To All My Friend, Lovely & Silent Readers

To All My Friend, Lovely & Silent Readers

Mohon maaf kiranya wiyah a.k.a Tuan Rumah tiada kunjungan balas/backlink /follow ke blog kalian, ini kerana disebabkan oleh ketiadaan link blog tuan/puan utk wiyah follow kalian. Jutaan maaf juga jika jarang ber'blogwalking' ke blog kalian (busy tahap cipan). In sha Allah jika ada kesempatan waktu wiyah akan ke singgah ke blog kalian..Peace No War!!

Followers

Imamku Hingga ke Hembusan Nafas yang Terakhir

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers

Follow by Email

"Some Love Stories...Live Forever"

Wednesday, February 29, 2012

JJCM @ Terengganu ~ Zul Ikan Bakar

assalamualaikum wbt

last week JJCM ke terengganu & kelantan...makan2 mmg tak ingat dah pantang larang itu dan ini,,kira mmg pantang nampak la seme nak..kejenye makan sepanjang perjalanan..jagung, kepok lekor, air kelapa, goreng pisang, roti paung & macam2 lagi! banyak kenangan2 masa duk kat terengganu dulu..yang penting meet old friends!! mmg best..antaranya kedai yg we all slalu lepak kat kuala besut..bleh katakan every week la duk makan kat sini

kali ni...setelah hampir 3 tahun tak jejak kaki ke sini @ Zul Ikan Bakar lokasinya berdekatan dengan jambatan & Jeti ke Pulau Perhentian, Kuala Besut,, kawan projek mr.hubby ajak jumpa kejap & we all cadang nak jumpa sini jer..alang2 datang kan! perut pon dah kelaparan sangat..hurm menu yg kami order still sama gak macam dolu2 ;-) 

kat sini tak ada menu lain..melainkan ikan bakar & seafood goreng celup tepung sahaja tau!! masakan panas ke, telur dadar ke, tomyam ke, sayur ke apa ke mmg tarakkkk,,jgn request coz mmg tak layannn haha & akan di jawab sila g kedai la kak..haha,,merah muka kalo dia ckp gitu kan!

ikan kembung 2 ekor+ ikan pari 1 ekor..slalunya amik siakap tp dah abis stock daa!! ikan yg lain besar2 sgt..mmg sure tak abis! rempah ikan bakarnya....waduhhhh mmg terbaik la pedas pekat sesedap rasa! Ikan bakar berempah ni dimakan dengan sambal kicap yg mabeles pedas ni..memang terangkat kaki..capang telinga la hehe

sambal kicap..pekat & pedas..meletopsss ;-)

menu sampingan sebelum siap ikan bakar yg Q ntah ke nombor brape turnnya..after 45minutes baru dapat huhu..sebagai alternatif perut yg dah bunyi2 makan side order ni dulu..Sotong & udang celup tepung



yang ni pon meletopppss jugak..kruk krak kruk krak bunyi nya! punya la nak cite kerangupan sotong & udang celup tepung ni ..harganya murah jer RM 7 per plate, banyak plak tu mmg tak abis nak makan..uit tak abis?? haha licin pinggan tu we all sapu..kahkah

kedai ni bagi we all quite cheap harganya..nak compare ngan kuantan kalau tak sebelah  tangan mmg wajib dah,, tapi kat sini harga untuk semua2 ni  plus 3 limau ais & 2 ais kosong & 3 nasi putih its only cost about RM 29.00,, percaya tak??? berbaloi-baloi kan..;-)


oke..kalau jalan2 ke besut wiyah suggest singgah ke tempat ni...waktu buka kul 6 petang sampai kul 2 pagi, isni tutup yer! kalau nak makan kena datang awal sbb kerusi adalah terhad..mmg penuh org kat sini tak tau la mana datang nya ;-)

Tuesday, February 28, 2012

Menu wajib balik dari kenduri kawen

assalamualaikum wbt

hirm..badan masih penat 4 hari travel ke trg & kelantan,,badan penat & duit pon tenat! hahah baru balik dari kenduri kawen kawan kat pasir tumbuh kelantan..ini adalah menu wajib lepas balik kenduri sebabnya dapat banyak telur rebus..tapi sekarang ni dah agak jarang la org bagi telur..ramai yang bagi puding, buah, gula & barang2 lain...hurm masa kat kenduri lagi dah terfikir nak buat sambal telur rebus la..dah lama tak makan. nyum nyum dah merecik air liur kat situ hehehe...dulu masa kecik2 mak wiyah mmg slalu masak lauk ni..yer la adik beradik ramai kan so bila dah dapat telur haruslah di buat lauk...alhamdulillah rezeki tuhan 

makan dengan nasi panas & jangan ada lauyk lain ...confirm menjilat jari! 

Sambal Telur Rebus Orang Kawen


Bahan-bahan:
  • 4 biji telur rebus (di kupas & digoreng kekuningan serta berkulit). Belah 2 dan susun didalam pinggan.
  • 1 biji bawang besar + 2 ulas bawang putih * (di kisar/tumbuk)
  • 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
  • 3sb cili giling
  • Carrot utk tambahan
Cara penyediaan:
  1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga wangi & masukkan cili giling hingga pecah minyak.
  2. Masukkan carrot, bawang yang dipotong bulat & perasakan SESEDAP RASA. Sejukkan sekejap dan tuang ke atas telur tadi. Siap untuk dihidangkan.

mmg sedap sambal telur rebus ni...makan utk hidangan malam very simple to prepare but delicious ;-)

Monday, February 27, 2012

Cencaru Seksi Bakar Berempah

assalamualaikum wbt

hurm..since minggu lepas adalah minggu ikan,, macam2 ikan wiyah beli! ada ikan keli (perap ngan garam, kunyit & bawang), ikan talapia merah (goreng biasa..dah abis), ikan kembung (bakar cicah air asam..dah abis), ikan pari , ikan kerisi (masak merah..dah abis) & ikan cencaru..penuh peti! sajer jer dis week tak nak beli ayam, seafood, daging coz dah muak tak tau nak masak apa..alkebetulan semua ikan fresh dr bot..apa lg wiyah rembat la total ikan laut Rm 9 & ikan sungai RM 12..murah kan!

k..wiyah nak share 1 menu yg wiyah sempah amik gambar,,ikut mood kan bila masak ni ada hari rajin menjadi la kalau tiba hari malas..aduyai serba tak kena jer masakknya ;-D,, suka hati jer bagi nama kat ikan ni

Cencaru Seksi Bakar Berempah



Cencaru Seksi Berempah
BAHAN-BAHAN adalah seperti di atas...senang kan tak payah tulis,, hehe saja jer terajia hr ahad lepas nak snap pikcer satu2..namanya suri rumah so xder keje lain la selain duk dapur..ngehngeh,,tapi kena tulis gak sikit kan ;-)
  • Ikan cencaru di belah belakang & dibersihkan
  • 1sb serbuk kunyit *
  • 1sb asam jawa xtra
  • 1sk kecil garam *
  • semua bahan bergambar diatas dihiris halus & dicampurkan dgn bahan bertanda *

 Cara Penyediaan:
  1. Sumbatkan bahan yang di sediakan kedalam badan/ perut ikan cencaru
  2. Ikat perut ikan dengan daun pandan/ daun kunyit utk elakkan dari isinya terkeluar
  3. Perap sekejap & boleh la dogoreng atau dibakar
  4. Dihidangkan bersama sambal kicap / air asam / sambal belacan
wiyah lagi suka bakar compare ngan goreng coz bahan tu tak terkeluar dari perut dek kerana minyak 

SELAMAT MENCUBA ;-)


Monday, February 20, 2012

1st Red Velvet Cake

assalamualaikum wbt

update menu petang semalam, dah lama mengidam nak buat kek ni..alkisahnya bila classmate wiyah kat uthm bawak kek ni gelas...ya Allah sedapnya! terus jatuh cinta , mintak resepi ngan kawan tu dah dkt 4 bulan resepi ni duk terperap kat lappy..hurm baru semalam tergerak hati nak cuba since tak keluar rumah sehari suntuk..hari minggu duk umah mmg bukan kebiasaan wiyah..hehe

ok..jom wiyah share,, wiyah suka resepi ni coz menggunakan sukatan cawan tak payah nak timbang bagai..memudahkan kerja wiyah yg tak berapa pandai tang sukatan2 ni ...alhamdulillah menjadi 1st time try,,tapi part layer & topping tu sedikit comot..tak pandai la menggeletar tangan hehe..


Red Velvet cake
Bahan A
  • 2 1/2 cawan tepung kek
  • 2 sb serbuk koko
  • 1 sk garam
Bahan B (utk buat buttermilk)
  • 1 cawan susu segar/susus cair
  • 1 sk cuka/ perahan lemon
  • 2 sk pewarna merah
Bahan C
  • 1 1/2 cawan minyak/ butter
  • 1 1/2 cawan gula kastor (wiyah  guna 3/4 cawan jer)
  • 2 biji telur
  • 1sk esen vanila
Bahan D
  • 1 1/2 sk soda bikarbonat
  • 2 sk cuka

Bahan E (utk topping cream cheese)
  • 250gm cream cheese
  • 1/2cawan butter
  • 1 bj telur ( wiyah tak letak)
  • 1 sk esen
  • 1/4 cawan gula kastor



CARA-CARA:
  1. Ayakkan bahan A , gaul sebati dan ketepikan
  2. Campurkan bahan B susu dan cuka dalam satu bekas dan biarkan selama 10 minit atau sehingga nampak berketul2 baru masukkan pewarna merah.
  3. Campurkan bahan C & pukul hingga kembang
  4. Masukkan bahan A dan bahan B bergilir2 mengikut urutan A-B-A-B-A dan seterusnya sampai habis.
  5. Kacau dengan spatula hingga sebati.
  6. Satukan bahan D, apabila berlaku tindakbalas terus masukkan kedalam adunan dan kacau segera hingga sebati.
  7. Masukkan dalam bekas pembakar atau paper cup & sedia utk dibakar pada suhu 180C selama 45 minit.
  8. Untuk Topping pukul semua bahan hingga kembang & hiaskan ke atas kek apabila kek dah sejuk,
1st RV from wiyah....Jemput try semua nak ajak rasa dah habis ;-)


Sunday, February 19, 2012

Hari yang sangat rajin..Jom breakfast !

assalamualaikum..wbt

Hai..salam berhujung minggu,, hari ni mood terlebih rajin cket! slalu nya jgn harapla..terus jer brunch coz pagi2 en.suami mmg jenis tak minum awal pagi so mmg wiyah tak kalut la pagi2..kul 10am baru minum,, tapi hari ni kami minum sama ;-) !bangun wat breakfast & update blog & join excercise ngan en.suami sambil teman ambil angin pagi..wiyah just jalan2 jer ;-)


Roti Telur Lemak Manis

Bahan-bahan: (untuk 2 org makan)
  • 4 keping roti [potong X so 1 keping roti akan dpt 4 keping roti kecil saiz segi tiga]
  • 2 biji telur + 1/2 sk garam + 1sb susu lemak manis [ dikocok bersama]
  • minyak masak utk menggoreng
Cara penyediaan:
  1. panaskan sedikit minyak , jgn byk sgt coz roti telur akan serap byk minyak
  2. celup roti kedalam bancuhan telur & goreng hingga garing. Balik-balikkan.
  3. Siap utk dihidangkan bersama sos cili atau sambal sardin pon sedap ;-)


waah da kenyang...so bleh berjalan dgn tenang,,jgn sakit perut dah ler ngehngeh...jom makan!

Saturday, February 18, 2012

Sesekali makan lauk simple memang sedap kan!!

assalamual;aikum..wbt

ini menu org diet ke buruk lantak?? kahkah sekali makan ikan 2 ekor! hihi ni menu wiyah tgh hari semalam..mmg everyday breakfast + lunch sorang2 ...so bila sorang2 macam ni la nak goreng sekor jer mmg tak padan nak panaskan kuali bagai..hurm skali skala makan lauk mcm ni best gak,,tak de kuah, just ikan goreng + ulam + sambal belacan & kicap!! memang sedap..nak2 time nasi panas, haih siap menambah lagi ;-)
Ikan Keli Goreng Berempah

Just perapkan ikan keli (boleh gak guna ikan lain..kalau ikan yang bersisik lagi best) bersama2 bawang merah+ bawang putih + serbuk kunyit + pes cili kering & garam...then goreng dengan api sederhana sampai garing! baunya waaah teramatlah wangi masa menggoreng tu ;-)

makan dengan ulam "pucuk gajus" or wiyah panggil "pucuk jambu golok"..kehkeh mana datangnya golok tu?? hurmm alkisahnya sebab bijinya la macam bentuk golok kan ;-)....mak wiyah bagi, mak ambik otw balik dari kebun..banyak kat tepi jalan nak ke kebun.

skang ni tgh wat projek tanaman berkelompok..tanam tembikai & sayur2 apa ntah..wiyah tak pasti coz baru 2x ke sana ;-) ..nanti  wiyah share cite kami picnic kat kebun..masak awal2 semata2 nak g makan kat kebun...adehh mak & ayah lagi la suka teringat kat zaman time susah dulu..;-(



hurm..bila mak start buka cite lama,,,bergenang la kejap air mata..kejap jer la hati batu katakan ;-)...ok selamat menjamu mata..nak ajak pon ikan dah abis hehe

Friday, February 17, 2012

Nasi Goreng Ikan..alfatihah kpd arwah tokwan

assalamualaikum..wbt 

Menu nasi goreng ikan ni adalah menu warisan berzaman..ahaks! pandai2 jer wiyah ni,,hehe actually resepi ni di perkenalkan oleh arwah tokwan wiyah (emak kepada ayah wiyah) yang kembali ke rahmatullah masa wiyah sekolah rendah lagi. Al-fatihan buat arwah tokwan. Tiap kali hari minggu pagi-pagi mesti wiyah akan g ngendap kat umah tokwan (umahnya selang sebuah jer dr umah wiyah ..haha)..org pahang kata nak g ngecek kueh & nak main api & nak main air telaga.. arwah tokwan wiyah masak gunakan kayu api serta guna air telaga utk kegunaan harian..berebut ngan adik2 nak timba air telaga hehe,,thats y masakannya sgt sedap. Wiyah plak ambik peluang nak nyalakan api dapur...antara masakan/lauk yang paling wiyah ingat Nasi goreng Ikan & sayur lemak putih makan bersama ngan ikan goreng & sambal belacan...mmg sedap sesangat la ;-)....skang bila terasa nak makan kena la masak sendiri..step betul ke tak wiyah tak pasti sbb masa tu kecik lagi tak paham bab masak2 ni kan,,untuk itu wiyah share utk kawan2 & anak2 wiyah utk generasi seterusnya ..dengan cara wiyah tersendiri..main agak2 standard step utk masak nasi goreng kan 


Nasi Goreng Ikan

Bahan-bahan:
  • 1 mangkuk nasi sejuk
  • 1 ekor ikan goreng (wiyah guna ikan kembung goreng). Di asingkan tulang & di hancurkan isinya.
  • 2 ulas bawang putih + 3 ulas bawang merah + cili padi (ditumbuk kasar bersama)
  • 3sb minyak bekas goreng ikan sbb lagi terasa aroma ikan goreng kalau dibandingkan guna minyak masak yang baru.
Cara Penyediaan:
  1. Panaskan minyak lebihan goreng ikan tadi & tumis bahan yang telah ditumbuk kasar sehingga garing serta wangi. Memang   berbau wangi sangat yer ;-)
  2. Kemudian masukkan nasi & gaulkan sehingga sebati. Masukkan ikan goreng yang dah dihancurkan, kacau rata.
  3. Jika suka boleh tambahkan sayuran seperti carrot & kubis, wiyah tak letak sayur sebab wiyah nak makan bersama ngan salad fresh. Bagi wiyah tak perku masukkan garam sebab ikan goreng dah di perap dgn garam kunyit.
  4. Angkat & sedia utk dihidangkan.
p/s : Rasa nasi goreng ikan ni sangat asli sebab tiada tambahan kicap, cili boh & bahan2 yang lain. Hanya bawang & ikan goreng sera warna nasi adalah dari warna minyak bekas gereng ikan yang agak kekuningan. Mak wiyah slalu buat nasi goreng macam ni bila ada ikan goreng yang tak habis ..so tak mmembazirkan ;-)


Jemput Makan
Selamat Mencuba ;-)

Sayur Goreng Campur

assalamualaikum wbt

hai..salam hari jumaat semua,,,apa aktiviti hari ni, masak apa yer??? wiyah just masak yang simple..xtau la takde mood nak masak..kepala rasa pening jer may be sbb cuaca yg panas sgt kot + ngan org yg renovate umah sebelah ni yg duk isap rokok daun..ishhh pening la rasa macam nak g marah2 jer suh g isap rokok kat lain...haih sape la kita kan nak marah dia huh,, since wiyah pon dah fedup sbb bising duk hack sana sini,, so wiyah nk update menu simple dr wiyah yg kena jaga pemakanan skang ni ;-)..

Sayur Goreng Campur


menu yg sgt mudah & cepat utk disediakan [kat area sini mmg dah jual sayur fresh yg dah siap potong & pack RM 2..so memudahkan wiyah coz penggunaan utk 2 org saja kan,, so bila diaorg wat mcm ni mmg sgt memberi kelebihan pada kami utk hidangan yg cepat]..

Bahan-bahan:
  • 1 paket sayur campur yang dah siap potong [carrot, corny flower, brokoli, kacang peas & baby corn]
  • 2 ulas bawang putih & 2 biji cili padi (di ketuk)
  • 1/2 biji bawang besar  (dihiris)
  • sedikit isi ayam (dipotong dadu)
  • 1 sb tepung jagung dibancuh dgn sedikit air
  • 2sb minyak jagung utk menumis
Cara penyediaan:
  1. Panaskan  minyak & tumiskan bawang putih, bawang besar , cili padi hingga naik bau.
  2. Masukkan isi ayam 2 minit & masukkan sayuran lain sehingga masak. Masukkan bancuhan tepung jagung serta perasa SESEDAP RASA.
  3. Sedia untuk di hidangkan.


ini adalah menu wiyah saban hari..boleh katakan memang sayur wajib ada dlm setiap masakan wiyah,, just tukar2 sayur yg banyak khasiat coz doc ckp badan wiyah kurang vitamin & zat besi yang juga menjadi penyumbang kepada keguguran . Keasa dari tu wiyah dah sedar..mesti ada sayur & buah dalam setiap hidangan..insyaAllah akan jadi amalan hidup seharian kami


JEMPUT MAKAN ..SELAMAT MENCUBA

Thursday, February 16, 2012

Contest Happy Faces by Capt.Keon Alhan and Oh Daus

assalamualaikum wbt

hai semua..hr ni mood nak join GA,, xde mood nak wat n3 padahal banyak yg tertunggak hai..jom semua kita join GA ni..senang jer syaratnya just share pikcer happy kita jer..mana tau kan kot ada luck kali ni hehe ;-)

contest by Capt.Keon Alhan & Oh Daus
valid from 1 FEB 2012  until  29 FEB 2012 at 23:59 hours



TAG by MALA

so..wiyah nak share happy moment with friends...miss them very much!!

"Unplaned moment are always better than planned ones"
~ wiyah- Nuha- Muna -Aja ~

Percutian yang dirancang last minute mencipta kenangan yang sangat indah dalam hidup bersamamu SAHABAT!! really miss d moment..candid picture..lets picture story the moment ;-)  @ Rumah Melayu Tradisional Melaka

wiyah nak tag kawan seangkatan..just for fun ;-)
cik moon
so shy lady
seindah biasa

Monday, February 13, 2012

Chiness Doughnut with Blueberry Filling

assalamualaikum wbt

hai..mium apa petang ni?? Jom kita makan donut nak tak..wiyah terajin cket hari ni ;-)...si sebabkan petang2 balik keje en.suami akan tanya wiyah.. baby buat kueh apa hari ni.??.hurm itu adalah hint utk wiyah kan..so kena la buat kan walaupon tak pandai..even jemput ikan bilis en.suami tak kisah coz suami bukan jenis yang memilih dalam bab makan..apa yang ada,,alhamdulillah kami makan seadanya..yang penting ikhlas dari air tangan isteri kan,, sedap or tak sedap itu blakang kira hehe

oke petang ni wiyah wat donut dari kak Izah Muffin Lover..wiyah tengok resepi ni simple so y not wiyah try kan,, coz wiyah ni beginner dlm dunia masakan so kena la ambil yang mudah2 dulu..hurmmm since ada stock blueberry so wiyah jadikan filling ...best jugak pelbagai kan sekali skala kan ;-)

ada 3 jenis kat sini..yang asli with no filling, bluberry  & chocolate chip filling...so boleh pilih nak rasa yg mana satu..
Chinese doughnut with blueberry & chocolate chip filling

BLUEBERRY CHINESE DONUT
sumber: Izzah Muffin Lover ( mohon C&P yer akak)

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 2 cawan tepung *
  • 1/2 tsp. garam *
  • 2 ½ tsp baking powder * (diayak bersama)
  • 1/3 cwn butter flavored shortening (or butter) 
  • ¾ cwn susu segar 
  • Minyak masak untuk menggoreng
  • gula castor untuk salut donut

Nota : wiyah tambah blueberry & chocolate chip sebagai filling..boleh juga disalut coklat or tabur badam bagai..mesti lagi best wiyah rasa,,tapi tak boleh buat bentuk macam ni la..kena buat bentuk asal donut ;-)

Caranya Penyediaan:
  1. Satukan tepung, garam dan baking powder ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan butter ke dalam mangkuk tepung tadi dan gaulkan sehingga menjadi crumble atau menjadi seperti serbuk roti. Gaulkan sehingga tiada ketulan besar.
  3. Masukkan pula susu segar dan gaul hingga menjadi doh berbentuk bola.
  4. Menggunakan tangan, uli lembut (picit-picit) doh 8 ke 12 kali. Jangan terlebih uli.
  5. Panaskan minyak atas api yang sederhana kecil.
  6. Ambil sedikit doh bulatkan berbentuk bola dan leperkan sedikit seperti bentuk biskut.
  7. Gorengkan hingga agak keperangan . Angkat donut & golekkan ke dalam gula kastor untuk salutan.
  8. Nota: Wiyah just buat separuh dari resepi untuk percubaan. wow memeng sedap , gebu & lembut sangat..lain kali nakl wat lagi ;-)
ini adalah 1st donut dalam hidup wiyah..alhamdulillah 1st try menjadi jadi lebih semangat utk try kue lain next time insyaAllah

SELAMAT MENCUBA ;-)

Give Away Langkawi Blaque Villa Homestay : Penginapan 2H1M

assalamualaikum  wbt


Tarikh tutup : 1 Mac 2012

GA ni diadakan bersempena promosi pembukaan Blaque Villa Homestay Langkawi 2012,  rose bussiness mind memberikan giveaway berupa hadiah penginapan 2H1M di Blaque Villa Homestay Langkawi.+ hadiah vaucher pengangkutan bernilai RM50!.... WOW WOW tak ke hebat tu,,

 wiyah mmg teringin sgt nak ke Langkawi..kalau la dapat kan :-) utk hanimun annivesary yg ke 5..alangkah best nya haha berangan2 dulu..apa lg jom kita join ramai2..mana tau kan kot2 ada rezki kita,, tuah kita tak tau nampak kat mana hikhik ;-)

k wiyah ada gak share kat fb 

ok sedikit info--> Blaque Villa Homestay terletak kat Kampung Belak, Mukim Kedawang Langkawi Kedah nun jauh di Utara ...berdekatan ngan airport, berdekatan dengan pantai Cenang & 13 mins perjalanan ke Pekan Kuah (syurga shoping bagi kaum perempuan)

nak berangan duk sini la kejep.. ;-) jom tgk environment Blaque Villa Homestay

Scene Pagi

bangun pagi2 boleh hirup udara segar tepi sawah padi,,,wah2 feeling jadi org bendang kejap sambil breakfast nasi lemak + kopi O..slalu duk tepi pantai jer kang skali skala duk berdekatan ngan bendang..borak2 sambil bergelak ketawa ngan en.hubby...wahhh alangkah syoknya ;-)




Scene Tengah hari

wahhhh..bila tgh hari bleh tengok permandangan macam ni plak,,langit yang cerah membiru + dengan pohon2 yang menghijau + pokok padi melambai2..subhanallah what the fun! nak2 kalau lepas lunch makan plak lauk masakan kampung kan..sure lepas tu mata mesti layu2 jer terussss zzzzz la! haih indahnya hidup ;-D






Scene Petang

angin petai melambai2 mendamaikan..kawasan lapang, tenang sambil menikmati angin petang  + mensyukuri kecantikan alam semulajadi ciptaan Allah swt..wahh feeling2 macam nak berkampung kat ngan kawasan bendang


Jom cepat2 join...;-)

Kek Carrot Heavenly Simple dari CMG

assalamualaikum...wbt

hai..apa khabar semua?? dah lunch..wiyah tgh pikir nak masak apa utk buka puasa hr ni,, yg ni duk meroyan tgk menu2 makanan..last2 teringat kat kek carrot yg tak seberapa wiyah buat last week,,1st time wiyah buat kek carrot ni! walaupon rupanya tak cantik tapi rasanya sgt la sedap..1/2 biji kek tu en.suami boleh habiskan! uitss terkejut gak wiyah..wiyah tanya abang lapar ker?? en.suami jawab takla..ntah la tp rasa sedap la kek ni rasa lemak2 carrot + kacang kuali & kurang manis ..abang suka!...wah lps ni bleh la wat lagi since ada org suka makan kan..hehe

ok resepi kek carrot ni wiyah intai2 kat blog dapur sempadan umah CMG terliur tgk kek nya yg amatlah gebu..hurrrmm since carrot pon still berbaki dalam peti ais & jenguk2 apa bahan lain yang ada,,so bleh la kot teruskan niat nak wat kek carrot ni..dah lama mengidam hihu..

Kek Carrot Heavenly
(mohon share C&P resepi kat sini yer)

texture cake yang agak lembab..plus rasa lemak2 topping kacang badam & biji kuaci , biji labu dalam cake,,suka sangat rasa carrot yang fresh ni ;-)

Jom kita tengok resepinya ;-)

BAHAN-BAHANNYA 
  • 1 cawan tepung gandum*
  • 1 camca teh baking powder*
  • 1/2 camca teh soda bicarbonate*
  • 1/2 camca teh garam halus*
  • 1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak)- wiyah x letak
  • 2 biji telur gred "A"
  • 3/4 cawan minyak jagung
  • 3/4 cawan gula halus (resipi asal guna 1 cawan)-wiyah gantikan dgn 1/2 cawan gula perang 
  • 1 1/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya
  • 1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar- wiyah tak letak
  • 1/2 cawan kelapa kering-wiyah x letak
  • 1/2 cawan kacang walnut, cincang-wiyah guna biji kuaci, biji labu putih & badam

BAHAN CREAM CHEESE TOPING (wiyah tak buat ni,,just taburkan hirisan kacang badam sbg topping kek)
  • 100 g mentega
  • 125 g cream cheese
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 1 1/2 camca besar gula aising, diayak


CARA MEMBUATNYA 
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula hancur (kurang lebih 5 minit). Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati.
  3. Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi. Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra. Tuang dalam tin dan bakar selama 50 minit - 1 jam atau hingga masak.
  4. Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese tadi. Simpan kek dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan
  5. UNTUK CREAM CHEESE :- Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus. Gunakan kelajuan sederhana...Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka...



 Ok..kalau suka & nak tau rasanya macamana so bleh try buat nanti ...SELAMAT MENCUBA ;-)

Saturday, February 11, 2012

Buah Ciku Fresh kat tepi umah omak

assalamualaikum wbt

slam tgh hari..dah lunch ke semua?? ermm wiyah gantung periuk & kuali hari ni coz ada kenduri kawan en.suami jap lagi..suka suka suka,, suka makan gulai kawah! k..wiyah just nak share info mengenai buah ciku yang berbuah sgt la lebat kat tepi umah mak wiyah..gambar pokoknya tak de yer, tuan umah lupa la plak ..hehe,, 



Secara tradisional, buah ciku telah dikenal pasti amat mujarab untuk merawat masalah bawasir (buasir).  Caranya adalah dengan mengambil buah ciku yang belum cukup tua, ditumbuk dan dicampur dengan sedikit air panas dan garam. Minumlah bahan-bahan ini setiap hari sebelum sarapan.  

Selain untuk merawat bawasir, buah ciku juga mengandungi kandungan fiber yang tinggi yang amat mujarab untuk mengatasi masalah sembelit.  Sering memakan buah ciku juga dipercayai  dapat mengurangkan risiko untuk menghadapi kencing manis, darah tinggi dan kanser.  Disamping itu, ciku juga kaya dengan  bebas gula, vitamin C dan bahan mineral terutamanya kalsium. {mmg sgt sesuai utk wiyah..so lepas ni kena amalkan makan buah ciku la plak yer..buahan tempatan lg best kan} ;-)


yang ni blom dicuci lagi..cuci menggunakan sabut,, wiyah cuci buah while en.suami petik buah pakai tangga

sedikit info mengenai buah ciku sumber dar blog buah-buahan , bagus blog ni macam2 info buah ada bagus utk pebgetahuan utk di amalkan ;-)

Ciku atau nama sainsnya Achras zapota adalah antara buah-buahan tropika yang  lazat rasanya dan mempunyai isi yang lembut dan halus. Buah ciku biasanya dimakan terus bukan sahaja enak dimakan malahan banyak khasiatnya. Kandungan gula, vitamin C dan mineral terutamanya kalsium dalam buah ciku adalah tinggi. (uittt mcm berlawanan ngan info kat atas la plak..yg mana satu betul ni?..hurm) Buah ciku sebenarnya setanding dengan buah pir dalam kandungan vitamin A, vitamin BI, B2 dan niasin, tetapi kandungan vitamin C dan kalsiumnya lebih tinggi. Selain dimakan terus, buah ciku boleh dijadikan halwa, jeli dan hirisan kering.



Daun ciku ialah jenis mudah, agak tebal,  berwarna hijau tua dan berkilat. Daun-daun bersusun di hujung ranting muda. Bentuk daun bujur telur berukuran 5 – 13 cm panjang dan 2.5 – 6.5 cm lebar. Bunga biasanya dikeluarkan di celah daun dan kadang-kadang di hujung ranting. Bunga ciku ukuran kira-kira 5 – 6 cm lebar. Kulit buah nipis dan berwarna perang kotor ( sbb tu kena bersihkan guna sabut yer ) Buah yang cukup masak mempunyai kulit yang berwarna perang dan tidak begitu menarik. Isi ciku lembut dan berwarna perang pucat. Rasanya manis dan berjus.Teksturnya halus tetapi kadang-kadang agak kesat atau berpasir. 


 yang ni wiyah dah siap bersihkan & sedia utk di peram..bukan peram sgt just balut dalam kain & letak dalam besen kalau ada yg masak mesti berbau manis2
b4 makan buah ni..1st kena kupas kulitnya then potong2,, kalau wiyah lepas potong wiyah suka sejukkan dlm peti ais dulu..makan sejuk2 mmg syok sgt!...mmm yummy


P/S : hargai buahan tempatan kita ;-)


Friday, February 10, 2012

Kerabu Ulam Raja Chef Hanieliza

assalamualaikum..wbt

Hai., & salam hari jumaat semua! Quick entry..update cepat2 nak balik kampung kejap,, rindu ngan anak buah..huhu,,tapi b4 tu nak share kerabu yang sangat best ni! menu ni wiyah buat masa berbuka puasa semalam. Kalau puasa makan makanan yg ada rasa masam2 mmg best, dapat menambat selera. Tiap2 malam b4 tdo wiyah akan belek buku 1 hari 1 resepi chef hanieliza..thanks k.liza coz share resepi yg best& kena ngan selera wiyah & suami ;-)

En.suami cakap kerabu ni mmg best sampaikan di ratah macam tu jer..2x wiyah buat malam tadi. makan 2 org jer haha..sayur & ulaman kalau makan lebih pon tak pe kan...en.suami siap cakap lain kali wat lauk yg ulam2 mcm ni jer la ..tak payah goreng2 semua coz lagi sihat...wiyah?? uittt lagi la suka kan..haha,,x banyak kerja wiyah kan just prepare sambal lebih & boleh di tukar2 ngan ulama lain contohnya macam kacang botor, daun salom, jantung pisang , salad & lain2 lagi

KERABU ULAM RAJA
Sumber : 1 Hari 1 resepi [chef Hanieliza]
Adaptasi : kerabu kacang botor [page 166]

hurm jap lagi nak balik tayang & buat kat mak ayah plak coz sambal kerabu mmg wiyah wat banyak siap2 semalam..so senang kan, bila nak makan just gaul2 jer ..:-)

Jom wiyah share cara penyediaannya

Bahan A:
  • 1 ikat ulam raja
  • 1 labu bawang besar
  • 1/4 biji kubis ungu
  • sedikit taugeh 
  • 3 biji Limau Kasturi
Bahan B:
  • 5biji cili merah + 3biji cili api + 5 ulas bawang merah [ di kisar bersama]
  • 1/2 biji kelapa parut
  • gula & garam
Cara Penyediaan:
  1. Hiriskan Sayuran Bahan A: ulam raja, kubis & bawang besar
  2. Masukkan semua Bahan B : bahan kisar, kelapa , gula & garam kedalam kuali. Kacau sehingga sedikit kering.
  3. Sejukkan seketika & di gaulkan bersama Bahan A & perahan jus limau kasturi.
  4. Sedia untuk dihidangkan.
Kerabu ulam raja ni ada rasa manis & masam2 cket mmg sesuai bagi yang kurang selera makan or yang menjaga makan / diet ;-)

Ok ...SELAMAT MENCUBA

Thursday, February 9, 2012

Himpunan petua-petua mohon zuriat

 assalamualaikum wbt

wiyah terbaca dari blog the inspiration..& terdetik utk dikongsikan bersama,, semoga kita mendapat manfaat daripada ilmu ini..Jom sama-sama kita amalkan & memohon kepadanya...macam-macam petua dikumpul apa pun, berdoalah kepadaNya mohon ikhsan Allah untuk beri rezeki kerana Kun Fayakun Allah maha hebat!

Sumber : share dari blog The Inspiration (tokey homestay kat langkawi) ..view berdekatan dengan sawah padi,, sgt syok!! dah lama mengidam nak stay kat umah tepi bendang,, bangun tgk bendang alahai mesti syok kan ;-)..sambil beramal  jom sama kita berhanimun kat homestay villa langkawi..;-),, puan rose ada promosi lg ke?? 
nice kan..bangun pagi dpt tengok ni & hirup udara segar ;-)

Himpunan petua-petua mohon zuriat
  • amalkan makan secara konsisten suami dan isteri,, pesan seorang sahabat --> kismis hitam dengan susu
  • ada pula sahabat--> minta cuba amalkan makan buat zuriat buah adam dan hawa
  • ini ada lagi petua--> makan kurma dan susu lembu

Kpd psgn yg belum mendapat cahaya mata...segenggam kurma yg dibuang bijinya dari suami, segenggam dari isteri, dicampurkan dgn susu kambing,kemudian di blend together, minum sorang segelas shj.amalkan sekali shja..kemudian setiap pagi amalkan minum susu kambing dan amalkan bacaan surah mariyam ayat 1-12. Insyaallah dlm msa setahun....ianya lebih dari 1000 psgn dah terbukti....wallahu'allam....

P/S: masa mengamalkan ini, elakkan mengambil makanan&minuman tajam spt limau, asam & etc..

ukhtie pula pernah menulis di blognya...Doa mohon zuriat..Doa amalan yang ingin saya kongsikan di sini adalah apa yang dikongsi oleh seorang sahabat saya ketika belajar dahulu.

"Setelah 5 tahun berkahwin dan belum dikurniakan cahaya mata, mereka berusaha melalui perubatan Islam.Mereka bertemu dgn Ustaz Tirmizi Zainal di Melbourne (mereka berada di Melbourne ketika itu).Selepas berubat dengan ustaz, ustaz memberikan doa drp buku Perubatan Islam tulisan Dato' Harun Din."

Mereka suami isteri telah mengamalkan amalan di bawah bermula bulan Ramadhan.Atas rahmat dan kasih sayangNya,sahabat saya disahkan hamil anak sulung mereka(idris) dan hampir setahun selepas kelahiran Idris mereka dikurniakan kembar lelaki pula,SubhanaAllah.

Doa ini memang sengaja dikongsikan sahabat saya ini supaya dikongsi-kongsikan dengan sahabat-sahabat yang lain.Perkongsian ini sangat mengharukan sekali bagi saya.Dan saya tidak tergamak menyimpannya sendiri.

AMALANNYA:

Setiap kali slps solat Subuh dan Maghrib, bacalah ayat di bawah:
1. Al fatihah, diikuti
2. Ayat 89 surah Al-Anbiya'
3. Ayat 38 surah Ali Imran
4. Ayat 30 surah Al-Anbiya'
5. Kemudian baca 7 kali doa berikut:

"Subhanahu man amruhu baynal kaafi wan nuun. Subhanahu man amruhu iza araada syai an an yaquula lahu kun fayakuun. As 'alullah al-'azim rabbul 'arsyil 'azim an yashfiyana.

SELAMAT MENCUBA

February 2012 Giveaway - My 30th Birthday



Jom join GA sempena pembukaan blog & Geez achieved to "3series" 
Due date : 29 . 02. 2012
Hadiah mmg best sgt2!!..wow barangan tupperware 

To Geez..I wish a very happy 30th birthday & welcome to 3 series !! Congratulation for grand opening ur tupperware online outlet..wish u good luck & success on ur bisness!

wiyah nak tag bff Aida Nuriezma & Dila Cake House,, we r 30 years old!! 

Geez..we r same age!! but i'm on Januari , 9...Impian wiyah utk umur meningkat ke angka 3 ni..cita-cita wiyah utk bergelar MOMMY!! wiyah mohon sangat2 agar wiyah di kurniakan rezeki CAHAYA MATA...satu impian yang tak dapat ditunaikan oleh apa sahaja makhluk di muka bumi ini..Hanya DIA yang SATU! Ya Allah ..perkenankanlah doa hamba mu yang lemah bagi membuktikan aku adalah wanita dan ISTERI  yang sempurna di mata SUAMI ku

Amin Ya rabbal Alamin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...