To All My Friend, Lovely & Silent Readers

To All My Friend, Lovely & Silent Readers

Mohon maaf kiranya wiyah a.k.a Tuan Rumah tiada kunjungan balas/backlink /follow ke blog kalian, ini kerana disebabkan oleh ketiadaan link blog tuan/puan utk wiyah follow kalian. Jutaan maaf juga jika jarang ber'blogwalking' ke blog kalian (busy tahap cipan). In sha Allah jika ada kesempatan waktu wiyah akan ke singgah ke blog kalian..Peace No War!!

Followers

Imamku Hingga ke Hembusan Nafas yang Terakhir

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
"Some Love Stories...Live Forever"

Monday, March 25, 2013

Grandmother Hinckley's Blueberry Muffin

Assalamualaikum wbt


malam2 sebelum tdo wiyah suka blogwalking dulu sampai la btol2 mata ni ngantuk..paling wiyah suka singgah kat blog k.azie or Azie Kitchen..resepinya sgt best2, slalu C&P dlm koleksi jer..alhamdulillah akhirnya try gak resepi2 k.azie...antara resepi yg wiyah pernah try perfect vanilla muffin, carrot cc,beriani pakistan,nasi kerabu tp tak sempat nak tayang coz bila bunyi ting jer...dah ada org g yang rajin jenguk oven hihi

wiyah suka baca celoteh k.azie..baca blog nya membayang kan seolah-olah wiyah baca artikel kat magazine ..& novel kalau part cerita flash back k.azie..gambaran ceritanya jelas wiyah dpt gambaran..jauh kan wiyah duk bayang dr tapak asal umah k.azie yg kini dah jadi tapak universiti sekarang ni


normally resepi yang k.azie share khas utk 2-4 org makan jer..dlm 9 biji muffin (wiyah mkn dua org jer)..hehe, sgt memudahkan wiyah utk try mem'baking' sbg hidangan petang..thank yer kak.azie


 dah lama teringin nak buat muffin yang guna fresh blueberry ni sebenarnya..baru semalam hajat kesampaian..alkebetulan ada beli bluberry masa shoping groceries last week, hurmm so b4 blueberry tu habis wiyah ngap tiap kali buka peti ais..lebih baik wiyah penuhi hajat yang dah lama terpendam tu

Oleh: Azie Kitchen 


Bahan bahan: Menghasilkan 9 biji muffin

  • 3 sb butter
  • 2/3 cawan gula kaster
  • 1 biji telur, pukul
  • 1/2 cawan susu
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sk baking powder
  • 1/2 sk garam
  • 1 - 1 1/2 cawan fresh blueberries
  • 1 sk vanilla extracts (saya tambah)

Cara2 Penyediaan:

  1. Putar mentega bersama gula sebelum dimasukkan telur. Kemudian masukkan susu.
  2. Masukkan pula tepung gandum yang diayak bersama baking powder dan akhir sekali masukkan garam. 
  3. Kemudian masukkan fresh blueberries yang telah dilap kering dengan kertas tisu. Masukkan adunan ke dalam acuan muffin yang telah di spray dengan canola oil atau masukkan ke dalam cawan kertas.   
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 20-25 minit atau sehingga masak. Keluarkan dari oven.

nak sikit??? meh umah wiyah..nanti wiyah buatkan hehe




Wednesday, March 20, 2013

Siakap Kukus Asam Boi

Assalamualaikum wbt..

hai kawan2...apa khabar semua..sihat? sekarang ni musim demam, ramai yg demam disebabkan keadaan cuaca yang tak menentu..apa pun wiyah doakan semoga semuanya dlm keadaan yg sihat dibawah lindungan Allah swt..in sha allah

alhamdulillah masih diberi kesihatan yang baik utk menguruskan aktiviti harian yang tak pernah habis...erk?? mcm merungut jer, hehe..a bit la! penat jugak rupanya yer jd full time housewife ni..kena btol2 kuat utk jadi wife & super dupper mommy!.panjang plak tazkirah hr ni yer ;-)..

ok la mlm ni nak update resepi kami tadi..Siakap Stim Asam Boi syukur alhamdullillah bluuuurrrp kenyang yg amat..1 lauk jer pon masak mlm ni, RM 6.89 sekor beli kat TESCO..puas hati berbaloi2 !


sejak duk umah ni..1st time masak ikan siakap, hari2 lain byknya ayam & sayur2 jer...cemuih dah rasanya since dr berpantang lauk yg lebih kurang jer selalu kan, skali skala tukar angin la plak

  • 1 ekor ikan siakap
  • 3 cawan air & 2 sb sos ikan nampla
  • 5 batang serai (dititik)
  • 2 inci halia (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih & 1 ulas bawang merah (dihiris)
  • 5 biji cili padi (dibelah 2)
  • 1 biji tomato (dipotong 8)- tak letak
  • sedikit carrot (disagat memanjang)
  • 1/2 paket asam masin putih 
  • 5 biji limau kasturi (di ambil jus nya)
  • daun sup/ batang supkukus
Cara Penyediaan:
(since ikan ni lebih besar dari periuk kukus wiyah yang comel tu..so wiyah guna kaedah ala2 kukus a.k.a rebus dalam kuali)
  1. Masukkan air ke dalam kuali  & biarkan hingga mendidih (ikut bajet sendiri nak kuah banyak mana)
  2. Masukkan bahan-bahan lain ke dalam kuali kecuali (ikan, carrot & daun sup). Tutup kuali & biarkan kuah mendidih menggunakan api yang sederhana.Masukkan garam & lain2 SESEDAP RASA. Rasakan masam, masin & manisnya. 
  3. Masukkan ikan & tutup kuali sekali lagi . Biar ikan sehingga betul-betul masak. Tambahkan carrot & daun sup. Tutup api.
  4. Siap untuk dihidangkan.
p/s: kuahnya terasa masam2, manis & masam seperti asam masin. Mmg sesuai bagi yang kurang selera makan. Dimakan bersama dengan nasi panas masa hari hujan..memang selayaknya menambah2 hehehe

Selamat mencuba ^_^

Thursday, March 7, 2013

Moist Carrot Cake Untuk Mertua

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah..bumi kota bharu dibasahi hujan 2 hari berturut...cuaca mendung & lembab! jadi lemau jer..asyik lapar & mengantuk huhu..dlm kepala asyik terfikir nak makan jer, habis la..walaupun tak ambik nasi..tp still ambik makanan yg tinggi kandungan kolestrol, lemak, gula, minyak...adusss tadi pagi before mr.hubby pergi kerja dia sempat berseloroh..muka baby jd bulat la..nampak besar..huh apakah maksudnya tu???

lps ni kena diet bersungguh2 la..bia dah ada yg tegur tu, so kena alert la kan..kata nak diet tapi ber'entry' makanan jugak..haha, sebenarnya ni sempena mak mertua dtg umah..petang2 tu mcm takde apa jer nak makan sementara tunggu wafiey tidur & mr.hubby blik kerja..means br bleh keluar berpoya2, br best complete family kan ;-)

Moist Carrot Cake utk Mertua...wallah baunya harum semerbak masa tgh bakar tu! habis sebiji MIL makan, esok tu tanya lagi..ada lagi tak kek carrot semalam..huhu kesian la plak, so wiyah buat kan lagi..alhamdulillah mak mertua suka! hihi

satu adunan dpt 2biji saiz sedang..satu nak simpan makan esok plak! erk??

terdetik hati nak wat carrot cake since malam sebelum tu ada beli carrot yang sgt gemuk2 & fresh..duk terfikir nak buat apa, carrot juice??? we all tak minum ice buat masa sekarang la sbb hujan..hihi , pastu br terfikir buat kek la..hr tu pernah buat tp kureng menjadi! dlm hati harap2 menjadi..jgn buat malu muka depan mertua kan..;-)

seeeeee..gemuk & fresh kan carrot ni! 


BAHAN-BAHANNYA

  • 1 cawan tepung gandum*
  • 1 camca teh baking powder*
  • 1/2 camca teh soda bicarbonate*
  • 1/2 camca teh garam halus*
  • 1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis (*disatukan dan diayak)
  • 2 biji telur gred "A"
  • 3/4 cawan minyak jagung
  • 3/4 cawan gula halus (resipi asal guna 1 cawan)-wiyah gantikan dgn 1/2 cawan gula perang
  • 1 1/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar- wiyah tak letak
  • 1/2 cawan kelapa kering
  • 1/2 cawan kacang walnut, cincang-wiyah guna biji kuaci, biji labu putih & badam

Cream Cheese Topping- wiyah tak buat, just gantikan dgn kuaci labu sbg topping...almaklumla MIL yang nak makan,,tak makan cheese2 sume ni ;-)

Enjoy...hepi coz mak mertua mintak resepi & minta buatkan lagi bila balik dungun nanti! ...wiyah?? malu2..hehe


Sunday, March 3, 2013

Moist Choc Cake lagi dan lagi

Assalamualaikum wbt

kek pertama tahun 2013..sesi panaskan periuk kukus! dah lama niat nak mem'baking' tu datang tapi tak berkesempatan..dari segi masa & bahan2 yg tak memenuhi syarat..huhu almaklumlah sepanjang pregnant boleh kira brapa kali wiyah buat kueh/kek.. dah lps 3bulan bersalin baru la nak lap2 sawang & bukak kotak masa berpindah baru2 ni..esok lusa plan nak panaskan oven plak, since bahan2 basic dah dibeli so boleh la tunjuk bakat kat mertua yg nk dtg next week..try dulu wat kek coklat coz dah lama tak menge'kek' ni takut jadi bantat plak ;-)

buat kek sbg menu minum petang kami suami isteri..alhamdulillah syukur atas rezeki yang diberi

alhamdulillah..menjadi walaupun tak sehebat chef! takut gak jadi bantat..hehe, yang ni wiyah punya..choc cake with blueberry yogurt topping..3 4 kali keluar masuk peti ais baru habis ;-)...wiyah suka makan ngan yogurt coz rasa macam perfect..kek yang manis, moist, gebu + yogurt yang masam2.. ;-)

yang ni mr.hubby yang punya..LOVE choc cake with Choc Hershey's topping

tiap kali nak buat kek coklat mmg wiyah akan gunakan resepi ni..rasanya yang lembab, sedap & tak muak..simpan dalam peti keluarkan pon masih still moist jugak! tak pandang yg lain dah haha. Rasanya pernah try 2 3 resepi yang lain..tapi rasanya yg ni paling terbaik! secukup rasa gebu & lembab menawan kalbu...ayat melampau ekeke

Sumber: Kek Coklat Kukus Munira

Bahan A
  • 1 cawan gula pasir - 3/4 cawan sudah memadai
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu cair - wiyah susu segar
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan minyak masak
Cara Penyediaan:
  • semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut. Matikan api dan rehatkan sekejap bila dah sebati.
Bahan B - di ayak
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder
Bahan C
4 biji telur - diblender (wiyah guna 2 biji telur A)

Cara Penyediaan:
  1. Satukan bahan B dan bahan C ke dlm bahan A secara berselang seli dan gaul dgn senduk aje.
  2. Bila dah sebati masukkan ke dlm loyang yg digris dan dilapik kertas kalis minyak.
  3. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jgn buka pengukus semasa proses mengukus 45 min yg pertama takut kek jd mendap..

oke..pengukus yang panas dah sejuk semula, kek pon dah habis in sha allah..panjang umur ada masa ada bahan lain kali boleh panaskan lagi ;-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...