To All My Friend, Lovely & Silent Readers

To All My Friend, Lovely & Silent Readers

Mohon maaf kiranya wiyah a.k.a Tuan Rumah tiada kunjungan balas/backlink /follow ke blog kalian, ini kerana disebabkan oleh ketiadaan link blog tuan/puan utk wiyah follow kalian. Jutaan maaf juga jika jarang ber'blogwalking' ke blog kalian (busy tahap cipan). In sha Allah jika ada kesempatan waktu wiyah akan ke singgah ke blog kalian..Peace No War!!

Followers

Imamku Hingga ke Hembusan Nafas yang Terakhir

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
"Some Love Stories...Live Forever"

Thursday, September 29, 2011

Luahan hati...naluri keibuan ;-(

assalamualaikum wbt

hurm..memalam ni terasa sunyi la plak,,rasa nak berborak & nak main2 ngan baby..naluri ibu kembali menjengah..sobsob,,hari ni banyak tengok pikcer2 baby yang digugurkan dengan sengaja oleh pihak2 yang tak bertanggung jawab...baby yang dibuang selepas dilahirkan!! argggh rasa nak marah sangat2 bila tengok sume tu...kenapa mereka2 semua tu tak menghargai pemberian tuhan??? sedangkan kita yang sangat menginginkan keajaiban tu berlaku pada kita...;-(

sangat2 sensitif dengan semua ni..rasa nak g marah2 & nak bagi motivasi , brainwash jer kat di org tu..sambil duk layan perasaan ni..buka email yg mr.hubby foward kat wiyah....alahai sweetnye..comelnya..cutenya,,sekurang2nya bila tgk pikcer rasa happy dengan ibu bertuah yang dikurniakan zuriat yang sempurna & secantik ini...ya allah sungguh sempurna ciptaanMu,, what the luck ibu  ini kan..;-)

meh wiyah share pikcer2 baby comel ni yer..




wiyah tak meminta dikurniakan baby secantik ini...cukuplah sekadar dikurniakan zuriat yang sempurna dari segala sifatnya, soleh & solehah serta beriman kepada nya yang ESA..berbakti kepada kedua ibu bapa ..amin amin ya Allah..Semoga doa ini didengari olehnya & diberi lagi peluang untuk merasai nikmat untuk menjadi seorang ibu..sebagai pelengkap rumahtangga kami ...insyaAllah  [ berderai air mata dikala menulis ini..]..




Bertuahkan Ibu kepada budak ni...semoga berjaya dalam hidupnya ;-)

Monday, September 26, 2011

Percubaan Menu Baru..saya budak baru belajar ;-)

assalamualikum wbt

salam semua...alahai besnye kalo diingatkan semula bulan puasa hari tu,,wiyah tak dapat nak habiskan puasa tahun ni just 1 minggu jer mampu buat...22hari tinggal!! huhu skang ni dah start mengganti..sambil tu teringat kat menu2 yang wiyah sempat masak b4 off ke dapur sampai la sekarang..hehe,,off part masak2 lauk jer la..kalo part puding still on lagi ;-)

wiyah masak ni time bulan puasa hari tu..masa masih sihat & bersemangat nak masak,, segan nak share resipi coz baru belajar masak2 nasi & lauk yang macam ni...wiyah jarang masank gunakan santan,,just yang biasa2 jer ..so dis n3 mmg just tayang utk simpanan serta rujukan peribadi wiyah masa kan datang...bila dah btol2 pandai baru bleh share kan..ngehngeh

antara menu-menu masih didalam peringkat percubaan..means 1st time buat & alhamdulillah menjadi ;-)

Nasi Beriani + Kari Udang + Ayam Goreng + Papadom

Nasi Kerabu Biru + sambal kelapa + ulaman + telur masin I ikan celup tepun + sambal lada & budu

Nasi Minyak + Kari Daging + Acar Masak

Acar masak ni resepi dari mak wiyah..wiyah selalu buat ni kalo agak2 rasa nak makan macam masam2 cket..resepi dia kurang jugak dengan Ikan Tenggiri/pari Masak Asam..ini pendapat wiyah la,,rasanya agak sama...

hurm bila dah expert masak2 nasi ni..wiyah akan share,,skang baru 1st time masak so takut tersalah maklumat plak nanti..jenuh tak menjadi masak hehe
Wassalam

Nasi Goreng Ayam Kunyit

assalamualaikum,,,wbt

salam isnin semua...hurm monday blues in raya mood lg kah?? hehe..hari ni dah 28 syawal kejap jer kan terasa baru jer lagi,,,time2 mcm ni teringat plak kekanda kat umah tu, dah dkt 2minggu ditinggalkan...insyaAllah mggu ni balik kuantan! tiap kali balik mesti mr.hubby mintak masakkan nasi goreng..tak kira la nasi goreng apa pun..bagi wiyah lg ok coz menu yg senang & cepat dapat makan..

so hari ni wiyah nak tayang menu favourite mr.hubby...Nasi goreng ayam kunyit,, selain dr nasi goreng cina & nasi goreng serai,,wiyah share resepi yang mungkin biasa jer bagi kawan2 sume tp special utk wiyah & mr.hubby sorang tu ;-)

Nasi Goreng Ayam Kunyit


Untuk nasi goreng:

nasi putih yang disejukkan
bawang besar holland + bawang putih + cili padi [ dimayang dadu]
2sb cili giling + sedikit isi ayam/ udang/sotong +1 biji telur
mixed vegetable + daun bawang
sedikit lada sulah 
mixed vegetable
garam secukup rasa

cara masak:

1. panaskan minyak & tumiskan bahan yang dihiris dadu sampai naik wangi
2. then masukkan cili giling ( sampai garing)..masukkan ayam/udang/sotong ~[ kacau hingga semua bahan masak]
3. pecahkan telur & masukkan mixed vegetable [kacau sampai masak]
4. masukkan nasi & bahan perasa SESEDAP RASA
5. taburkan daun bawang & lada sulah 

bagi orang timur macam kami..lagi sedap nasi goreng kalo dimakan bersama dengan keropok goreng

untuk ayam goreng kunyit boleh refer kat SINI...wiyah pernah masak b4 dis,,makan bersama ngan nasi putih pon sodap jugak ..just combine nasi & lauk skali gus, senang mudah serta menjimatkan pinggan untuk dicuci..ni yang paling penting hehe

even d recipe is nothing to u but its special to us..;-)

Tuesday, September 20, 2011

Puding Roti Berkastad

assalamualaikum..wbt

online sementara tggu azan zohor & nak berangkat pulang ke batu pahat sudah..huhu berat rasa hati nak tinggalkan our mini home sweet home & my hubby of course hehehe

sambungan daripada Puding Karamel yang wiyah buat utk birtday mak wiyah...lg satu desert wiyah buat ini,, Puding Roti Berkastard dari dapur Kak Izzah Muffin Lover... thanks kak izzah for share d resepi,,dapatlah wiyah buatkan utk mak wiyah...alhamdulillah menjadi & tersangatla sedap resepi ni kak izzah oiii..heehe,wiyah bagi 5 bintang!!,husband pon puji cakap sedap...thanks skali lgh kak izzah yer!

puding roti kastad for d 1st time try ...& it was great!

dah banyak resepi kak izzah yg wiyah try,,sumenye sedap2! yummy kalau bab2 puding & muffin & cupcake kak izzah tau,,,so u ol bleh la rajin2 kan diri lawat umah kak izzah tgk resepi yg bes2 tu..;-)

jom wiyah nak share resepi yang tersangat la sedap ni...izinkan wiyah C&P yer kak izzah..



Bahan-bahan

8 keping Roti
* 500 ml Susu segar
* 4 sudu besar Gula halus
* 2 sudu besar Butter- cairkan

* 2 biji Telur (wiyah guna 1 jer)
* 1 sudu teh Esen vanilla
* 1 sudu besar Tepung Jagung
* 1 sudu kecil serbuk cinnamon (wiyah x letak coz xder)
2 sudu besar Kismis *saya ganti kurma

Untuk Sos Kastard

1 tin susu cair
2 s/b tepungkastad- hana ltk 11/2 sb je..
2 s/b gula

Cara-cara

Koyakkan roti dan susun dalam loyang yang telah digris dengan sedikit butter.
Gaul rata bahan-bahan bertanda * dan tuang ke atas roti tadi.
Biarkan sebentar dalam 20-30min agar roti terendam sepenuhnya.

Taburkan kismis (kurma) diatas adunan.
Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.

Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat.Tuang ke atas puding roti tadi.

p/s: puding sedap makan time2 tgh hari or time cuaca panas,,sejukkan dulu dlm peti ais & bleh makan time terasa tekak kering..hehe,,wiyah mmg slalu spare dlm peti kalo xder puding tau fu faa pon boleh jer!

ok...selamat menjamu selera & jgn lupa cuba yer



Saturday, September 17, 2011

Ayam Phat Phet

Assalamualaikum..wbt


lunch di rumah bersama en.suami tercinta so wiyah masakkan menu ayam feberet suami..slalu buat xkira ayam @ daging tapi hari ni baru tau nama sebenar dia..hehe
pinjam resepi kat dapur Seripayaku SINI...wiyah pernah masak lauk ni coz slalu makan kat warung time study safety dulu kat warong semambu,,area restoran NATAM..mmg best dia masak & mmg rutin mingguan tak sah kalo tak g beli lauk kat kedai dia,,tu cite 5 tahun yang lalu..hehe,,tapi bila dah kawen wiyah of course la nak masak sumenye sendiri kan so wiyah try wat sendiri alhamdulillah jadi,,,sbb tak tau apa nama masakan ni so wiyah namakan dia Ayam Masak Hijau..tapi skang dah tau rupa-rupanya nama masakan ni Ayam Phat Phet..hehe


ayam phat phet khas buat suami..;-)..dah lama dapur rumah ni xberasap,, dah dekat 3 minggu kot hehehe

Bahan-bahan


Bahan A (Blend)
5 biji cili padi (kalau nak pedas leh tambah lagi....)
2 hiris halia
kunyit hidup
1 atau 2 batang serai
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar


Bahan B
3 keping ayam mentah dipotong dadu ( wiyah perap garam kunyit & goreng dulu)
1 batang serai
1 asam keping ( wiyah x letak)
4 helai daun limau purut
sedikit Garam dan Gula, secubit ajinomoto
carrot & tomato dadu ( wiyah tambah)




Cara-cara
  1. Kisar@Blend Bahan A dan tumis sehingga naik bau.. setelah kering tumisan tadi.. masukkan secawan air.
  2. Kemudian masukkan bahan B, iaitu sebatang serai dititik, asam keping, ayam, daun limau purut dan garam serta gula.
  3. Pastikan ayam masak sepenuhnya... Jika kurang berkuah.. masukkan sedikit air mengikut citarasa sendiri.. kalau nak pedas lagi... blend cili padi lebih... masak ayam phat phet ni lebih kurang nak masak ayam masak pedas je...
ok...selamat menjamu selera ;-)

Friday, September 16, 2011

Puding Karamel Di Hari Lahir Mak

Assalamualaikum w.b.t

salam 1 Malaysia..alhamdulillah wiyah cuti & balik ke kuantan semalam coz nak celebrate birthday mak wiyah yang dilahirkan pada 15 Sept 1949..alhamdulillah syukur 62tahun dah usia mak wiyah,,syukur padaNya kerna diberikan kesihatan yang baik kepada mak...semoga mak terus diberikan kesihatan yang baik serta dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki & sentiasa berada dibawah lindungan Allah s.w.t...nanti wiyah update cite dihari lahir mak wiyah yer ;-) [ utk tatapan ank buah, abang & adik wiyah yg xdapat join sama]

just simple menu dr wiyah coz baru balik dari batu pahat  semalam &  tak sempat nak beli barang so buat apa yang tersedia ada jer la..wiyah buatkan puding karamel & puding roti berkastad ( masih dlm oven..hehhe)
thanks to PMG & k.yatie coz sudi share resepi yang simple tp sangat best ;-)...resepi asal agar-agar/ puding karamel ni dari PMG di cuba oleh k.yatie memories & wiyah pinjam lagi wat utk birthday mak wiyah,,mintak izin C&P yer PMG & k. yatie...

khas utk mak wiyah yang sangat2 suka makan agar2 & puding...tak gunakan telur of course mak wiyah suka!!

BAHAN-BAHANNYA :
( wiyah C& P jer)

8 g serbuk jelly ~ k.nor guna serbuk agar2 10gm
   600 ml air ~ k.nor lebihkan 100ml
        300 ml susu cair
120 g gula halus ~ k.nor letak 5 sudu besar aje
 1 camca besar tepung kastard
      1 camca teh esen vanilla
                  1 cawan gula pasir (mat guna 3/4 cawan)*
              3 camca besar air*(*untuk karamel) 

( ikut jer resepi ni..insyaAllah jadi..wiyah just kurangkan gula jer dlm adunan puding tu..yang lain sumenye sama jer)


CARA MEMBUATNYA :

untuk karamel
           Masak gula dengan api sederhana hingga cair, kacau perlahan2 hingga gula bertukar menjadi kuning keemasan dan kelihatan berbuih. Dengan berhati2 tuang air dan kacau hingga sebati. Masak sekejap lagi hingga pekat. Angkat dan tuang dalam bekas untuk membekukan agar2.

untuk puding/ agar2

1.            Satukan susu cair dengan tepung kastard, kacau rata dan tapis. Satukan gula, air dan sebuk jelly/serbuk agar2, kacau rata dan jerang atas api dan kacau hingga semua larut dan mendidih. Perlahankan api dan masukkan bancuhan susu+kastard, kacau rata.

3.            Masak hingga bancuhan kelihatan sedikit pekat (bila angkat seduk, bancuhan jatuh bertali), matikan api dan tuang dalam bekas yang berisi karamel tadi. Biarkan suam dan simpan dalam peti sejuk 2 - 3 jam. Keluarkan agar2 dan isi dalam piring, hidangkan dingin...


ok,,,SELAMAT MENCUBA,,wiyah nak solat asar & gerak balik umah mak wiyah dah..try la bahan yg sgt simple & mudah disediakan..

Wednesday, September 14, 2011

Salam Kembali Bersiaran..Eidulfitri 1432H

Assalamualaikum w.b.t

wahhhhh agak lama wiyah bercuti kali ni ..yer la cuti berganda2 kan,, dgn MC lagi + cuti raya + cuti sem & sekarang selepas semua tu berlalu..wiyah kembali jadi student, jd weekend husband& wife & kembali busy..apapun alhamdulillah dah semester akhir & jadual tersangat la loose ..boleh balik tiap2 minggu...ececeh owh tidak  sgt x confiden nak drive jauh2 skang ni!! ahhaha yer la tu..tup2 dah sampai dpn umah ;-)

hurm hari dah 15syawal yer..kejap jer masa berlalu, nak  puasa 6 pon tak sempat lagi,,hari ni baru transfer pikcer raya hari..punya la xder mood nak raya sampai kang bergambar pon tak sampai 10 keping pon..just sekadar kenangan utk aidilfitri 2011..raya dalam berpantang tapi tetap maintain pakai baju raya hikhik...


plan asal nak bertema color black & grey..tp kita hanya merancang dan tuhan yang menentukannya..last2 minute en.hubby keluar shoping sorg baju raya we ol termasuklah t-shirt seluar sendiri,,kueh2 & barang utk persiapan raya yang lain..maka terjadilah color turqois & pink..hurm whatever apapon kami tetap meraikan adilfitri tahun ni tapi diibaratkan dalam kegembiraan terselit kesedihan jua..sobsob,,thousand of thanks to him for d support & understand me!!


ini jer pikcer yang boleh di abadikan utk aidilfitri 2011..semoga tahun hadapan kami dapat beraya dengan lebih gembira & ceria daripada tahun ni..insyaAllah

wiyah & adik di rumah makcik,,adik bongsu ayah wiyah ..pikcer di snap oleh anak buah wiyah..kini sedang menduduki UPSR,,semoga mencapai apa yg di cita2 kan..insyaAllah

.masih sempat berkunjungan ke rumah saudara mara walaupon tak sihat..masa ni baru 3 hari keluar dari hospital..perut still sakit lagi,,hati pon still sebak bila org tanya macam2 kan..berjalan pon masih berpaut  pada en.suami,,tak mampu utk berdiri berseorangan & berjalan laju2

alhamdulillah syukur kerna dikurniakan suami sebaik DIA..love u abang..i'll promise to love u till d end of my life!! Amin ya Rabbal alamin..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...