan lagi rasa tak sabar sangat2 nak tunggu hari raya..siap cuti awal 3 hari nak balik kampung awal punya pasal hehe..tahun ni kami beraya di kuantan & hari raya ketiga diterengganu

MOTIF nya??? Tahun pertama beraya sebagai sebuah keluarga..mestila dgn kehadiran anugerah terindah anak bujang tersayang Aisy El Wafiey, kehadiran yang sangat keluarga di kedua belah pihak nantikan..apatah lagi kami 5tahun setengah sabar menanti utk mendengar tangisan pertama zuriat kami,nak peluk cium belai sepenuh hati kami,  menangis sepuas hati bersyukur ke hadrat Ilahi akhirnya DOA kami utk menjadi Ibu & Ayah di makbulkan Oleh NYA..syukur alhamdulillah


see pandai buat mimik muka..itu & ini! so fotogenik pantang nampak kamera/telefon/ipad mesti nak pegang berebut ngan mommy..

tidak dinafikan sepanjang usia perkahwinan..setiap kali hari raya sebolehnya nak mengelak dari soalan,,bila lagi nak ada baby?? hanya mampu tersenyum walaupun dalam hati tersangat la sedih..jawapan ringkas in sha Allah ada rezki ada lah nanti! Tahun ni..dah takde lagi soalan tu!! Yeayyy tepuk tangan kuat-kuat (sila join skali) hehe


Unluckily..tahun ni hanya ada gambar hari raya pertama huhu, kesahnya petang raya pertama anakanda dah mula merengek selsema demam cirit-birit chicken pox & demam campak..BERSAMBUNG next entry hehe jgn marra eh,, anakanda dah bangun tdo daaa ;-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...