To All My Friend, Lovely & Silent Readers

To All My Friend, Lovely & Silent Readers

Mohon maaf kiranya wiyah a.k.a Tuan Rumah tiada kunjungan balas/backlink /follow ke blog kalian, ini kerana disebabkan oleh ketiadaan link blog tuan/puan utk wiyah follow kalian. Jutaan maaf juga jika jarang ber'blogwalking' ke blog kalian (busy tahap cipan). In sha Allah jika ada kesempatan waktu wiyah akan ke singgah ke blog kalian..Peace No War!!

Followers

Imamku Hingga ke Hembusan Nafas yang Terakhir

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
"Some Love Stories...Live Forever"

Thursday, November 29, 2012

Putera Hati Kami Yang Pertama

Assalamualaikum wbt

Syukur alhamdulillah..mommy & baby selamat semuanya..wiyah selamat melahirkan baby boy via c-zer yang sempurna segala kejadiann serta sifatnya..amin ya rabbal alamin 

 Hospital HTAA Kuantan, Pahang.
Date, Day & Time: 21.11.12, Rabu , 11.45pagi
Weight: 3.475kg
Height : 48mm
COD :35mm

-jutaan terima kasih atas segala doa utk wiyah sekeluarga-
memperkenalkan putera cinta Ayie & Wiyah yang pertama

AISY EL-WAFIY BIN MOHD SUHAIRI

Hari ke-8

Hari ke-7

Hari ke-5

Semoga menjadi anak yang soleh..taat pada perintah agama, berbakti kepada kedua ibu bapa serta menjadi insan yang berguna di dunia & akhirat..InsyaAllah, Amin Ya rabbal alamin

Monday, November 19, 2012

Dup Dap Dup Dap..Tomorrow is d day!

Assalamualaikum wbt

Bila tiba saat nya..tiba2 hati terasa sgt sayu teringat 4 org cahayamata kami yang telah menjadi ahli syurga Allah yang abadi..sesekali sehingga terlupa & alfa dengan setiap kejadian, kenapa & mengapa sgt besar ujian buat kami..selalu terbayangkan serta berangan kalaulah anak2 kami masih ada semestinya mereka telah sebaya dengan budak itu & budak ini..ternampak2 mereka berlari mengejar kami, petah bercakap..cepat2 beristighfar panjang seperti mengeluh , meragui takdir tuhan & bila tersedar dr berangan..sebak perasaan & pastinya air mata berlinangan..ya Allah tabahkan la hati hambamu menempuhi ujian ini..amin ya rabbal alamin

syukur alhamdulillah..kandungan ke-lima ini harapan kami semoga bayi kami selamat melihat dunia serta dipanjangkan usianya insyaAllah..walaupun begitu masih ada perasaan yang bercampur baur, rasa takut, berdebar2, berpeluh2..& of course akan menangis teresak2 apabila doktor mengatakan 70% kemungkinan kelahiran adalah melalu pembedahan..Ya allah time tu terus menangis kat depan doktor, air mata xleh nak tahan lagi.. 


saksikan video ni..sgt seram walaupun pernah melaluinya sebelum ni, tp bila tgk video ni..tak boleh nak bayangkan wiyah yg berada di tempat tu coz sehingga ke masa wiyah menulis ni..baby still tak berpusing lagi..kepala masih berada dibahagian atas kanan perut ni,..

tak henti berdoa & berharap agar masih ada keajaiban berlaku walaupun 2 3 jam sebelumnya ianya akan terjadi..semoga Allah mendengar doa hambanya ini..Pelbagai air selusuh yang kami dah cuba, usaha sendiri, ibu ayah & org2 yang dipercayai dpt membantu menerusi amalan doa masing2...

Wallahu waklam..kun fayakun, apa pon yang berlaku..


Thursday, November 15, 2012

Tanda-tanda Hampir Bersalin

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah sakarang dah masuk mggu ke-37++ kandungan..berat baby 3.3kg so far, insyaAllah pada mggu ke 38 wiyah dah dimasukkan ke wad..surat cinta dari hospital utk check in juga sudah dapat iaitu 20/11/12 seawal pukul 8 pagi melapor diri di Lobi Makmur HTAA Kuantan, 21/11/12 pula appoinment utk c-zer section coz baby wiyah berada dalam keadaan sonsang..;-(

di ketika ni..masih berdoa & berharap semoga ada keajaiban berlaku, harapan agar baby dlm kandungan ini akan berpusing kepala ke bawah..agar wiyah dapat bersalin secara normal! semoga Allah mendengar doa kami..amin Ya rabbal alamin

kepada semua kawan2..doakan semoga wiyah & baby selamat kedua-duanya

just for info tutk diri wiyah yang tgh berdebar2 menanti kelahiran ni & juga kawan2 yang mungkin tertanya2 apakah di antara tanda-tanda awal sebelum kelahiran..

kedudukan sebenar bayi & menunjukkan proses kelahiran \hampir berlaku..kelahiran secara normal

Tanda-Tanda Bersalin dari Alam Hamil.

Kontraksi Rahim
  • Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. Sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. Sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian. Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.
Sakit Belakang
  • Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.
Pecah Ketuban
  • Dalam cerita drama atau filem, wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar. Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah di saat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin. Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.
Bloody Show
  • Di saat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam serviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. Sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.
Serviks Terbuka
  • Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semasa pemeriksaan faraj.

Tanda-Tanda Bersalin dari Forum Ratu Hati.

Bayi Turun Ke Bawah
  • Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
  • Sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
  • Kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
  • Sakit perut & memulas
  • Kerap buang air besar
  • Kerap terkentut
Keluar Lendir Pekat Atau Keluar Darah Bercampur Lendir
  • Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
  • Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
Sakit Belakang
  • Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
  • Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
  • Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
  • Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.
Pecah Air Ketuban
  • Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.
Pintu Pangkal Rahim Terbuka Dan Menipis
  • Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.
Kontraksi Yang Tetap Dan Berterusan
  • Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda.

Tanda-Tanda Bersalin dari mengandung.com.

Biasanya ada 3 tanda utama yang menunjukkan seseorang itu telah hampir masa untuk melahirkan anak, iaitu:
  • Lumrahnya, apabila berlaku pengeluaran lendir yang bercampur dengan darah di faraj. Pengeluaran ini menunjukkan bahawa ruang serviks anda telah mula membuka dan menyebabkan cecair lendir bercampur darah tadi keluar.
  • Apabila air ketuban mula pecah dalam proses pengecutan rahim yang menyebabkan pemecahan karung bayi. Air ketuban ini berbau hanyir dan tidak bewarna. Tidak seperti air kencing yang bewarna kuning dan berbau hancing. Pastikan pada masa ini anda telah sampai di pusat bersalin yang telah dipilih, jika tidak segera dapatkan bantuan untuk ke hospital.
  • Apabila anda mula berasa sakit di bahagian perut dan belakang seumpama sakit tatkala senggugut, tapi yang ini lebih sakit dari senggugut. Sakit ini datang sekali sekala yang biasanya selang sejam, kemudian makin kerap sehingga selang 15 minit dan seterusnya setiap 5 minit dan rasa sakit makin kuat. Setiap kali rasa sakit itu datang, ia akan berlarutan sehingga 15 ke 30 saat.

Tuesday, November 13, 2012

Ikan Kembung Bakar Bersama Air Asam Tomato

Assalamualaikum wbt

Happy Diwali..mood berhari raya sambil makan maruku & kueh raya yang office mate en.suami bagi..sbb teringin nak makan maruku original dr kaum india..maka dapat 2 jenis maruku & 1 jenis kueh raya..syukur dah tak telan liur mengenangkan maruku..ekeke

erm hari ni..hujan dari pagi, mood bakar membakar datang since hujan mula turun! lps breakfast terus pergi cari barang basah..hurm nampak ikan kembung segar! makan menu hari ni..mestilah ikan kembung & kembung lagi..hihi , kali  ni just bakar dicicah bersama air asam bersama ulam salad..di antara favorite menu wiyah & suami! sudah cukup nikmat sampai tidur kekenyangan kul 5petang ;-)

just C&P respi dr entry lama kat SINI & SINI


Ikan Kembung Bakar & Air Asam Tomato 
Sumber : Dapur kecil wiyah

Bahan-bahan utama: (hidangan utk 2 org)
  • 2 ekor ikan kembung- diperap bersama garam & kunyit seketika & dibakar
  • 2 biji tomato sedang *
  • 1 biji bawang besar *
  • 10 cili padi * di potong dadu/ di kisar
  • 2 sudu besar asam jawa extra
  • 2sudu besar gula 
  • 1sk garam
  • jus limau kasturi/limau nipis - wiyah guna 2 biji
  • 1 inci belacan yang dibakar
  • 1sb sedikit air
Cara penyediaan:
  1. Campurkan semua bahan-bahan & gaul sehingga sebati. Rasa pedas,masam, manis & masinnya sesedap rasa.
  2. Simpan dlm peti ais & hidangkan semasa hendak makan, coz air asam ni lebih sedap jika di sediakan lebih awal bagi memberi rasa yang lebih sebati.
p/s : Air asam ini boleh dihidangkan secara berasingan @ dicurahkan atas ikan..juga sesuai dimakan bersama daging bakar @ ayam bakar @ sotong bakar

ikan yang selamat dibakar bersama garam & kunyit

Jemput makan semua ;-)

Sekian..wassalam, selamat bercuti panjang, esok kerja lusa cuti tulat kerja & cuti lag..pejam celik wiyah dah warded..huhu takutnya

Sunday, November 11, 2012

Pernah makan Buah Tembikai Betik??

Assalamualaikum wbt

Just to share..mungkin ada yang pernah makan, pernah tengok or may be pernah dengar tentang buah tembikai betik ni..its ok what ever pon, wiyah sekadar nak berkongsi tentang buah tembikai betik ni..ramai yang tahu pasal buah ni tp tak pernah makan atau tak tahu cara makan..

buah ni sebenarnya tak de rasa langsung ..just hambar & tawar! tp berbau wangi..wiyah suka bau buah ni..sgt soft baunya ;-)


buah ni mudah di dapati pada musim panas..tanda2 buah ni akan masak, luarannya bewarna kuning menunjukkan ianya sedia di petik tp belum masak tau! apb buahnya merekah barulah di kategorikan sebagai masak ranum

tp di ingatkan..buah ni bersifat sejuk, so sape2 yang berpenyakit jgn sesekali makan dengan banyak yer! makan pada tahap beringat2 hehe

dr kebun mak wiyah..ada 3 pokok tp buahnya punya lah banyak
rupa buah tembikai betik..bentuk fizikalnya memanjang sepert buah betik & jalur buahnya seperti buah tembikai, itulah sebabnya di p[anggil buah tembikai betik. Tapi wiyah tak pasti kat tempat lain di panggil dengan nama apa..

isi buah tembikai betik ni sangat lembut..perumpamaannya seperti baldu

Manisan/ Dessert Tembikai Betik

Bahan Utama:
  • 1 biji tembiai betik masak/mengkal- dibuang kulit
  • 1/2kg santan atau 2 tin susu cair
  • 1 cawan air
  • sedikit gula & garam
Cara Penyediaan:
  1. Kupas kulit buah tembikai betik , buang bijinya & potong mengikut citarasa masing-masing.
  2. Masukkan santan & air ke dalam periuk , panaskan santan menggunakan api yang paling kecil. (Jgn sampai menggelegak)
  3. Tambahkan gula & garam ke dalam santan yang sedang dipanaskan. Kacau rata sehingga gula & garamnya sebati dan hancur bersama.
  4. Manisan ini enak di makan ketika ianya sejuk. Maka adalah di galakkan utk menyejukkan 2-3 jam larutan santai & tembikai betik sebelum menikmatinya.
Nota : Kaedah asli, emak wiyah lebih suka menggunakan perahan parutan kelapan..santan di perah menggunakan air suam. Maka santan tak perlu di panaskan.

selalunya..famili wiyah akan makan manisan ni sebagai dessert petang, waktu kami lepak2 depan rumah..memang syokk sekejap jer licin ;-)

sekian..wassalam

Thursday, November 8, 2012

Percik Ikan Kembung Warisan Bonda

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah dapat bersua lagi..niat di hati nak habiskan n3 yang tertunggak kat folder ni before cuti-cuti bonda bermula nanti..insyaAllah! Menu ni wiyah buat 2 3 hari yang lepas..rasa nak makan nasi tapi pergi jenguk lauk kat 2 3 kedai takde yang berkenan di hati..hurm sudahnya pergi pasar petang & nampak ikan2 kembung yang segar ni..apa lagi sepantas kilat mintak en.suami carikan bahan2 sbb wiyah tak larat nak jalan..just arahkan beli itu & ini

siap suruh tokei ikan tu bersihkan skali gus..balik umah just basuh jer & panggang..yang lain2 en.suami setelkan, wiyah bagi arahan camana nak masak jer..hikhik mudah kan kerja wiyah, makamalam tu kami makan nasi berlaukkan ikan kembung percik + salad..jumpa gak nasi  pd hari berkenaan

lauk favourite famili wiyah..kalau tiba musim ikan kembung memang lauk ni wajib setiap hari ada kat atas meja tu..kuah percik nya mak wiyah buat banyak2 terus coz ianya boleh di simpan dalam tempoh yg agak lama


Ikan kembung yang siap di bakar..menggunakan pemanggang yang tidak ajaib yer! atas dapur gas sahaja ;-)

Percik Ikan Kembung Warisan Ibunda
(Sumber Resepi: Emak Wiyah)

Bahab-Bahan utama:
  • 4 ekor ikan kembung segar- sederhana besar
  • 1/2 kg santan pekat
  • 2 cawan air
  • 6 ulas bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 2 inci kunyit hidup * dikisar bersama
  • 2 batang serai - dititik
  • 1 keping asam keping
  • 3sb cili giling

Cara Penyediaan :
  1. Ikan dibersihkan & diperap bersama garam kunyit (jika suka) atau boleh juga di panggang tawar. Panggang ikan sehingga masak. Sementara itu, kita sediakan kuah percik nya.
  2. Masukkan santan & bahan2 yang lain kedalam kuali. Masak dengan api yang sederhana sehingga kuah agak pekat mengikut selera masing-masing.
  3. Tahbahkan gula & garam sesedap rasa. Siramkan kuah percik ke atas ikan yang telah siap di panggang..sedia utk dihidangkan .
p/s : Enak di makan bersama nasi panas & hidangan ini tak sedap dimakan bersama lauk yang banyak. Cukup sekadar ini & ulaman memang menambah-nambah. itu wiyah la..ekeke



Alhamdulillah tidur kekenyangan kami pada malam berkenaan..;-)


Monday, November 5, 2012

Azam 2012 hampir ter'realisasi'

Assalamualaikum wbt

1st of all.. special thanks to my beloved husband, beloved family, relatives, friends & lecturer/supervisor

Syukur alhamdulillah..azam tahun 2012 hampir dapat direalisasikan walaupun tidak sepenuhnya, namun tetap bersyukur dengan kesempatan masa, rezeki yang telah dikurniakan oleh Allah swt..Konvokesyen kali ke-3 dalam hidup wiyah hari sabtu yang lepas 03 Nov 2012 di UTHM, Batu Pahat Johor..pergi & balik mengharungi banjir, tayar kerete ditenggelami air..alhamdulillah dah selamat sampai kuantan ;-)

perasaan nak join & tak nak join sama banyak sebenarnya coz time tu dah masuk ke minggu 36 kandungan..tp en.suami bagi sokongan & dorongan utk pergi tetapi semua barang2 perlu prepare siap2 dalam kereta..thats why tema jadi caca marba, last minute tiba2 jadi tema hijau + purple & uthm wajibkan pakai tudung putih..so wiyah just sarungkan selendang Ct..setel ;-)

Azam tahun 2012
  1. Nak habiskan study master level- achived
  2. Nak ada 'baby' sebelum umur melebihi 30 tahun - will be achived soon (in 2 weeks time)
  3. Nak ada rumah sendiri - (masih mencari lokasi yang sesuai, depends pada penempatan wiyah & hubby ) --> foward ke tahun 2013

Master Of Technical & Vocational Education..insyaAllah ke peringkat Doktor Falsafah tetapi wiyah bg laluan terlebih dahulu pada En.Suami utk mencapai impian bergelar Profesional Enggineer..Ir. Mohd Suhairi insyaAllah, baby akan sentiasa dan terus mendoakan & menyokong abang dalam jua bidang yg abang ceburi!

Mommy & Daddy to be..counting days to go 

with my housemate..1.5 years together, friendship 4 ever yea!

sahabat a.k.a classmate di tika senang & susah..sorg dah jd ummi, 2 org lg mommy to be, sorang bakal pengatin, sorang bakal tunangan orang & lagi sorang still single & available ;-)


last but not least..to my followers, blog reader, silent render..(ayat poyo mcm ramai follower jer hikhik) , wiyah hadiahkan jambangan bunga-bunga ni semua...semoga kebahagian & kejayaan serta kerdhoaan hidup sentiasa mengiringi hidup kalian..insyaAllah

Sekian..Wassalam

Thursday, November 1, 2012

JJCM @ Maggie Ketam Bistro, Dungun

Assalamualaikum wbt

Dah lama sebenarnya teringin nak makan meggi ketam ni..ada kawan cakap Maggie Ketam @ Bistro kat Dungun best , tp dah lama cari tak jumpa sbb cari tak bersungguh2 ..& tiba2 masa balik ke Dungun baru2 ni saja jalan2 kat pantai & terjumpa kedai ni...tp waktu urusniaga bermula pd pukul 6 petang  hingga ke lewat tengah malam..so perlu la postpone hingga ke lain waktu coz masa ternampak tu waktu tengahari ..takde rezki time tu ;-(

wiyah adalah peminat tegar semua makanan berasaskan Mee & seafood

RM 22 per bowl..baby crab curry Maggie! Rasanya berbaloi dengan harga..walaupun hanya maggie kan ;-)

sebelum ni pernah try makan Maggie ketam di Kampung Cherang Ruku, Semerak Pasir Puteh Kelantan, kat situ juga famous maggie ketam..kat sana lebih kepada perisa sup/ ayam..1st time makan so tak boleh nak bezakan samaada sgt sedap atau hanya sedap hehe..kat sini dihidangkan dalam Claypot & 2 ekor ketam! Harganya juga lebih murah..hanya Rm13/claypot

tapi...hurm bila dah pekena ngan Maggie ketam Bistro kat Dungun ni,, wallahhhh mmemang meletops la!  wiyah pilih ketam nipah coz ketam laut mudah utk didapati kat are umah wiyah, so kita try ketam nipah la plak kan! Kat sini rasanya lebih kepada perisa kari..ala2 mee kari pon ada juga rasanya! Rasa pedas & creamy lemak..hurm mmg citarasa org Malaysia la kan 

Selain daripada ketam ada juga tambahan seafood lain seperti Udang, sotong & Lala yang fresh! Kat sini dihidangkan dalam mangkuk biasa..Memang sgt heaven la..kami just order 1 mangkuk jer plus side order, coz waktu dah hampir kul 12 tgh malam & dlm perjalanan pon kami dah takeaway A&W dengan 2 Large Root Beer..huh kalau ambil 1 sorang mmg confirm xleh tdo la sbb kekenyangan sgt ;-)

gambar kurang menari coz suasana gelap..ambil port kta meja luar mmg takde lampu langsung, harapkan flash camera cap ayam jer..so mmg tak puas hati dgn kualiti gambar!


siap di bekalkan dengan penyepit ala2 playar utk memudahkan proses me'makan' ketam! mmg btol sgt mudah..so lps ni boleh la beli ni utk makan kat umah plak ;-)

see...licin semuanya kami belasah tinggal cengkerang & kulit jer bersepah-sepah, apapun wiyah mmg suka cara masakannya..hurm nampaknya lepas habis pantang baru la bleh merasa lagi..tahun depan?? ayyak..lambat lg la ;-)

sekian..pada kawan2 kalau ada yang teringin nak makan, bolehla singgah kat sini..sgt puas hati + service pon cepat..sambil bersantai ambil angin malam ;-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...