assalamaualaikum wbt
alhamdulillah syukur kerna dapat bersiaran lagi hari ni setelah sekian lama..lebih kurang 3 minggu kot,, mood tak tau pergi ke mana..even nak view blog pun malas apatah lagi nak menulis kan..alhamdulillah hari ni semangat nak ber n3 datang dgn tiba2..tak tau dtg dari mana hihi...so bila dah datang mood tu mesti la cargas cket kan..transfer pikcer, edit pikcer bagai..harap mood nak berblog tak stop macam tu jer..
semalam wiyah terasa nak makan kek..then terus cergas ke kedai bakery walaupun hujan lebat,,haiiih teruk kan! ..balik tu terus buat tung tang tung tang sampaikan nasi pon lupa masak kahkah,, so makan kek jer la we all semalam,,,may be gak mood datang lepas makan kek semalam..ishh bleh plak macam tu kan...hehehe,,apa2 je la wiyah ni..mengarut je ;-D
ok lah..since mood wiyah nak ber n3 hari ni ok,, so wiyah nak share resepi kek yang wiyah buat semalam. Walaupun tak seberapa..tapi syukur alhamdulillah dapat buatkan kek dengan air tangan sendiri untuk suami & keluarga ;-)
Caramel Super Moist Choclate Cake
kek ni adalah
combination antara
kek coklat super moist yang bagi wiyah mmg
the best ever lah hihi dr
Puan Munira Baharom di C&P dari blog
kak normasni@coretan dari dapur & puding topping dari
Sky Blue's Kitchen. Rasa kek ni mmg hebat..ayat poyo haha,, oke2 serius wiyah cakap
rasa lembut, lemak puding tu mmg
perfect la dengan rasa
kek coklat yang tak manis sgt & ada rasa pahit2 cket rasa nescafe sbb tak nak bagi muak sangat...hurm ini 1st ry,, next week bleh buat utk birthday kenduri umah mak wiyah la plak ..introduce hehee
Resepi Topping Karamel
Topping wiyah C&P resepi dari dapur Sky Blue's Kitchen..baru2 ni kak ummi ada kongsikan kek karamel coklat tapi menggunakan kaedah bakar,, wiyah mmg tak ada acuan canggih yg boleh masuk oven macam tu! hehe so wiyah adjust cket la guna kaedah kukus..hehe.
Bahan Puding Karamel
- 3 biji kuning telur (wiyah tak letak sbb takut muak + kek coklat yg dah byk telur kan)
- 1 cawan susu cair
- 3/4 cawan susu pekat manis
- 1/2 sudu teh esen vanila
Cara Penyediaan:
- Kacau sebati semua bahan (tak perlu kuat-kuat, kacau lembut sahaja ).
- Tapiskan dan tuang atas gula karamel / gula hangus tadi. (wiyah tapis semua bahan & tuang kedalam acuan)
- Bakar sekejap dalam oven dengan kaedah "bain-marie" (letak loyang kek dalam loyang berisi air ) selama lebih kurang 20 minit hingga nampak mengeras sikit / pekat sikit permukaan puding tu... jangan terlampau keras pula nanti tak boleh sebati dengan kek - ( pada suhu 160°C dengan menggunakan api atas bawah ). ---> wiyah guna kaedah KUKUS je
- Ketepikan dan sejukkan puding lebih kurang 30 minit....(sementara tu sediakan adunan kek coklat ).
Resepi Kek Coklat Kukus : Kak Munira
- 1 cawan gula pasir - hana dan kak.noor letak 3/4 cawan aje,, wiyah pon sama gak ;-)
- 1 cawan serbuk koko
- 1 cawan susu cair - hana gune susu segar
- 1 cawan susu pekat
- 1 cawan minyak masak
- 1 sudu kecil serbuk nescafe - resepi asal xde
Cara Penyediaan:
- semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut. Matikan api dan rehatkan sekejap bila dah sebati.
Bahan B - di ayak
- 3/4 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
- 1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder
Bahan C
- 4 biji telur - diblender ( wiyah guna 2 biji telur A)
Cara Penyediaan:
- Satukan bahan B dan bahan C ke dlm bahan A secara berselang seli dan gaul dgn senduk aje.
- Bila dah sebati masukkan ke dlm loyang yg digris dan dilapik kertas kalis minyak.
- Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jgn buka pengukus semasa proses mengukus 45 min yg pertama takut kek jd mendap
yang ni kes tak sabar punya pasal haha...since wiyah ada kukus lebihan adunan kek tu tapi tanpa topping caramel la,, so wiyah ngap dulu kek sementara tunggu en. suami balik keje lewat semalam,,ngapp kek dengan yogurt buahan campuran,,, hurm not bad rasanya coz kek yang manis & muak kalau makan banyak la dipadankan dengan yogurt yang masam2 sejuk tu...mmg perfect combination!
ok..daaa,,huh bercinta depan laptop nak siapkan satu n3 ;-D..SELAMAT MENCUBA