To All My Friend, Lovely & Silent Readers

To All My Friend, Lovely & Silent Readers

Mohon maaf kiranya wiyah a.k.a Tuan Rumah tiada kunjungan balas/backlink /follow ke blog kalian, ini kerana disebabkan oleh ketiadaan link blog tuan/puan utk wiyah follow kalian. Jutaan maaf juga jika jarang ber'blogwalking' ke blog kalian (busy tahap cipan). In sha Allah jika ada kesempatan waktu wiyah akan ke singgah ke blog kalian..Peace No War!!

Followers

Imamku Hingga ke Hembusan Nafas yang Terakhir

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
"Some Love Stories...Live Forever"

Tuesday, July 30, 2013

Somtam Istimewa Pembuka Selera Ketika ber-Iftar

Assalamualaikum wbt

alhamdulillah sudah masuk 10 hari terakhir dibulan ramadhan..cuaca tahun ni agak mencabar sedikit coz cuaca yang panas amat berbeza dari tahun2 terdahulu..apa pon semoga sabar terus bersama kita utk menghabiskan sisa yang berbaki..semoga tahun hadapan masih diberi peluang utk melaluinya..in sha allah

hari ni just nak share menu pembuka selera kami..selalu jugak la beli since dari bln tak puasa pon, Somtam ni sangat istimewa bagi wiyah..ada rasa pedas2 cili padi +bawang putih + ada rasa masam dari limau nipis + nenas + tomato, ada rasa rangup2 dari parutan betik muda + mangga lemak + kcg panjang + kangkung + kacang tanah bersama adunan gula & udang kering yang tersendiri khas utk membuat somtam...di datangkan khas dari negara jiran Thailand

 
ini somtam special yang wiyah beli..ada campuran parutan betik muda + mangga lemak + nenas! harga yg special RM3.50 jer..mmg berbaloi coz rasanya mmg la wallah sedap tak hengggat..tengok jer pon dah meleleh air liur ;-)

kalau bulan biasa..wiyah slalu beli somtam ni pada hari jumaat di Pasar Tani Wakaf Che Yeh, kena beratur & booking dulu kalau tak kena masa hehe..dtg awal cket so xpayah beratur..datang semata2 nak beli somtam yuhoooo..parking kete RM2 somtam RM3.50 hoho  tak berbalo kalau diikutkan, tp kalau alang2 dtg biarla beli sampai 3bungkus kan.. baru la puas hati, next friday  plak baru dapat makan

sebungkus sorang makan..makan ni mmg tak ingat nasi daaa ..try perkenalkan kat mak mertua..ternyata mmg MIL pon sgt suka sampaikan pesan kat wiyah.." bila2 ma datang..kita gi beli lagi eh somtam tu"..huhu cuba dulu baru tau

bulan ramadhan ni..makcik ni menege kat bazar ramadhan stadium, wiyah tak pernah ke sana lagi so far..just kirim pada en.suami balik dari kerja singgah situ..naik motor senang nak parking & jimat masa..sekali beli mmg 3 bungkus la..tmak takleh blah haha

see ant pic yg wiyah sempat snap..menggunakan lesung kayu sebesar alam, dua2 tangan bergerak ..kita boleh?? tak menang tangan melayan pembeli..mmg ramai sangat2 peminat somtam makcik ni..

antara ramuan istimewa..udang kering oren, limau nipis, mangga lemak & ect

p/s:barang dah beli, blik raya nanti nak try buat kat umah mak..tunjuk skill even tak pernah buat..rasanya boleh kot coz slalu dukusha makcik ni buat..hehe

Sunday, July 28, 2013

Carbonara Macaroni Cheese Iftar ke-10

Assalamualaikum wbt

Menu ulang tayang di iftar yg ke-18..semalam dah moreh ngan chicken chop hari nak iftar ngan macaroni cheese plak..huhu meroyan nak makan western jer tekak ni..apahal pon tak tau la! layan kan jer la tekak ni..,stock macaroni, spaghetti, beef mince, tomato puree, cheese bagai sentiasa ada dalam simpanan..barang wajib beli tiap kali shoping groceries! nak wat camano org kampung tekak western..ni namanya org kampung tak sedar diri...kahkahkah

ada anak pokok bercambah..kisahnya sbb ada lebihan daun sup yang tumbuh..ngehngeh

seminggu sekali mesti ada menu ala2 western dr dapur wiyah..menu ala2 hentam sajalah ikut suka apa yang ada kat dapur..sudah cukup bersyukur hehe, nasib baik mr hubby jenis yang tak kisah..apa taknya mr.hubby pon dah jemu makan nasi..hampir setiap hari menu iftar kami adalah nasi! sahur pun kadang tu nasi juga..coz ada lebihan nasi lagi,, membazir kalo tak makan!..susahnya la kalo org yg penyayang yg amat ni kan..haha sabo jer la..korang ada yg mcm wiyah tak??

so cheeeeezy! kata jer tak nak makanan berat ..padahal kandungan kolestrol nya lebih kurang sama jer walaupun bukan nasi, bertambah-tambah la lemak sedia ada haha

Carbonara Macaroni Cheese

Bahan-bahan: Hidangan utk 2-5 org makan
  • 1 biji bawang besar & 2 ulas bawang putih (dipotong dadu)
  • 2 cawan macaroni (direbus bersama 1sb minyak)
  • 1 tin prego mushroom carbonara 
  • 10biji cendawan butang dlm tin- dipotong 4
  • 5batang crab stick & sosej (option)
  • 3keping slice cheese
Cara Penyediaan:
  1. Panaskan 2sb minyak zaitun& tumiskan bawang besar, bwg putih sehingga sedikit layu & naik bau.
  2. Masukkan crab stick,sosej, prego sos & cendawan butang. Masak dengan api yang sederhana.kacau mesra dan masukkan makaroni yang telah siap rebus tadi. 
  3. Akhir skali masukkan slice cheese, tutup api & siap untuk dihidangkan. Sesuai dimakan masa masih panas.
anyone carbonara macaroni cheese utk iftar hari ni?? haha

daaaa...Selamat berbuka puasa & menjamu selera ^-^

Saturday, July 20, 2013

Mangkuk Sarapan/ Minum Petang/Sahur Yang Ohsem

Assalamualaikum wbt

Seminggu berpuasa dah tak tau nak makan apa daa utk sahu..beli roti utk bersahur baru 2-3 keping yang luak & tarikh luput sudah sampai ke penghujungnya..nak buang rasa membazir, duk termenung kejap nak buat apa dgn roti yer tak nak bagi membazir..

hurm tiba2 tingggg! terus teringat kat resepi yang wiyah copy dr Buku Resepi..khas utk roti2 sahaja, baca punya baca resepi nak match dgn apa yang ada dalam peti ais..akhirnya resepi ni yang menjadi pilihan hati, alhamdulillah laku juga walaupun 1st time buat & 1st time makan..syukur at least roti tu tak terbuang mcm tu saja, , hehe panjang lebar cite nya..padahal pasal roti yang dah nak capai tarikh luput jer pon kihkih

rasanya cukup utk kami bertahan seharian keesokan hari, mudah-mudahan in sha allah..ada roti + sosej ayam + carrot tomato + sos & mayonis

rupanya tak la secantik tart telor/tart buah/cheese tart bagai..tapi rasanya alhamdulillah boleh diterima daripada takde baik ade..welll nak ckp per lagi dah ni jer yg ada, hehe jgn marah errr! 

serious bagi wiyah & husband ianya not bad..bergantung pada inti yang kita buat, roti tu tak bersalah langsung kalau rasanya tak sedap ek ;-D

Sumber Dari Fb : Buku Resepi
Kiriman Dari : Puan Saadah Yusof (Inspirasi daripada blog Martha Stewart)


BAHAN-BAHAN:
  • Beberapa keping roti sandwich putih
  1. Gelek roti bagi sedikit nipis & Terap pada acuan bulat menggunakan cawan/mangkuk ke atas roti. Susun kedalam dulang muffin yang disapu dengan sedikit marjerin.
  2. Kemudian, bakar roti berkenaan selama 5 minit pada suhu 180 darjah. Keluarkan.
Bahan untuk Inti:
  • Semangkuk kecil isi ayam  sosej ayam- dipotong dadu
  • 3ulas bawang merah , 2ulas bawang putih- dicincang 
  • Semangkuk kecil sardin
  • 1/biji tomato- cincang dadu
  • 1/4 biji carrot-cincang dadu
  • 2sb sos cili, 1sb sos tomato & 1sb sos lada hitam
  • Sedikit kucai untuk taburan
  • Beberapa biji telur 
  • Taburan lada hitam  pizza topping (mozarela & cheddar cheese)

CARA MENYEDIAKANNYA:
  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang merah di ikuti bawang puteh sehingga kekuningan. Masukkan sosej ayam, masak seketika sehingga sosej agak garing.
  2. Masukkan carrot, tomato dan sos cili, sos tomato serta sos lada hitam.Masak seketika, tak perlu di tambah gula & garam.
  3. Isikan inti  sosej ayam tadi ke dalam mangkuk roti. Letakkan topping cheese. Bakar lagi selama 15-20 minit bergantung kepada oven anda.
ini lebihan roti bahagian tepi..wiyah susun2 dapat jadi mangkuk juga, alhamdulillah tiada pembaziran walaupun rupanya comot cket tp rasanya tetap sama dgn yang cantik rupanya..wallahuwaklam, satu pengajaran yang miskin tak semestinya hodoh & sebaliknya ..P&P utk hari ini ;-)

Thursday, July 18, 2013

Nasi Mandy & Ayam Percik Kelantan

Assalamualaikum wbt

Syukur alhamdulillah, dah seminggu kita berpuasa..syukur dipermudahkan segala urusan menguruskan anakanda wafiey & menyediakan juadah iftar kami +  puree utk anak bujang kesayangan.

Sempena bulan ramadhan mr.hubby balik 1 jam lebih awal dari bulan yang lain..means tiada waktu rehat! So wiyah akan siapkan bahan waktu wafi tidur tgh hari & mula memasak setelah mr.hubby balik dari kerja..sambil wiyah masak mr.daddy akan suapkan anakanda makan..apa yg penting kerjasama, in sha Allah harmoni rumahtangga amin..amin..amin

Menu iftar kami yang ke-6..hanya nasi dengan satu lauk..tiada pembaziran! kueh kadang buat & kadang2 beli..tapi elakkan beli kueh yang menggunakan santan coz takut sakit perut

rasanya dah lama beli rempah segera nasi mandy Al-Baiti ni ngan adik wiyah..tapi baru tergerak hati nak buat..harganya berbaloi Rm15/kotak tu..isi dalam ada rempah tumis + rempah sebuk + beras basmathi di tambah lagi cara/kaedah memasak nasi mandy kat belakang kotak (tapi jenis rajin sgt lps buka kotak terus buang..sayang resepi tu)..hurm bila nak update menu br menyesal tak sudah huhu

kalau ikutkan kaedah resepi ni..dicadangkan utk perap ayam bersama rempah mandy & dibakar dlm oven tp tu la kan..tak ikut arahan, org ajar lain buat lain..haha last2 jadi la nasi mandy + ayam percik kelantan + acar/salsa tak buat ;-) ..nak namakan nasi mandy apa pon tak tau..nasi mandy kelantan la kot ek?? hihi

ada dua versi ayam & kambing


Nasi Arab @ Nasi Mandy
Sumber: belakang kotak (tapi kotaknya dah buang) @ Coretan Dari Dapur- Noor Masni

nasi mandy dihidangkan bersama daun pegaga..very d melayu la, nasib baik tak letak sambal belacan ;-D

Bahan-bahan: (2-3 org makan)
  • 1 1/2 cawan beras basmathi (cuci & rendam 20min)
  • 3 cawan air 
  • 1 kiub ayam - hancurkan
  • 2 biji cili hijau
  • 2 helai daun pandan -disimpul 
  • sedikit daun ketumbar 
  • sedikit daun pudina
  • 1 helai daun bay
  • 1biji tomato - potong dadu
Bahan utk menumis:
  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • Rempah Kasar- bunga cengkih,biji buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis
  • 1/2 biji bawang besar dimayang
  • 2sb rempah Nasi Mandhi Ayam Al-Baiti
Cara membuat:
  1. Panaskan minyak zaitun (kalau boleh gunakan periuk nasi rice cooker). Masukkan bahan tumis (rempah kasar) dan bawang sehingga naik bau/kekuningan. Masukkan daun bay.
  2. Masukkan beras, daun pandan,kiub ayam & tomato dadu kacau sehingga beras kelihatan berkilat warnanya. Masukkan air & pindah kan ke rice cooker.
  3. Apabila nasi hampir masak gaul nasi menggunakan garfu/chopstik (utk elakkan nasi daripada patah) masukkan cili hijau bersama daun ketumbar & daun pudina di tengah nasi. Biarkan nasi sehingga masak.
  4. Titikkan beberapa tompok pewarna kuning dan biarkan seketika. Ketika menghidang baru lah di gemburkan nasi utk warna yang cantik. 
Ayam Percik Kelantan 

  • 1/4 ekor ayam -diperam garam kunyit & panggang sehingga masak
Kuah Percik
  • 1/2 biji santan kelapa
  • 2ulas bwg merah , sedikit halia, 2batang serai (dikisar bersama)

Renehkan santan bersama bahan kisar sehingga pekat (mengikut kepekatan masing2), tambahkan gula & garam sesedap rasa. Setelah siap boleh disiram ke atas ayam yang telah di panggang.

p/s : ini adalah nasi mandy versi tekak org melayu sejati hihi..nak makan makanan org arab tapi tak ikut resepi, so pada anda diluar sana JGN TIRU CARA INI! Ini menderhaka namanya..hehe


Monday, July 15, 2013

Nasi Lemak Seri Pandan & Sambal Ikan Tongkol

Assalamualaikum wbt

salam ramadhan el-mubarak..maaf la ketinggalan ketapi ! tiket abis..hikhik, rasanya masih tak terlambat nak ucap, dah nak masuk seminggu pose baru nampak bayang kat sini..busy bebenor mommy wafi ni, actually line tenet tersgt la lembab dari celcom tukar ke maxis pon sama jugak..huhu sabar jer la, nasib baik bln pose kan kalo tak  @#$^&*..hihi

ok la bln pose ni..tak leh ckp byk2 nanti kering tekak..tulis merepek bagai kang tambah kena soal siasat plak erkkk? hihi..aptb, k hari ni wiyah just nak share resepi nasi lemak yg ntah ke brapa kalinya..buka pose mkn nasi lemak, menambahkan lemak sedia ada ...

Nasi Lemak Pandan & Sambal Ikan Tongkol

siap bungkus daun pisang tepi bendang, siapkan 15min awal sebelum waktu berbuka,sorang 2 bungkus (sebungkus pon xdaya nak habiskan)..2 kali makan, boleh gitu??? berkira kan..hihi

Nasi Lemak Seri Pandan 
By : Mommy Wafi

Bahan2 untuk nasi:

  • 2cawan beras basmathi (direndam 1/2 jam)
  • 3cawan santan cair
  • 2 helai daun pandan  (dikisar bersama santan & ditapis sebelum digunakan)
  • 1/4 sudu teh halba
  • 1 inci halia -diketuk @ dihiris
  • 1 ulas bawang merah - dihiris
  • secubit garam

Cara Penyediaan:

Masukkan semua bahan kedalam 'rice cooker' seperti biasa.

Bahan2 untuk sambal:
  • 1 ekor ikan tongkol/ayam (direbus bersama asam keping & sedikit gula melaka)
  • 2 biji bawang besar *
  • 10 biji cili kering *
  • 1 inci halia * - dikisar bersama
  • 1/4 ketul menisan/gula melaka
  • bawang besar- dihiris

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang telah di kisar sehingga wangi & naik minyak.
  2. Masukkan ikan tongkol bersama air rebusannya, bawang besar yang dihiris serta manisan , garam SESEDAP RASA.
  3. Masak dengan api sederhana mengikut kepekatan kuah yang dikehendaki. Siap utk dihidangkan.

Cara Hidangan:

Bahan tambahan: Telur rebus, timun batang, ikan bilis goreng & kacang tanah goreng.
Dibungkus menggunakan daun pisang & kertas pembungkus nasi   dolly paper ketika nasi masih panas bagi membangkitkan aroma bau daun pisang.

Selamat Menjalani Ibadah Puasa & Selamat Berbuka Puasa..

Thursday, July 4, 2013

Masak Lemak Putih Petola Manis

Assalamualaikum wbt

Haish tenggelam timbul blog ni..bukan takat berabuk terus bersawang! kena rajin lap2 nak raya da kan... haih susahnya la nak update, slalunya tertangguh tak sempat nak habis satu entry dah bangun budak keci ni..aptb!

sesi warming up utk ramadhan nanti..kena rajin buka blog utk dapatkan resepi yg latest n glemer..in sha allah kalo diberi kesempatan wiyah share resepi yang tak seberapa dari dapur kecil wiyah..perkongsian yang bermanfaat dgn niat yang ikhlas in sha allah akan dikurniakan pahala seadanya..;-D


resepi yang cukup ringkas & mudah disediakan. Wiyah lebih suka sediakan bahan lebih awal, bila nak makan baru wiyah masak lauk ni..campak2 5min dah pun siap! syok makan panas ngan ikan goreng + sambal belacan..mmg masak nasi lebih la kalau wat lauk ni..slalunya hr jumaat or sabtu jer wiyah masak ni coz husband ada kat rumah..baru la best ada geng nak makan hihi, hari lain wiyah jarang masak just tapau breakfast or oreng mee/nugget saja..tp badan maintain gak naik mcm kena pam huhu

ok sebelum tu..wiyah just nak share pic dr mr.google rupa petola ni,sayur petola adalah dari keluarga pokok menjalar serta bersifat sejuk! so be ware pd yg tak boleh makan sayur yg sejuk2 ni yer.. kadang tu mungkin jugak ada yg panggil dgn nama lain..wiyah panggil petola tp kat kampung org panggil  sayur'Tenne' (tak tau betol ke tak ejaan & pronouns nya)..hoho apapun sayur yg sama tp nama lain2 ;-D

ehsan dari: mr.google

Masak Lemak Putih Petola Manis
By : wiyah & family

its for our lunch! seriously..sgt2 sedap tp awas coz 'santan' ;-)

Bahan-bahan:
  • 2biji petola manis- dibuang kulit kerasnya serta dikikiskan sedikit kulit luarnya & di potong menyerong
  • 1cawan santan pekat + 1/2 cawan santan cair
  • 2 ekor ikan selayang/kembung - direbus & ambil isi nya sahaja *
  • 3biji bawang merah*
  • 2ulas bawang putih *
  • 1/2 sk lada hitam * Tumbuk/kisar lumat bersama
  • 1biji bawang besar- potong memanjang
  • 1 biji cili merah - potong memanjang
Cara penyediaan:
  1. Masukkan santan ke dalam periuk, kemudian masukkan bahan yang di tumbuk. Didihkan seketika menggunakan api sederhana. 
  2. Kemudian masukkan sayur petola + bawang besar + cili merah, tunggu sayur sehingga agak layu & masak (tidak menggelegak) untuk mengelakkan santan daripada pecah. 
  3. Tambahkan garam gula sesedap rasa. Angkat & sedia utk di hidangkan.

note: sodap dimakan di waktu lunch..ada nasi panas + ikan goreng/ikan masin garing + sambal belacan! walllllah mmg menambah2 la ..itu kami la mmg makan banyak hikhik 




Monday, July 1, 2013

Wafi's 1st Solid Food

Assalamualaikum wbt

salam di penghujung bulan sha'ban..in sha allah dalam masa kurang dari 10 hari lagi kita akan menyambut bulan ramadhan almubarak! rasa tak sabar nak menantikan bulan ramadhan setiap tahun..apatah lagi tahun ni, ramadhan bersama org baru..anugerah cinta terindah!

- dah lama tak menulis rasa kekok la plak..hihi-

Alhamdulillah wafi masuk 7bulan 1mggu..wiyah dah mula perkenalkan wafi dengan solid food, berazam utk sediakan makanan pertama buat anakanda dgn air tangan wiyah sendiri..alhamdulillah sudah perkenalkan dgn beberapa jeni puri sayuran & ubi, wafi jugak nampaknya boleh terima & berselera tiap kali wiyah suapkan ke mulutnya..sekali sehari, wiyah bagi waktu petang..masa santai bermain dgn wafi & daddy

semoga terus diberi kekuatan utk menyediakan makanan tambahan yang berzat utk permata hati anugerah Allah yang tidak ternilai..in sha Allah

wafi wif his 1st carrot puree..muka baru bangun tidur ;-D

Enjoy his 1st sweet potatoes puree..sambil mummy layan teduhan kasih hihi

Jom wiyah share resepi puri buah/sayur/ ubi ni..sgt mudah disediakan, tak perlu menumis tambah garam gula bagai, just rebus/kukur jer! kalau nak di ikutkan resepi asal hanya menggunakan buah/sayur/ubi sahaja..tapi bagi wiyah lebih baik wiyah perkenalkan terus nasi + sayur + buah + protein pada wafi, at least wafi dapat pendedahan zat & khasia sayuran buahan lebih awal secara tak langsung memperkenalkan pemakanan yg seimbang pada nya..in sha allah, semoga apa yg wiyah lakukan ini adalah yg terbaik utk wafi


Baby Carrot/ Sweet Potato Puree (6-9months)

Ingredients
  • 350g carrots/sweet potato- peeled and chopped
  • 1/4 cawan beras (org Malaysia perlu perkenalkan dgn nasi) 

Method
  1. Put the carrots/sweet potato & rice into a steamer set over boiling water and cook for 30 to 40 minutes until tender. Alternatively put the carrots in a saucepan and pour over just enough boiling water to cover. Cover with a lid and simmer for 15 to 20 minutes until soft.
  2. Drain the carrots and place in a blender, adding some of the water from the bottom of the steamer or some of the cooking liquid, then puree until very smooth.
  3. The amount of liquid you add really depends on your baby, you may need to add a little more if he finds the puree difficult to swallow.
  4. Spoon some of the puree into your baby’s bowl and serve lukewarm. You can freeze the remainder in an ice cube tray or small plastic containers.


 
Left : Carrot puree & Right : Sweet Potato puree (stock for 3 days)

in sha allah dis week nak try buat puree sayuran bayam /brokoli..harap wafi boleh berselera macxam di makan puri carrot ni..apapon hati sgt happy pabila anak makan dari air tangan mummy nya sendiri! syukur alhamdulillah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...