To All My Friend, Lovely & Silent Readers

To All My Friend, Lovely & Silent Readers

Mohon maaf kiranya wiyah a.k.a Tuan Rumah tiada kunjungan balas/backlink /follow ke blog kalian, ini kerana disebabkan oleh ketiadaan link blog tuan/puan utk wiyah follow kalian. Jutaan maaf juga jika jarang ber'blogwalking' ke blog kalian (busy tahap cipan). In sha Allah jika ada kesempatan waktu wiyah akan ke singgah ke blog kalian..Peace No War!!

Followers

Imamku Hingga ke Hembusan Nafas yang Terakhir

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers

Follow by Email

"Some Love Stories...Live Forever"

Friday, April 26, 2013

JJCM at Omar Roti John Kampung Kadok, Ketereh

Assalamualaikum wbt

JJCM yang tak dirancang..disebabkan wafi tak nak tidur dan asyik merengek jer kat umah, maka berbincang2 ngan mr.daddy jom la bawak wafi keluar kot2 dia bosan agaknya (heyyy 5bulan dah pandai bosan kah?? huhu )..tak tau nak ke mana sebenarnya..bak kata org tua2 tak tau hala tuju pun!! Hurmmm keluar dari simpang rumah kalau ke kiri Wakaf Che Yeh & kalau ke kanan Nilam Puri, Ketereh..sebab dah selalu sgt ke kiri so hari ni kita ke kanan plak..boleh mcm tu?? ikut suka hati jer..

apa lagi kalau keluar..mesti lah sesi menambah kg la kerjanya kan hehe, so try cari tempat yang menghidangkan makanan ala2 ringan (konon2 nya la) ..so ternampak la satu kedai kat tepi jalan Omar Roti John Kampung Kadok (kedai bertentangan dengan masjid) ,, nampak macam meriah & ramai..so why not kita try nak tak daddy??..mr.daddy kata ok..then u-turn la semula,niat awal nak akan alas perut ringan2 jer tapi bila dah sampai situ nampak mcm sedap2 jer menunya..hurm apa lagi kita try satu2 eh.. so tak jadi lah makanan ringan2 dah jadi makanan berat jugak sebenarnya sebab makan banyak ekeke

gaya budak tak au tidur..duk layan lampu kat kedai Roti John Omar, Kampung Kadok 

Antara menu yang femes kat sini sbb tengok majoriti pelanggan yang datang wajib order men ni..so kami pon nak order la jugak kahkah..aptb!

antara menu yg femes & wiyah suka walaupon 1st time try..Roti Hemlet Kaya (gabungan antara roti bersalut telur & disapukan dengan home made kaya)...walllah mmg superb la!!  ada 2 versi roti kat sini iaitu baby (roti pendek) & papa ( roti panjang)..hehe walaupun baru nak try dah confident ambik yang papa sbb tgk ramai jer org makan..mesti sedap la kan ;-) ..share ngan mr.daddy sehingga menjilat jari..mmg tak cukup satu..tapi tak order pon, next time bleh datang lagi sebab dekat jer ngan umah..dalam 10minit jer kot rasanya

ini mr.daddy yang punya sama ambil versi papa jugak! ..roti john daging (gabungan antara roti bersalut telur, daging hancur & ditambah kan lagi salad sayuran beserta mayonis + sos cili yang sangat mewah)..mmmg sgt la superb..ada juga roti john ayam & sardin, next time bleh try yang lain plak! wiyah pon join makan..mula2 ambik satu ..eh mcm best la plak..makan lagi & lagi..huahaha abis konon2 nak makan ringan!! huhu, bab makan mmg tak leh nak kata apa daa..bukan tak habis tapi tak cukup tau! hehe

sebab rasa mcm nak nak lagi..so try roti canai telur plak,..syer jer sbb nak try ngan kuah nya..hurrrm  mmg kena dgn selera kami..not bad lain kali bleh datang lagi la..

ok...daa, jumpa lagi ;-)

Thursday, April 18, 2013

Masak Bening Lada Hitam Labu Air

Assalamualaikum wbt

fuhhhhh fuhhh..sapu habuk! hurm..lamanya wiyah cuti ber'blog' & cuti memasak..now back to normal ;-)

ambik mood nak update..jadi lupa plak stail menulis wiyah! hurmmm refresh balik.. hari ni wiyah ber'menu' masakan kampung..dah agak lama jugak rasanya tak masak lauk ni, rindu plak kat kampung time berkumpul makan ramai2 dgn adik beradik ipar duai  anak buah..mak masakkan lauk2 simple mcm ni ..mmg sure tak cukup la nasi..haih rasa mcm nak balik sekarang jer..terasa kemeriahan gelak ketawa kami bercerita..sob sob sob ( padahal tak sampai semggu lagi balik dari kampung hihi)

baru2 ni mak wiyah ada tanam labu air & labu kuning (kami panggil labu peringgi) ni kat kebun...tanam 2 3 pokok jer tapi buah nya masyaallah banyak sungguh..tak habis nak makan. Siap boleh sedekahkan kat org yang nak buat kenduri kawe..bayangkan banyaknya buah! memang tak rugi berbudi pada tanah, buah labu air ni cpt membesar so mak wiyah perlu petik 2 hari sekali.. menjadi rezki jiran tetangga..wiyah pon angkut sebiji masa nak balik dr kuantan baru2 ni..so hari ni baru berkesempatan nak masak , lama btol ambik masa nak masak hehe


step 1: potong labu air mengikut citarasa anda
step 2: didihkan air bersama bahan tumbuk & masukkan labu air bersama daun kesom
step 3: masak seketika & perasakan sesedap rasa
step: sedia utk dihidangkan

Sayur Bening Lada Hitam Labu Air
By : wiyah

Bahan-bahan:
  • 1biji labu air- dikupas kulit & potong mengikut kegemaran
  • daun kesom 
  • 2 ekor ikan selayang-dikukus * 
  • 4ulas bawang kecil *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 2sk lada hitam * ditumbuk bersama
  • 5 cawan air (mengikut citarasa masing2)
  • 1sk budu
Cara Penyediaan:
  1. Masukkan air & bahan yang ditumbuk kedalam periuk, masak dengan api sederhana sehingga mendidih.
  2. Kemudian masukkan labu air, budu, daun kesom & gula serta garam sesedap rasa. Masak seketika & padamkan api. Siap utk dihidangkan
P/s: sedap dimakan pada waktu tengah hari, dihari hujan bersama ikan goreng panas1..ditambah lagi ada ulaman dicicah bersama budu. sure menambah2 sampai tak cukup nasi..ekeeke


ok daa..selamat menjamu selera ;-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...