To All My Friend, Lovely & Silent Readers

To All My Friend, Lovely & Silent Readers

Mohon maaf kiranya wiyah a.k.a Tuan Rumah tiada kunjungan balas/backlink /follow ke blog kalian, ini kerana disebabkan oleh ketiadaan link blog tuan/puan utk wiyah follow kalian. Jutaan maaf juga jika jarang ber'blogwalking' ke blog kalian (busy tahap cipan). In sha Allah jika ada kesempatan waktu wiyah akan ke singgah ke blog kalian..Peace No War!!

Followers

Imamku Hingga ke Hembusan Nafas yang Terakhir

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
"Some Love Stories...Live Forever"

Tuesday, January 29, 2013

Mee Sup Tulang Ayam Claypot


Assalamualaikum wbt

Salam sejahtera, yeay sempat nak update entry sementara wafiey tgh tdo lena..hari ke-2 ganti puasa hari ni masih byk berbaki huhu..mood nak makan macam2 selepas berpantang ni, bunyi seperti org yg dah lama tak makan ekeke

sebenarnya nak makan mee celup di mlm hari bebehari lepas tp bila ke kedai berkenaan Restoran Terminal Tom Yam bersebelahan terminal makmur..pelayan kedai cakap mee celup di jual pd siang hari jer...dulu wiyah biasa datang makan waktu malam (ada jer even dah kul 11 malam) ..hurm maka kempunan la wiyah! 

esoknya wiyah ke pasaraya utk membeli stock barang basah & sayuran..ternampak ada di jual rangka/tulang ayam kat area barang basah (sebelum tak pernah tahu pun rangka/tulang ayam ada jual gak)..hurm fyi tulang/rangka ayam ni bukan tulang sepenuhnya tau..ada juga isinya macam tulang lembu tu..best kalau buat sup coz tak memuakkan + akan lebih terasa kemanisan air tulang ayam tu!

so wiyah terfikir kalau buat mee sup best gak ni..hurm so beli 2 ketul & suruh potong kecil2 terus kat situ (dasar pemalas & nak memudahkan kan kerja ekeke)..kemudian sambung beli barang lain, balik rumah..basuh2 semua bahan & teruskan misi memasak sup tulang/rangka ayam terlebih dahulu..sup kalau di masak lebih awal akan lebih sedap!

di hidangkan di dalam claypot bersama sambal kicap pedas..merasmikan buat kali pertamanya, dah lama beli tapi belum berkesempatan nak guna lagi..RM 5.90 per pot, 2 biji cukup la skadar ada ekeke


Mee Sup Tulang Ayam
Sumber resepi : Belakang Paket Sup BABAS

Bahan Utama:
  • 1 bungkus mee kuning (wiyah guna spaghetti rebus)
  • 2 ketul rangka/tulang ayam (di potong kecil)
  • 3 gelas air
  • 1 paket kecil rempah kasar
  • 3 ulas bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 2 inci halia muda * - dikisar/ ditumbuk bersama
  • 3sb rempah sup BABAS - dibancuh dengan sedikit air
  • kobis cina/daun sup/daun bawang/ tomato 
  • cili padi - jika ingin pedas

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak & tumis rempah kasar seketika. Kemudian masukkan bahan kisar sehingga naik bau dan kekuningan.
  2. Tambahkan tulang/rangka ayam yang dipotong kecil bersama air. Rebus tulang sehingga empuk (lagi lama rebus lagi sedap rasanyacoz terasa kemanisan air tulang ayam tu). 
  3. Masukkan rempah sup ke dalam rebusan tulang & kacau sehingga sebati.Perasakan sesedap rasa. Tutup api & biarkan..panaskan apabila hendak dihidangkan.

Cara Hidangan:
  1. Letakkan mee/spaghetti ke dalam mangkuk calypot (utk mengekalkan kepanasan sup pada kadar yang lebih lama) & masukkan kuah beserta tulang ke dalamnya. 
  2. Taburkan kobis cina, daun sup & daun bawang, tomato dadu, serbuk lada putih & sambal kicap pedas. (wiyah lebih suka apabila sayur di taburkan secara mentah bg mengekalkan kerangupan sayur tersebut)
  3. Sesuai di makan dalam suasana sejuk a.k.a waktu hujan @ hidangan makan malam.

sori yer..meja bersepah, mana tak nya sume benda nak letak kat atas tu..en. suami balik kerja pon belum sempat mandi terus tercongok kat kerusi tu..lapar la katanya ;-)... waktu makan malam kami mmg pukul 7malam so petang dah kena masak2 siap la..

sekian..wassalam

Sunday, January 27, 2013

Menu pertama seorang ibu :Daging Goreng Kunyit

Assalamualaikum wbt

alhamdulillah dah boleh masuk dapur, curi2 masa time wafiey tdo..menu pertama dapur baru..masak menu yang mudah & cepatla bila ada anak kecik ni kan..hari dah mula mengganti puasa yg sebulan ditinggalkan..segalanya utk wafiey, syukur wafiey dah 2bln++ & sihat walafiat

dah lama tak update menu kat sini sampaikan lupa dah style wiyah menulis..ekeke, hr ni sesi panaskan dapur & lap semua periuk kuali..


menu campak2 jer..style wiyah bila beli barang basah wiyah akan bersihkan siap2 potong & simpan dlm esbok! bila nak masak just keluarkan..basuh semula & dah boleh mula masak..memudahkan kerja,

By : Wiyah
  1. Daging lembu potong nipis & diperap bersama garam ngan kunyit dlm 1/2 jam
  2. bawang besar holland 
  3. cili padi/ cili besar -lagi sedap kalo ada cili thailand yang orang wat lada jeruk or solok lada tu coz lada ni kurang pedas 
  4. carrot, kacang panjang/kacang buncis & tomato
  5. Daun bawang/daun sup utk hiasan
Cara Penyediaan:
  1. Panaskan kuali & masukkan daging yang diperap tadi masak sehingga air daging kering & daging empuk. Pastikan kuali ditutup yer.
  2. Kemudian masukkan sedikit minyak masak & goreng daging sehingga warna nya agak perang.
  3. Masukkan bawang besar & sayuran lain. Tambahkan secubit gula & garam  SESEDAP RASA. Siap utk dihidangkanbersama nasi panas .

Jemput menjamu selera semua ..satu lauk jer hari ni ;-D

Thursday, January 17, 2013

Perencanaan anak : Panduan SunnahUntuk Anak Soleh

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah hari ni genap 60 hari wiyah berpantang & genap 60 hari la juga umur wafiey hari ni, sekejap jer rasanya..pada awlnya berpantang kat umah mak wiyah tp last minute pd hari ke- 25 plan nak balik umah & try berpantang serta uruskan wafiey sendiri..saja nak biasakan diri utk uruskan wafiey sementara mr.hubby menghabiskan cuti tahunan hingga ke awal tahun depan..ambil peluang ni utk kami belajar fahami setiap perubahan,,tak nak lepaskan peluang utk lihat anugerah terindah ini membesar didepan mata kami! setiap hari adalah sgt indah...in sha allah semga semuanya di permudahkan

alhamdulillah dah semakin faham karenah wafiey dari hari ke hari, syukur wafiey tak meragam sangat, mudah utk di jaga & di pujuk..menangis bila mahukan susu & rasa tak selesa dgn lampin sahaja..

just utk perkngsian bersama, semoga kita sama mendapat manfaat dari perancangan yang telah di sunnahkan dalam membesar & mendidik hidup anak2 kita..in sha Allah, semga Allah memberkati segala usama kita..amin ya rabbal alamin


cuba buat yang terbaik utk menghasilkan yang terbaik dalam yang terbaik..alhamdulillah sunnah 1-3 wiyah dah laksanakan sebaik mungkin..seterusnya kita berusaha & tawakkal kpd Allah swt! semoga dipanjangkan usia kami utk mendidik & membesarkan anak2 kami mengikut sunnah dalam islam..

Wednesday, January 16, 2013

WW: 20 perkara berubah selepas bergelar ibu

Assalamualaikum wbt 

Pengalaman baru yang sangat indah..tiada nilai tandingannya!

20 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK
Sumber : Fb


Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?
Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku.
  1. Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
  2. Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!
  3. Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!
  4. Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
  5. Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..
  6. Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-)
  7. Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
  8. Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
  9. Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!
  10. Kita akan lebih menghargai diri kita.
  11. Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.-belum lagi
  12. Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
  13. Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.-belum lagi
  14. Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.
  15. Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
  16. Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
  17. Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
  18. Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
  19. Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
  20. Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!

Tuesday, January 15, 2013

Kenduri Kesyukuran & Cukur Jambul Aisy El-Wafiey

Assalamualaikum wbt

Hi morning monday..monday blues anyone?? hehe..bg yg bekerja la..hurm tp bg housewife mcm wiyah pon sama gak monday blues coz perlu setelkan wafiey sorang2..huhu, kalau hari cuti ada nya mr.suami yg membantu buatkan sus, mandikan & tidorkan wafiey...huh start next week dah kena tukar jadi sunday blues la plak..kami dah jadi ore klate la tahun ni..;-)

entry hari ni sekadar refresh utk wiyah menulis mcm dulu2..rindu nak menulis tapi batasan waktu yg sgt terhad..perlu bahagikan masa antara tanggungjawab & minat

just nak share majlis cukur jambul wafiey yang wiyah buat masa hari ke-38 , sesungguhnya sangatla bercinta utk buat entry ni..ambik masa berminggu huh, apa pon utk kenangan wiyah gagahkan jugak menulis dengan harapan bila wafiey besar nanti wafiey tau betapa sayangnya Mommy & Daddy pada wafiey!

tag utk majlis kesyukuran wafiey..buat sama2 dgn sepupu wafiey a.k.a anak saudara en.suami

alhamdulillah hari ni wafiey dah 54 hari..kejap jer rasanya. wafiey dah pandai cari suara org yg panggil nama dia sambil ternganga2 mulut bunyikan suara 'aaaaa'' ooo..hehe sgt seronok, 

1st gambar as a complete family!

kat bawah ni..just share gambar di sekitar majlis kesyukuran hari berkenaan..buat pada hari Jumaat & jemput semua ahli masjid kampung wiyah yg bersolat Jumaat pada hari tersebut..antaranya pelajar tahfiz, pelajar pondok & saudara mara terdekat..harapan kami semoga majlis diberkati Allah swt & wafiey menjadi anak yang soleh, insan yang berguna didunia & akhirat ..insyaAllah

disuap air zam zam..wafiey tidur sepanjang majlis

Diantara bahan/adat yang yang digunakan utk majlis..setiap bahan mempunyai maksud2 tertentu

kelapa muda: rambut yg dipotong diletakkan ke dalam air kelapa & diletakkan dibawah pohon/pokok yg teduh dgn tujuan utk menyejukkan kulit kepala

buah kurma & air zam zam : makanan sunnah Nabi Muhammad s.aw, sebagai makanan & minumam pertama bayi yang baru lahir

Asam limau & garam : adat org melayu..bak kata pepatah sebagai "asam garam kehidupan"

behind the scenes!


the goodies!!

mak bidan yang berurut wiyah..buat sekaligus adat 'pelepas' kata org tua2..wiyah pon tak nak cite camana..upacara selepas 40har berpantang. Semua bahan di dicampurkan semasa mandi bersama2 baby

ok daaa..jumpa lagi ;-)




Friday, January 4, 2013

Salam Tahun baru..1st Entry 2013!

Assalamualaikum wbt

Selamat tahun baru 2013..Jumaat pertama tahun 2013 alhamdulillah syukur kepadaNYA diberi peluang utk bernafas lagi pada tahun ini..amin.kami akan berpindah ke kota bharu, mr.hubby di transfer ke kota bharu..maka jadi org kelantan lah kami selagi wiyah belum di postingkan..

apapun tahun ini adalah tahun yang sangat bermakna dalam hidup wiyah..semoga kebahagiaan ini akan berkekalan hingga ke hujung nyawa kami. Permulaan tahun baru yang indah, memulakan hidup baru sebagai Mommy & Daddy setelah hampir 6 tahun menanti saat2 bergelar ibu ayah. Kehadiran cahaya mata yang dinanti2 kan selama ini..akhirnya dimakbulkan oleh Allah swt. Syukur Alhamdulillah

wafiey dah boleh kenal suara & pelukan mommy..sgt indah ;-)

day 30 @ shoping complex ;-)

kini wiyah sedar percaturan hidup adalah takdir & hakikat..sememangnya benar Allah telah merancang sesuatu yang hebat untuk kita..buktinya dengan kehadiran wafiey dlm hidup kami alhamdulillah rezki menyebelahi kami..walaupun pada mulanya agak risau dgn ekonomi kami! namun Allah maha pemberi & maha pemurah..

sehingga berjumpa lagi..masa itu sgt berharga, menulis ketika wafiey sdg lena di ulit mimpi hehe..lain2 masa semuanya utk wafiey! ;-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...